Aefa

I am a Blogger

Aefa Aerisya

Bukan blogger terkenal, jauh sekali retis idaman ramai. Blogging itu hobi jadi menaip ikut hati. Kipas Susah Mati Korean Entertainment.

  • Cheras, Kuala Lumpur
  • aefa_aerisya@yahoo.com
  • http://aefaaerisya88.blogspot.my/
Me

About Me

Selalu perasan diri sangat berbakat dalam mengambil gambar. Selain daripada bersembang, bakat terpendam yang lain ialah, makan.

Facebooking 90%
Blogging 50%
Eating 95%
Travelling 60%

1

Under Construction

2

Under Construction

3

Under Construction

4

Under Construction

5

Under Construction

6

Under Construction

0
Visit Malaysia
0
Travel Abroad
0
Facebook Like
0
Blog Follower
  • Ini Kisah Benar

    Ini Kisah Benar

    bace cerita ini. dan tulis summary anda tidak kurang dari 100 patah perkataan. hahaha

    *******************

    Minah : Tak sihat la. Teman pergi klinik boleh?
    Tipah : Klinik mane bukak time ni?
    Minah : Klinik 24 jam la.
    Tipah : {membisu}
    Minah : {Terus berlalu kerana tahu duduk bangun situasi ketika itu}

    Beberapa minit kemudian...

    Minah : Teman saya pergi klinik sekejap boleh?
    Mary dan Ketty : Ok. Awak pergi klinik 24 jam tu ke?
    Minah : Ye. Saya tak larat dah nak lawan sakit ni.
    Mary dan Ketty : Ok nanti kami teman awak.
    Minah : { Rasa lega }

    Selepas turun dari bas.. Sekitar jam 12 tengah malam.
    Tipah ke utara.. Kami ke Selatan..
    Tiba-tiba..

    Tipah : Eh. Korang dua nak pergi mana? [bace dengan intonasi tak puas hati]
    Mary : Teman Minah pergi klinik la. Dia tak sihat.
    Ketty : Awak nak balik terus ke?
    Tipah : {Muka ketat}
    Minah : [dalam hati.. ] errr.. then you expect i akan pergi klinik sorang diri tengah malam ni?
    Tipah : Tau tak klinik 24 jam tu jauh. bla.. bla.. blaa...
    Minah : [dalam hati lagi.. sebab malas nak bertekak dengan orang macam ni] kalau aku larat lagi memang aku sanggup bertahan sampai pagi. sebab dah tak mampu lawan sakit ni la aku sanggup jalan jauh ni tau tak!!!


    Dalam klinik...

    Mary : Saya ngantuk [menguap]
    Minah : Sorry susahkan awak.. :(
    Mary : Eh takpelah. kan tengah malam. mengantuk la. lagipun penat balik kerja kan.
    Minah : [masih rasa bersalah sebab susahkan kawan-kawan]
    Tipah : Jom kita dua balik. Nanti Ketty teman Minah kat sini.
    Minah : [DALAM HATI] what the fishh. Tinggalkan kami berdua je???
    Mary : Eh takpelah. takkan nak tinggalkan mereka berdua je..
    Tipahh : [muka ketat lagi]


    TAMAT

    fyi.. Minah tu Aefa..
    Nama watak lain tu Aefa tukar.
  • Demam

    Demam

    Flu
    Flu


    Semalam.. TERdemam.
    ahaha..
    hari ni pergi keja jugak.
    pekerja yang dedikasi la katakan.
    staff kat office suruh amik MC.
    Tapi Aefa tetap taknak. haha

    Then, dalam pukul 6 macam tu,
    situasi makin teruk.
    Tapi, kedegilan semakin menebal jugak.
    Still nak stay kat office.
    -.-''

    Ni tadi baruu balik dari klinik.
    Ok bai.
    Maaf ayat tak berapa nak tersusun.

  • Boys Before Flowers

    Boys Before Flowers

    Sebenarnya masih confuse. haha
    dari dulu sampai sekarang.
    Entah berapa kali dah tengok cerita ni.
    Tapi masih confuse setiap kali nak search cerita ni online.

