Contest Manisnya Senyuman

144 kritikan
Jom ramai-ramai join contest ni =)

Segmen

Syarat-syarat penyertaan senang je.
klik sana, klik sini, copy paste, taip-taip sikit = selesai ^_^

Pengalaman di Bilik Akad Nikah

19 kritikan
3 hari lepas, yakni Jumaat yang indah dan tenang,
juga penghulu segala hari,
awal-awal pagi lagi aku dah bergerak pergi ke Majlis Islam Sarawak (MIS).
Bilik Akad Nikah
Bilik Akad Nikah
Sampai je kat situ aku tengok orang dah ramai menanti.
[Ramai jugak ya orang kahwin dalam sehari]
Bakal-bakal suami isteri cantik je berpakaian serba putih.
Si perempuan cantik berkilau-kilau.
Si lelaki pula mestilah kacak dan segak.

Aku pun manis je berpakai serba pink. hahaha
[sesekali puji diri sendiri takpe kan :P]
Bukan aku yang kahwin okey.
Aku menemani kawan aku je.
Kawan aku masa sekolah tadika dulu.
Dah dewasa dia tu rupa-rupanya. ahaha

Bilik Akad Nikah
Bilik Akad Nikah

Masa kat bilik tu aku dapat satu kesimpulan,
90% pasangan tersebut muda-muda belaka.
Terdetik difikiran aku,
Dorang ni dah fikir masak-masak ke?

Aku ada seorang kawan yang kahwin muda.
Terlalu muda. Umur baru je 18 masa dia kahwin.
Masa kahwin tu, dua-dua sepakat dah fikir masak-masak.
Sekarang, anak dah dua kehidupan mereka bergolak.
Masing-masing bawa haluan masing-masing.
Baru mereka sedar mereka masih tidak dapat memegang tanggungjawab.
Mereka masih ketagih dengan hiburan orang muda.
Si isteri entah di mana sekarang.
Si suami dah bersuka-ria jadi orang bujang semula.
Anak-anak pula serahkan semuanya pada si mertua!

Aku tak pasti apa ayat yang paling sesuai aku taip sekarang.
Ada orang cakap : "Lebih baik kahwin awal daripada kena tangkap basah."
Tapi, kalau kahwin baru setahun dua dah bercerai tu okey ke?
Dah la bercerai, anak-anak pulak terabai. Macam mana ni?

Bagi aku, tak salah kahwin awal.
Banyak jugak mereka yang kahwin awal hidup bahagia.
Yang penting masing-masing dah bersedia nak pegang tanggungjawab masing-masing.
InsyaAllah perkahwinan akan kekal dengan izin-Nya.

Sekian. Inilah yang berada di fikiran aku haritu.
hehe


Semoga mereka yang bakal, baru, mahupun sudah lama berkahwin akan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing =)

PIC : Program Lepasan Siswazah

5 kritikan
PLS

PLS

PLS

Program Lepasan Siswazah

4 kritikan
Program Lepasan Siswazah

Salam kawan-kawan. Ehehe.
Baru dapat nak update blog ni.
Thanks pada yang sudi singgah walaupun aku takde ye.
Karang aku singgah balik. :)

Beberapa hari ni aku pergi ke
Program Latihan Lepasan Siswazah
Kursus Keterampilan Diri dan Temuduga
Bahagian Sarawak
Anjuran
Kementerian Pembangunan Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Bersama Felcra Berhad
Kelolaan
Troopz Resources
bermula dari 1 hingga 3 Oktober yang lepas
di Hotel Grand Continental, Kuching.
Program Lepasan Siswazah
Okey. Sekian. Wassalam.
Hahaha..
[nanti la aku cita ek]

The Black Eyed Peas HD Video on Oprah's Show in Chicago

2 kritikan


Aefa suka tengok video ni.
Sile layan.

