• Raya Lagi

    Masih lagi berkisar tentang raya.. hehe.. Tapi kali ni pasal sebelum raya pulak. Sungguh aku terkejut malam raya tu!! Kenapa? Kenapa? Whyyyyy?? Sebab.................. aku dapat banyak SMS ucapan raya.. hehe.. Terima kasih kerana tak melupakan ku.. :)

    Aku tak expect pun dapat banyak ucapan melalui HP. Semenjak dua menjak kefamousan dan kepopularan FB ni, jarang dapat banyak ucapan melalui HP. Semua post kat wall FB aku. Cet. Kacang melupakan kulit betul la korang ni. hehe. Tapi pada malam tu, tit tot tit tot jek bunyi HP. Ish.. Ish.. Terima kasih kawan-kawan. Aku ader replykan..Walaupun takla secanggih ucapan korang yang diiringi pantun berkerat-kerat tu. Aku mana reti berpantun. Bukan orang sastera la katekan. eheh

    Raya kali ni, aku takde ucapan kreatif. Maaf la kepada yang bertanya. hehe. Aku takde mood raya.. Sebab mood takde, idea pun takde. :) Sebab tu la aku takde hantar ucapan kat sapa-sapa. Secara ringkasnya, aku dalam mode mereply je malam raya tu. huhuh.

    Di kesempatan ini, aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat kawan-kawan terutama sekali kepada sahabat-sahabatku yang semuanya jauh di mata.. Aefy, Ama, Misah, dah Yan.. Dengan penuh keikhlasan, aku menghulurkan tangan memohon keampunan atas segala kesalahan-kesalahanku sepanjang perkenalan kita. Masa telah mendewasakan ku. Kuharap ia turut mendewasakanmu jua. Di hari yang mulia ini, aku berdoa agar kita semua dipanjangkan umur dan jodoh agar dapat bertemu kembali di suatu masa kelak.. Aku juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan yang lain andai ada salah dan silap yang disengajakan mahupun yang tidak disedariku. Aku hanya insan kerdil yang sentiasa lalai.




    **Dah buka buku baru sekarang ni. Buku lama aku dah simpan dalam box. Yang baik aku carry forward, yang tak baik aku padam sikit-sikit la. Tau... Kesannya tetap ada.. **
  • 0 kritikan:

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3