    Boys Before Flowers
    or
    Boys Over Flowers

    hahahha
    Mana-mana korang la ye.
    Janji tau cite apa yang Aefa maksudkan hehe

    Bagi mereka-mereka yang masih tak tau pasal cerita ni
    (erkk ade ke yang tak tau?)
    Cerita ni berkisar mengenai sekumpulan
    lelaki-lelaki handsome, segak, kaya lagi bergaya (terlebey sudaa),
    iaitu Goo Joon Pyo (Lee Min Ho)
    Yoon Ji Hoo (Kim Hyun Joong)
    So Yi Jung (Kim Bum)
    Song Woo Bin (Kim Joon)
    yang lebih di kenali sebagai F4,
    dan seorang perempuan miskin yang dikenali sebagai
    Cerita ni ada dalam versi
    dan Taiwan (Meteor Garden).

    Kumpulan 4F terdiri daripada anak2 jutawan,
    yang di ketuai Joon Pyo.
    Mereka berkuasa di Shinhwa High School.
    Ape je dorang buat pihak sekolah memang tak ambik kisah.
    Almaklum la mak bapak dorang yang banyak
    bagi sumbangan kat sekolah tu.
    Kalau dorang tak puas hati dengan seseorang,
    habis la budak tu dapat kad merah dari F4.
    Kalau dah naik kad merah tu sah-sah budak tu akan
    jadi mangsa oleh budak-budak lain.

    Cite ni jadi lebih menarik bila Jandi
    masuk ke sekolah tersebut.
    Jandi lah satu-satunya pelajar yang berani melawan
    kumpulan F4.

    Seterusnya ikuti episod-episod cerita ni sendiri ya.
    Tak rugi.
    Sambil tengok cerita sambil cuci mata la katakan hikk
    Korang pilih la nak tengok dalam versi yang mana satu.
    Yang pasti cinta hati Aefa tetap~
    Lee Min Ho.

    okbai




    My Fav Song!
  • Jiran Yang Jahat

    Jiran Yang Jahat

    Jiran-jiran saya jahat!
    Ada yang tutup main pipe rumah kami.
    Patut la takde air sampai 2-3 hari.
    Orang lain tak sampai sehari takde air.

    Takpe-takpe.
    Kami nak pindah dah.
    Sebelum pindah Aefa nak tutup paip jiran jugak.
    Boleh tak?
    hehe

    Ahad Aefa cuti.
    Nak pergi view rumah baru :)
    Sape nak ikut?
    Meh la. :D
  • Air oh Air

    Air oh Air

    Huwaaa..
    Ini kali pertama Aefa mengalami situasi ni.
    Takde bekalan air..
    Syabas.. ooo syabasss...
    Lame beno takdak air ni..

    Malam tumpang mandi kat shell.
    Pagi mandi kat office.
    Giler sadis kisah hidup kami ni -.-''
  • Tabiat Semenjak DuaMenjak TigaMenjak Ini

    Tabiat Semenjak DuaMenjak TigaMenjak Ini

    1. Bowing

    Bowing
    Bowing

    Bowing? haha.. keje dalam company Jepun.
    Jadi setiap pagi ada step briefing.
    Tapi before masuk keje ni pon memang dah terbiasa dengan bowing ni.
    Tapi kepala je lah.
    kalau tengok betul-betul macam orang mengangguk pulak.
    kadang-kadang tak perasan pun kan.
    kepala kita automatik tunduk -.-''



    2. Aegyo

    Haha.. masih ingat maksud Aegyo ni?
    Sile scroll entry lama ye haha..
    Selalu buat ni bila ambik Selca je.
    tak pernah lagi wat depan orang lain.
    kang orang kate buang tabiat plak haha



    3. Talking to yourself with brief Korean phrases

    Won Bin
    Won Bin


    Aefa kan self-study hangul ni.
    So tau la serba sedikit bahasa Korea.
    kadang-kadang memang ade gile sikit berfikir guna bahasa korea tu haha..
    kire cam rojak la..
    BM + Hangul haha




    4. Eavesdropping on actual Korean conversations

    Muahaha.. kat airport or kat mane-mane memang selalu buat ni..
    haha..
    berangan la nak translate ape yang dorang cakap.
    tapi seronok la dengar dorang cakap depan-depan.
    So far mase training kat tempat cashier pernah jugak dapat customer Korea.
    pastu senyum sorang-sorang dengar dorang borak haha



    5. Cracking up like a maniac


    haha.. ni pengaruh RM la ni.
    ketawa macam ape je..
    Memang tak sopan.
    Ish ish. memang lari mak mertua kalau die tengok haha




    So korang macam mane?
    Peminat KDrama meh share sikit hikhik





  • PRD.. ERD.. Yang Penting Cuti~

    PRD.. ERD.. Yang Penting Cuti~

    Ape tu PRD dan ERD?
    Sape boleh teka?
    muehehe..