Raya Lagi

0 kritikan
Masih lagi berkisar tentang raya.. hehe.. Tapi kali ni pasal sebelum raya pulak. Sungguh aku terkejut malam raya tu!! Kenapa? Kenapa? Whyyyyy?? Sebab.................. aku dapat banyak SMS ucapan raya.. hehe.. Terima kasih kerana tak melupakan ku.. :)

Aku tak expect pun dapat banyak ucapan melalui HP. Semenjak dua menjak kefamousan dan kepopularan FB ni, jarang dapat banyak ucapan melalui HP. Semua post kat wall FB aku. Cet. Kacang melupakan kulit betul la korang ni. hehe. Tapi pada malam tu, tit tot tit tot jek bunyi HP. Ish.. Ish.. Terima kasih kawan-kawan. Aku ader replykan..Walaupun takla secanggih ucapan korang yang diiringi pantun berkerat-kerat tu. Aku mana reti berpantun. Bukan orang sastera la katekan. eheh

Raya kali ni, aku takde ucapan kreatif. Maaf la kepada yang bertanya. hehe. Aku takde mood raya.. Sebab mood takde, idea pun takde. :) Sebab tu la aku takde hantar ucapan kat sapa-sapa. Secara ringkasnya, aku dalam mode mereply je malam raya tu. huhuh.

Di kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan terutama sekali kepada sahabat-sahabatku yang semuanya jauh di mata.. Aefy, Ama, Misah, dah Yan.. Dengan penuh keikhlasan, aku menghulurkan tangan memohon keampunan atas segala kesalahan-kesalahanku sepanjang perkenalan kita. Masa telah mendewasakan ku. Kuharap ia turut mendewasakanmu jua. Di hari yang mulia ini, aku berdoa agar kita semua dipanjangkan umur dan jodoh agar dapat bertemu kembali di suatu masa kelak.. Aku juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang lain andai ada salah dan silap yang disengajakan mahupun yang tidak disedariku. Aku hanya insan kerdil yang sentiasa lalai.




**Dah buka buku baru sekarang ni. Buku lama aku dah simpan dalam box. Yang baik aku carry forward, yang tak baik aku padam sikit-sikit la. Tau... Kesannya tetap ada.. **

Raya 2010

0 kritikan
Salam kawan-kawan. hehe.. tak aktif berblog sekejap. Hari raya kan.. takdan nak online. haha
jom2. share cita hari raya korang. huuhu. aku memang memanfaatkan sepenuhnya seminggu raya tu tau.
kawan-kawan aku ada yg kerja n study kat semenanjung. dorang kena balik awal. so semua aktiviti
raya di awalkan. 3 hari aku beraya dengan family selebihnya dengan kawan-kawan. bukan kawasan Kuching je aku beraya.
dari Muara Tebas sampai ke Asajaya. Kalau ikutkan hati sampai ke Sabah aku nak beraya pergi rumah teman-teman. hehe

Aku mengucapkan bebanyak terima kasih la kepada mereka-mereka yang sudi beraya dengan aku tu.
Peluk cium untuk korang. Tak lupa jugak yang datang ke rumah aku. Yang mesej nak datang tapi tak
dapat datang sebab aku tak ada kat umah jugak sama. Yang hanya sempat bersalam di kaki lima. Di MCD.
Di The Springs. Di hospital. Lagi terima kasih buat tuan-tuan, puan-puan, dan cik-cik rumah yang aku kunjungi.
Terima kasih kerana membuat rayaku ini penuh bermakna.. chewahhh... :)

Buat jiran-jiran di kampung pulak, eh.. dah macam ucapan raya dah ni.. huuu
Takpe-takpe-takpe... Apa-apa pun....
Korang....MEMANG BEST!!


**Rasa macam tak puas beraya dengan Norman, Gege, Syukur, Cindy, Ann.. :)
2 hari yang menyeronokkan.. **

Contest Teman Sejati By Emieysandra

5 kritikan
Aku tiba-tiba rasa nak join contest. Menang ke tak tu belakang kira.
Yang penting aku nak gak join. Hehehe..
Contest yang aku nak join ni adalah
created by

Untuk syarat-syarat penyertaan [wahh] sila layari


Ramadhan Tiba!!

0 kritikan
Selamat berpuasa buat kawan-kawan semua.
Tak kira yang jauh ke dekat, yang baru ke yang lama,
yang masih ingat ngan aku lagi ke yang dah lupa.
Tak kira la korang sape, yang tetiba ngaku kawan pun takpe.

Terima kasih bagi yang sudi buat blogwalking, nuffwalking,
dan segala jenis walking lagi. Kerana kamu semua aku semakin rajin
menaip [merepek actually] di dunia maya ni.