    Esok, Rabu Aefa cuti.
    Ingatkan nak mintak cuti hari khamis.
    Sebab kalau cuti hari khamis lebih bersemangat nak sambut Jumaat
    yang memang semestinya busy.
    Tapi, Store Manager suruh cuti Rabu,
    kite pun on saje lah kan.
    Yang penting cuti :) :)

    Aefa tengah plan nak amek PRD dan ERD ni.
    PRD = Permanent Rest Day
    ERD = Extra Rest Day
    Extra rest day tu tak kisah bile.
    Tapi PRD tu la penting.
    nak ambik Isnin ke Khamis? -.-''
  • Me as A Cashier

    Me as A Cashier

    Yippie~~
    Hari ni dah selesai satu audit..
    Tadi sebelum balik sempat audit sekejap.
    Cashier Audit!
    LOL dah boleh jadi cashier bertauliah la ni kan? hekhek

    +Sally Samsaiman nak tukar masuk HR sini ke?
    Meh.. meh..
    Apply la kat sini..
    hahaha..

    +Paperbag Head Aefa HR la..
    Cashier tu tugas tambahan je.. :)
    Kami HR setiap hujung minggu akan jadi
    Cashier Support Team. :)

    Kenapa HR pun kena ada Cashier Audit?
    Sebab dalam retail, ada masa-masa tertentu
    semua staff dalam office akan turun jugak jadi cashier dalam store.

    Sepanjang minggu lepas Aefa enjoy belajar jadi cashier.
    Hari-hari mengadap customer.
    Pelbagai kerenah yang nak perlu kita handle dengan bijak.

    Sape pandang rendah kat cashier tu?
    Try dulu berdiri dari pagi sampai petang kat tempat dorang.
    Sile rasa peritnye tahan perasaan bila kita jadi tempat customer untuk
    lepaskan kemarahan.

    Jadi.. pesanan umum kat sini..
    Jangan pandang rendah kerja orang lain.
    Dalam sesebuah organisasi,
    semua pihak memainkan peranan penting dalam
    memastikan urusan seharian berjalan dengan lancar.


    Sehingga bertemu kembali~~
    Esok pun ada Audit.
    Wish me luck~!
  • New Staff

    New Staff

    Bila orang tahu kita new staff, layanan biasa-biasa je.
    Bila kita disuruh tolong packing barang, orang ingat kita packer
    dan tak kurang jugak yang fikir kita training nak jadi cashier.
    Bila kita tolong simpan bakul-bakul dan kutip hard tag,
    dianggap promoter pulak -.-''

    Tapi, bila difikirkan balik,
    lebih baik begitu.
    Biar orang layan kita macam staff yang lain.
    Baru dapat experienced benda-benda yang biasa staff baru lalui.
    Kan?

    "hey, mereka ni bukan staff biasa tau...mereka ni bla bla bla"
    bila dengar penerangan tu je, tiba-tiba layanan berubah.
    terus dapat sapaan "selamat pagi kak"
    padahal dah berjam-jam berdiri sama-sama dalam tempat tu.
    Nampak tak perbezaan dia?

    Selasa ni tamat lah OJT dalam store.
    Rabu dah mula report duty kat HR Department.
    Macam nak mintak tukar department pulak. haha..
    Aefa apply keja kat company ni sebab nak masuk dalam operation.
    Tapi apakan daya...
    Kena masuk dalam HR jugak.


    *semalam cuti merayau dalam OU*
    kerlasss ko jahhh
  • Korean Pop Culture Words 2

    Korean Pop Culture Words 2

    Bagel girl : A girl with a glamorous body and a baby face.

    Banana milk : A delicious Korean drink that you will not be able to resist once you see the commercial featuring Lee Min Ho:

    Bias : Your absolute favorite actor, whom you will support no matter what his project is. You will buy his album on CD, MP3, 8-track and vinyl, and he can't even sing.





    Bias ruiner : An actor or idol who comes along and threatens the place in your heart of your favorite actor (bias). 


    Bodyrolls : A sexy Kpop dance move used by both male and female idols to drive fans crazy.


    Bromance : A platonic, close friendship between two actors or idols that appears to be almost romantic, stimulating massive feels production in all who look upon it.






  • Sorry.. Busy..