Sempena bulan baik ini, aku nak ajak korang sama-sama
menghayatinya. Janganlah kita biarkan puasa ini berlalu begitu sahaja
dan kita hanya mendapat lapar dan dahaga.
Pengertian puasa ni lebih bererti lagi daripada menahan lapar dan dahaga. :)

Tak sabar nak tunggu ketibaan esok hari. :)
Tengok ni jadual berbuka kami kat kuching.

Jadual Puasa

Last year punya lagi awal kalau tak silap.
K. Chow dulu.
Esok kita pergi bazar sama-sama ok?

Video - 72th UiTM's Convocation (sidang ke-11)

0 kritikan


Selepas berusaha membuat video konvo diploma (2010), ini la hasilnya. Maaf la xberapa cantik. hehhe enjoy~~

Aefa in Wonderland Part 3

2 kritikan
Sambungan Aefa in Wonderland Part 2...

Malam tu belom berakhir lagi rupa2nya. hehe. Ingatkan g jumpa kak cha skejap saja. Sekali tgk.. "berambeh" kat ctu aefa malam tu.. huhu.. dah la pegi sehelai sepinggang.. hahaha..

Mula2 tunggu kak wan (masa tu xkenal lagik ok) sbb nak pegi makan mlm sesama. Tp xjadik. Kite pi mendua lebey baik je la.. Ape tah nama tmpat makan tu.. Tp kat waterfront.. phewitt makan sambil disirami hujan..hahaha.. kebetulan mlm tu hujan.. sempat merayau sekejap dgn kak cha kat waterfront tu.. tu ler pes taim aefa merayau kat waterfront memalm camtu.. ish2.. hihih

Ntah kol bape kami abis makan.. tp takde la balik bilik terus.. duduk2 lepak dulu.. hihih.. kak cha tu org ajak pi dangdut xnak pulak... hehehhe.. pastu .. ermm.. ape ye kami buat..  oh... kami balik bilik bersihkan diri.. seharian kat luar tu mmg patut g mandi.. hihi..

Haa... pastu kenal gn kak wan~~~ hihi.. seronok kenal gn kak wan ni.. suke dengo dier bercerita.. kak wan + kak cha = haru biru malamku.. hahaha.. semalaman aefa gelak gn keletah akak dua org ni. Dari depan tv, sampai atas katil, asek2 kate nak tido, tapi masih gak bercerita.. padahal lampu dah tutup, tp dorg bukak balik.. hahaha.. rindu nye gn mlm tu.. :')

ah..masa taip ni jam tunjuk kol 11:11 malam.. maksudnya ada org tgh ingat kat kita.. hehehe....eh..melalut lak cita ni..

hehe.. mmg happy sgt2 masa tu.. seronok dpt jumpa bonda dan kak cha.. seronok dapat kenal kak wan.. rasa rugi pulak tak g jumpa masa pesday dorg mai cni.. uhukk.. apa2 pun.. semua ini adalah kenangan terindah bagi Aefa.. Sekian.. Syg sume.. :)

Aefa in Wonderland Part 2

4 kritikan
Sambungan  Aefa in Wonderland Part 1...

Duduk la Aefa lepak gn kak cha kat booth simedarby tuh.. Cakap2 sikit.. Tanya khabar.. Eh? Ada ke Aefa tanya khabar? ahaha.. mcm xde jek.. hihihi.. Pastu kak cha swuruh Aefa gi amik cop supaya leh dapat brg2 percuma tu.. Erm.. ni la kak cha xtau pasal Aefa.. Mana da Aefa minat nak bersesak gn org ramai ni.. heheh.. 

Kira2 pukul 3 cmtu, kami keluar dari situ. Dah janji nak jumpa bonda pulak. Tapi selom tu kami pergi makan dulu.. Takyah tanya la mkn katne..Mesti org leh teka.. KFC! hahaah.. xleh jauh dari ayam.. ish2.. kak cha ni.. mcm budak2 je  :P Lama jugak la mkn tu.. Ada org tu makan selow mukan men. Kalo bawa bertanding tuh mmg kompem kalah la.. hahaha.. 