    Sorry.. Busy..

    eceh tajuk. Hahaha

    minta maaf. Aefa memang agak sibuk.
    Esok Selangor cuti.. Tapi kami kerja ye.
    Gile ke retail company pun cuti setiap kali holiday.

    Sepanjang minggu training ni Aefa takde kerja dalam office.
    Masa banyak terluang dalam store.
    Jadi memang takde peluang la nak online kan.

    After training nanti kerja utama Aefa dalam office.
    Tapi kena masuk store jugak.
    Banyak benda kena belajar mengenai retail industry ni.
    Tapi Aefa seronok!!!
    Sebab tu Aefa suka buat apa yg Aefa suka.
    Sebab Aefa takkan merungut walau penat sekalipun.
    Sambil kerja sambil bergembira.
    Kan seronok tu.

    Ok nak tido.
    Esok bas pukul 7.30..
    Maklum la nak gerak ke Bandar Utama
    ambil masa sikit sebab jem pagi.
    Nnti free Aefa balas jejak kawan-kawan ok.


    ----------
    Sent from my Nokia
  • Alhamdulillah. Permulaan yang Baik

    Alhamdulillah. Permulaan yang Baik

    Selepas tamat orientasi minggu lepas,
    maka bermulalah hari pertama di tempat kerja.

    Seronok dapat belajar benda-benda baru.
    Agak penat kaki ni melangkah ke sana ke mari.

    Pagi tadi turun kerja awal giler.
    Sebelum pukul 7 dah menapak kat tepi jalan menanti bas.
    Cisss..
    Tapi bas sampai 7.50 pagi.
    hahaa

    Esok, nak turun pukul 7.30!!!!
  • Wordless : I'm

    Wordless : I'm




    앱아 앨잇야
  • This

    This

    Bahahha.. Suka hati je nak tulis tajuk ape kan..

    Sila rotate screen anda utk baca tulisan d gambar haha

    ----------
    Sent from my Nokia
  • Tertekan

    Tertekan

    Hahaha.. Over pulak tajuk.

    Bukan tertekan duduk kat sini.
    Tertekan sebab coverage kat sini sangat sangat sangat sangat teruk.
    Haha..

    Sebab tu susah nak online ni.
    Stress makcik takleh ngadap blog ok.

    Aefa ada try visit balik yg bw tu.
    Mintak maaf kalau xdpt nk tgl jejak balik.
    Salahkan tempat ni tenet sloww

    ok. Jaga diri masing2..

    Ehh.. Sape dok damansara? Give me a tour bole? Ecehhh
    --------
    Sent from my Nokia
  • Waiting

    Waiting

    Yuhuu..
    Testing post guna emel.
    Ntah jadi ntah tak..

    Flight aefa delay.
    2.30 pm..
    Nanti terus ke kajang country resort.
    Jom lepak sana hahaahaa

    ----------
    Sent from my Nokia
  • Perjalanan

    Perjalanan

    Journey
    A New Journey

    Alhamdulillah.
    Tiba lah hari yang dinantikan.
    Esok, Selasa.. Aefa akan terbang ke Kuala Lumpur.
    Langkah pertama ke alam pekerjaan.
    Harap di permudahkan segala urusan esok hari.
    Aminnn

    Flight pukul 2 petang.
    Plan hari tu bertukar.
    Esok sampai LCCT terus ke Kajang
    dan stay sana sampai 7hb.

    Maaf.. tak sempat reply mereka yang bw kat shoutbox.
    Malam esok InsyaAllah. :)



    *eh sebenarnya tak sabar nak shopping kat Jalan TAR hahaha


    앱아 앨잇야
  • Tired

    Tired

     

    Camni la keadaan Aefa semalam haha
    Sempat jengah blog sekejap je siang ttu.
    Sibuk sikit dengan persiapan 'berpindah' hehe
    Lagipun semalam mak jemput saudara mara makan-makan kat rumah.
    So... extra busy :D

    Terima kasih kepada kawan-kawan yang melawat blog aefa semalam tu ye.
    ececececeeeee :P

    InsyaAllah pas shopping hari ni Aefa blogwalking mcm biasa.
    hahaha shopping lagik!!!



    +asha hana dan +adrianna syaz bila nak wat GA tu?
    Takde masalah. Aefa boleh jadi sponsor :)



    앱아 앨잇야
  • Ragut. Mereka Itu Kambing

    Ragut. Mereka Itu Kambing

    Semalam Aefa keluar shopping.
    Selepas shopping tu kawan-kawan ajak keluar lepak-lepak.
    Tengok wayang.
    Sebab nanti bila dah fly tak tau bila dapat lepak-lepak dengan dorang lagi.
    Tapi pelawaan tu Aefa tolak dengan baik.
    InsyaAllah kalau diizinkan hari ni nak lepak sama-sama.

    Tak berapa lama selepas tu,
    dapat tahu salah seorang daripada mereka kena ragut.
    Alhamdulillah takde kecederaan berlaku.
    Mereka agak trauma di balai polis berdekatan.
    Mereka =  3 orang gadis ayu

    Aefa harap kawan-kawan diluar sana sentiasa berwaspada.
    Malang tak berbau.

    Selamat pagi dan selamat berhujung minggu :)

    Breakfast
    Breakfast??
    Nak tiru gaya hotel la konon. hahaha
    Aiskrim vanila + puding mango ^_^ yummyyy


    have fun and take care my love~~





    btw.. Aefa nak jadi sponsor.
    Sile hantar proposal GA/Segmen/Contest anda ~
    Baru nampak cam formal kan hikhik.



    앱아 앨잇야

  • Semalam Pre-Shopping, Hari Ini Kita Shopping!!

    Semalam Pre-Shopping, Hari Ini Kita Shopping!!

    Penat!
    Malas nak taip panjang-panjang boleh tak?
    Tangan penat belek-belek baju tadi :P
    Kaki penat ke sana kemari cari pakaian.
    Minda penat fikir apa lagi yang Aefa belum beli.

    Tapi.
    Nak blogwalking dulu.
    Cerita shopping kemudian ye.
    nah tengok gambar makanan je :D

    Ayam Panggang Madu
    Ayam Panggang Madu

    Banana Cheese
    Banana Cheese
    Kami same-same diet haha..
    Esok bertemu janji dengan doktor pulak.
    Jadii mungkin esok pun boleh blogwalking malam je :)

    Ok nak komen-komen blog kamu~ :D



    앱아 앨잇야
  • Korean Pop Culture Words 1

    Korean Pop Culture Words 1

    Aegyo : Perlakuan yang comel. Comel la sangat haha. Sesiapa pun boleh buat begini. Lelaki mahupun perempuan. Selalunya Idols. Kalau orang biasa buat sah-sah kena hentam kat  laman maya ni. Camni la rupa aegyo~ macam comel je~

    Aegyo
    Aegyo

    Aigoo : Berbeza tau sebutan ni dengan perkataan atas tu. Perkataan ni selalunya untuk menunjukkan kekecewaan. Ala.. cam korang sebut "aw man!" or "geez".

    Ajumma : A Korean term for middle-aged married women. Biasa sangat dah dengar orang guna term ni kat sini. Selalunya untuk merujuk kepada makcik. Tak kisah la umur dia berapa :D

    Ajusshi : Literally means 'uncle'. Kebiasaannya untuk lelaki yang lebih tua dari kita. Di Korea, panggilan ni nampak lebih sopan bila berinteraksi dengan mereka yang lebih tua atau mereka yang kita tak kenal.

    All-kill : The weirdly violent term used for a K-pop song that reaches the top spot on all the major charts. Contoh seperti Datuk Siti dulu-dulu la. Dia kan selalu tip top dalam carta :D

    Andwae : Maksud dia "no way," Selalu digunakan bila kita tak percaya benda tu berlaku, terkejut, takut dan yang selari dengannya.

    Antis : Ni kumpulan pembangkang. haha. Kumpulan yang tak menyukai certain artis. Anti-fans nama penuh dia. Dipendekkan jadi "antis". kat Malaysia takde lah benda ni. Kat korea, artis-artis dia memang takutkan antis. Sebab antis boleh menjatuhkan mereka. :D

    anti-fans
    anti-fans

    Army : Korea Selatan memang wajib lelaki pergi join tentera untuk 2 tahun. Kalau artis berkumpulan, bila ada antara ahli mereka join tentera, kebiasaannya kumpulan tu akan kurangkan aktiviti. Banyak aktiviti belakang tabir je la selalunya. Ini gambar cinta hati Aefa dengan pakaian tenteta :D Ensem tak? kekekeke

    Rain
    Rain

    To be continue...