Pas kak cha puas ati dpt mkn kfc (ahahahaa), kami nek atas pulak.. Nak pi bilik Bonda.. Otw tu terserempak gn Uncle bob kat eskeleter shopping complex bawah otel. Sok sek sok sek la skejap. Huhu

Masa sampai bilik pulak, bonda baru je kuar dari bilik kecik! hehehehe.. Seronok leh jumpa bonda.. :) Dulu Aefa skodeng dari jauh je bonda atas kapal..hihi.. Maaf ye bonda.. Lenkali tak buat lagi.. 

Kami sembang2 dlm bilik bonda sampai kol 5 cmtu.. Ah.. salah pulak.. bukan kami.. mereka yang sembang.. Aefa duduk je.. memerhati.. eheh. Siap broadcast gn kak umie lagik dorg tu.. huhu..

B4 pergi ke airport, Uncle Bob bawa adik pergi ke klinik.. Dia tak sihat.. batuk2.. Bonda kata dier pas berenang kat kolam hari sebelum tu. Alhamdulillah, pas gi Timberland Medical Cntre, adik dah xbatuk2 lagi.. Dah kena cucuk gn doktor.. hihi.. sian dier..

Aefa dan kak cha pon ikut g anta bonda kat KIA. naik inoba.. kawan uncle bob bawak... Memang penuh la keta tu.  Pas peluk2 sium2 salam2 kami terus balik ke otel.. lepak sekejap kat bilik kak cha..

To be continue..

Aefa in Wonderland Part 1

6 kritikan
2 hari yang saya tak boleh nak luahkan melalui perkataan. Tak sangka leh jumpa Bonda gn Kak Cha. Dorang mesti lagi tak sangka Aefa g jumpa dorang. Hehehe. 

Semalam, kira2 pukul 1.30 ptg, Aefa g ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di tempat letak kereta Wisma Bapa Malaysia. Punya la panas hari tu. Tapi takpe. Tak terasa pon. Yela.. Nervous la katakan.. Baru first time jumpa tu walaupun dah lama kenal. Hehe.

Tak sangka pulak nak masok tempat tu kena daftar dulu. Nasib baik la Aefa ada bawa IC. Selalunya Aefa tinggal je IC kat umah. Huhu.. Sok sek sok sek la kat enpon gn member sementara sampi giliran Aefa. Huuu

Dah daftar tu, sibuk pulak carik booth Simedarby. Jalan macam ular je Aefa tgk. Ke kiri ke kanan. Last2 jumpa gak booth tu. Booth dah jumpa orgnya pulak belom jumpa ni. Kena la carik Kak Cha pulak. Habis dah pusing semua booth simedarby tu, ntah mana kak cha nyorok.. xnampak pulak.. padahal dia xkecik.. haha (ampun).

Dah tu call je la. Baru je nak sok sek tanya dia kat mana, dah nampak dah ada pompuan ayus dok bawah pelantar (tu kot nama dier). Kikiki..

Huh. konpiden jek jalan g ke arah kak cha. Tp org tak tau. Jantung degup laju tuh.. kakakaka.. Tp mmg ni la Aefa. First time jumpa mmg nebes semacam jek. Padahal nak g jumpa org je bukan nak g berperang. hahahaha. Ah. Kak Cha ni pon satu. paham2 la Aefa malu2 meow tem tuh. dia bawak pulak bergambar.. alahai.. huhu

Pastu Aefa diam (Aefa mmg pendiam ok). Mmg tak tau nak cakap pe. Dulu jumpa kak niesa, kak yati gn kak stanxa pon gni. Aefa diam jek. Kan kan.. Mmg pendiam ni. Percayalah~~~

To be Continue...

Followers

 
Blogged.my

Drop Ur Link Here :)




[Valid Atom 1.0]


Labels

Blog Review (1) Blogging (16) Contest (1) Doa (1) Giveaway (15) Just For Laugh (2) Kesihatan (3) Korean (14) Must Eat (4) Must Visit (4) MyLife (84) Perkongsian (14) Program (5) Puisi (1) Running Man (4) Segmen (10) Semasa (3) Tips (2) Tutorial (4) Wordless (12)

| Memory Lane © 20012. All Rights Reserved |Template Style by My Blogger Tricks | Design by Durai sankar | Back To Top |

Blogger Gadgets