    Minta maaf pada yang tak minat Korea. Nak jugak update! Walaupun tak minat, sekurang-kurangnya kita paham bila anak-anak dan kawan-kawan merapu dengan perkataan Korea ni :D 
  • Situasi 1 dan 2

    Situasi 1 dan 2

    Situasi 1 : Ketika Menonton Mnet Asian Music Awards di rumah seorang diri

    Saya : Wah Bigbang!!

    setiap beberapa minit..

    "eh crayon pop" "rain makin ensem la pas kuar training" "infinite" "GD" "GD menang lagi" "eh lagu ni" "eh ni pelakon cita ..............."

    dan banyak lagi dialog.



    Situasi 2 : Ketika Menonton ASK 2013 di KFC

    Saya  : FBI.. Err Awal kan.. Perempuan tu sape?
    Dia    : entah.
    Saya  : Penyanyi lagu Pulangkan yang hantu tu?
    Dia    : Macam tak je.
    Saya  : Pelakon drama ni kot.
    Saya  : Ke Nabila? 
    Dia    : Nabila sape?
    Saya  : Eh. Bukan ade ke artis nama Nabila bapak dia artis jugak
    Dia    : ::angkat bahu::
    Saya  : Seksi plak anak cikgu ni.
    Dia    : Cikgu mane pulak ni?
    Saya  : Cikgu AF. yang sharifah2 tu.
    Dia    : -.-''

    Setiap kali pencalonan....

    Saya : "Eh cite ape ni? Tak pernah tengok pun" "sape laki ni" "ni pelakon ke" "laa dia ni artis Malaysia ye"

    sampai habis ASK penuh dengan persoalan. -.-''


    Iklan : kepada peminat-peminat Barefoot Friends, BF akan menamatkan episodnya. last episod : Shinee. So nampak muka shinee tu episod terakhir lah ye :D

    cc : kak +Lieya Von Jay 

    앱아 앨잇야
  • Postman To Heaven

    Postman To Heaven

    Postman To Heaven
    Postman To Heaven

    Bosan sangat sampai tonton balik movie ni.
    Cite die takde la best mane pon.
    Sebab Jejung ensem, tengok berkali-kali pun takpe :D

    Beg pun tak berisi pape lagi .
    Bila lah mood rajin nak menjelma ni.
    Nanti baru nak terhegeh-hegeh packing barang.
    Ada je la yang tertinggal.

    Sebenarnya nak tanya, smart casual tu pakaian macam mana ye?
    haha Dah google,
    yang keluar amoi blonde dengan skirt pendek.
    Jadi kalau untuk perempuan bertudung macam mana?

    nak shopping esok ni. haa. sape nak ikut :D


    앱아 앨잇야
  • GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

    GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

    Giveaway
    Giveaway
    Klik banner untuk join :)


    SENARAI PESERTA
    2/12/2013


    PEMENANG DIUMUMKAN
    3/12/2013


    PANTUN
    Berakit-rakit ke hulu,
    Kenapa susah2, naik je lah sampan;
    Kasih dan sayang itu perlu,
    Luah dan tunjukkan, jangan disimpan!! :)




    Dulu mase sekolah wakil pertandingan pantun.
    huu memori~ memori~



    앱아 앨잇야
  • Sakit Penghapus Dosa

    Sakit Penghapus Dosa

    Sakit Penghapus Dosa
    Sakit Penghapus Dosa
     
    "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
    (At-Tagaabun : 11)

    "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    "Jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda."
    (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Penceramah Bebas)


    Same2 baca kat cni >> Sumber


    Sakit
    Sakit
  • 8 Jenis Penonton Drama

    8 Jenis Penonton Drama


    TV
    Watching TV

    8 jenis penonton ni lebih merujuk kepada penonton drama Korea. Boleh jugak kot diaplikasikan kepada penonton drama Melayu. Ada ke yang tonton Gerak Khas secara maraton? Mungkin ada. Kita mana tau kan :) Jom kite cekidaut~ :D Mungkin anda tergolong dalam beberapa kategori ni.



    1. The Waiter - Let Me Watch 20 Shows at Once

    TV
    TV

    • Mereka ini jenis yang tak suka membiarkan masa yang ada berlalu begitu sahaja. Mereka akan menonton pelbagai jenis drama supaya sementara menanti episod seterusnya untuk sesuatu drama, mereka ada lagi hiburan-hiburan yang lain. Jadual untuk menonton tv mereka sentiasa penuh. dari 8 pagi sampai 2 pagi penuh dengan drama dan variety shows.
    • Aefa selalunya tengok variety shows je. Drama Aefa akan fokus satu persatu. Kena habis satu drama dulu baru layan drama yang lain :)


    2. The Marathoner
    Marathon
    Watching TV

    • Mereka ini mempunyai tahap kesabaran yang sangat rendah dalam penantian. Haha. Mereka tak mampu menunggu episod-episod drama dari hari ke hari. Jadi mereka akan menonton drama itu sebaik sahaja semua episod drama tersebut telah ditayangkan. Kalau ada 16 episod, maka 16 jam lah mereka menonton drama tersebut.
    • Ini Aefa. Aefa memang tak suka tunggu drama dari hari ke hari. Kalau drama tu habis hari ini, esok pagi-pagi lagi dah merayau carik drama tu kat internet :)



    3. The Dabbler
    TV
    TV

    • Mereka ni minat KDrama. Tapi boleh kata minat dia tu on-off. Kadang-kadang mereka tonton drama tu sampai habis, kadang-kadang separuh jalan sahaja. Dan mereka ini sangat memilih drama mana yang mereka akan tonton. :D
    • Semestinya bukan Aefa. hahaha. Aefa memilih drama dan kemudian tonton ikut priority. Semestinya drama yang mempunyai pelakon kegemaran akan diutamakan dan drama yang takde pelakon kegemaran akan terkemudian. hihi



    4. The Mamma's Girl/Boy
    • Aiyok! Siapa jenis ini ye? Mereka sentiasa menonton drama Korea bersama ibu mereka. Kalau ibu tengok drama A, drama A la yang mereka tengok.
    • Memang bukan Aefa. Mak tak minat drama Korea. Dia minat drama Melayu. Jadi kami memang tak pernah tengok drama sama-sama.



    5. The Slumber Party Queen
    Tv n Friend
    Watching With Friends

    • Mereka ni tak boleh tonton drama bersendirian. Mereka suka menonton drama bersama rakan-rakan mereka. Dan mereka ini mempunya minat yang sama. Mungkin meminati pelakon yang sama. Disebabkan itu apabila mereka menonton drama bersama, ruang menonton itu menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa serta komen-komen mereka mengenai sesuatu scene. Kalau duduk kat hostel, semestinya bilik-bilik sebelah akan mengamuk dengan mereka ini. :D
    • Aefa tak berapa minat menonton ramai-ramai drama Korea. Aefa rasa cam mereka yang lain-lain tu satu gangguan hahaha.



    6. The Forever Alone
    Alone
    Forever Alone

    • Mereka jenis ini pentingkan privasi eceh.. haha.. Mereka lebih gemar menonton drama berseorang berbanding bersama-sama dengan yang lain. Mungkin sebab lebih mudah untuk mereka pause, rewind, fast forward drama tu kan. Kalau tengok dengan orang lain memang susah la nak buat semua tu. Atau mungkin jugak lebih selesa untuk menangis berseorang.. Ketawa terguling-guling. Mengunyah sepanjang episod. Kentut? Korek hidung? hahaha
    • Semestinya Aefa kategori ni. Tengok sorang-sorang lebih selesa. Takde gangguan. Takdelah tiba-tiba kena pause sebab member nak pergi b***k. hahaha



    7. The "I Must Eat Whatever They Eat"-er
    Eat
    Eat

    • Ni kategori yang kalau kita amalkan setahun dua memang boleh kena obes. Kalau dalam drama tu ada scene makan, dia mesti nak makan jugak. Tak boleh rasa ramen dorang, dia ganti dengan maggi. Kalau takpun, dia makan je apa yang ada. Sebab tu golongan ni berisiko dapat penyakit berangkai-rangkai. Mane tak nya, amalkan konsep "kau makan, aku pun makan".



    8. The Traveler
    Travel
    Gadget

    • Mereka ni jiwa dia sentiasa ada KDrama. Tak kira dimana sahaja dia berada, mesti tonton KDrama. Ape susah, boleh save dalam Ipad. Dalam handphone. Atau streaming online. :D
    • Aefa bukan kategori ni. Tak boleh fokus la kalau sekejap tengok kat sini, sekejap tengok kat sana. hihi



    Ok tu je..
    So korang kategori mane? :D


    Pusat Sumber : DramaFever


    앱아 앨잇야
  • Test Test Jangan Komen

    Test Test Jangan Komen

    Sape komen die gedik :P

    nak test feed je ni.
    feed ni usik sikit meragam.
    tumbok kang -.-''
  • Tips : Memandu Ketika Hujan Lebat

    Tips : Memandu Ketika Hujan Lebat

    Rain
    Rain

    Ini tips memandu ketika hujan.
    Aefa pernah cuba sekali.
    Sebab sekali tu je memandu ketika hujan lebat. haha

    Tips ni Aefa dapat dari e-mail tau.
    In English.
    Tapi Aefa malas nak terjemah.
    Bace sendiri ye hee..


    How to achieve good vision while driving during a heavy downpour? We are not sure why it is so effective; just try this method when it rains heavily. 
    This method was told by a Police friend who had experienced and confirmed it. It is useful...even driving at night. 
    Most of the motorists would turn on HIGH or FASTEST SPEED of the wipers during heavy downpour, yet the visibility in front of the windshield is still bad...... 

    In the event you face such a situation, just put on your SUN GLASSES (any model will do), and miracle! 
    All of a sudden, your visibility in front of your windshield is perfectly clear, as if there is no rain. 
    Make sure you always have a pair of SUN GLASSES in your car. 
    You are not only helping yourself to drive safely with good vision, but also might save your friend's life by giving him this idea.. 

    Try it yourself and share it with your friends!??? 
    Amazing, you still see the drops on the windshield, but not the sheet of rain falling!
    You can see where the rain bounces off the road. It works to eliminate the "blindness" from passing cars. 
    Or the "kickup" if you are following a car in the rain. 
    They ought to teach this little tip in driver's training.. It really does work. 
    This is a good warning. I wonder how many people knew about this. 





    So.. Sape pernah cuba? Betul ke tak.?
    Masa Aefa try dulu, takdelah nampak clear sangat.
    Tapi lebih clear dari pandangan tanpa cermin mata :D




    앱아 앨잇야
  • Macam.. Macam..

    Macam.. Macam..

    macam tak tau nak letak tajuk apa :D

    Friends
    My Lovely Classmates
    Aefa..Mek..Yan..Ida..Fara..Ella..Wan..Az..Bai..

    Sebelum masing-masing melangkah meninggalkan kampus, kami sempat bergambar bersama. Alhamdulillah. Walaupun hanya kami yang ada ketika itu, gambar ini menjadi satu memori indah yang Aefa tak nak lupakan sampai bila-bila. Pahit manis yang dilalui di UiTM KBM. Gambar ini diambil selepas tamatnya kertas Industrial Relation. Aefa keluar dewan lebih awal dari biasa untuk paper ini. Terlalu yakin dapat jawab soalan dengan baik ke? Padahal hari sebelumnya Aefa berjimba di pantai. -.-''

    Smile
    Smile
    Ini Aefa dapat dari seorang kenalan yang baru sahaja Aefa kenal pada hari terakhir peperiksaan. Kenal dalam beberapa jam je. Duduk makan sama-sama. Tanda persahabatan mungkin. 

    Us
    Kami yang comel
    Aefa beli ni untuk kawan-kawan yang masih ada ketika itu. Ramai yang terus balik selepas exam berakhir. Setiap seorang dapat satu based on perwatakan mereka di mata Aefa. Agak-agak mereka masih simpan ke tak? :(

    Oklah. entry ini takde apa-apa sebenarnya.
    Cuma merindui memori-memori lama.. :'(
  • Wordless Wednesday : Sotong Kangkung

    Wordless Wednesday : Sotong Kangkung

    Sotong Kangkung
     Ini sotong kangkung.
    a.k.a. rojak kangkung.
    a.k.a. rojak sotong.
    Entah ape lagi panggilan makanan ni -.-''


    Jom makan! :D
  • WW : Lame Dah..

    WW : Lame Dah..


    Tak makan...

    KFC
    KFC

    Naan
    Naan

    Sushi
    Sushi



    Tak minum...

    Coolblog
    CoolBlog

    Coconut Shake
    Coconut Shake



    Tak pergi...

    Pantai
    Pantai

    Karaoke
    Karaoke

    Wayang
    Wayang



    Jadi.. sape nak belanje? hahah




    앱아 앨잇야
  • Wordless Wednesday Tuesday

    Wordless Wednesday Tuesday

    Durian
    Durian


    Tadi terjumpa entry wordless Wednesday!
    Siyes tak tipu >> SINI
    Membahan tuan blog sekejap tadi.
    Ni pun macam... macam membahan je :P :P

    Semalam Aefa komplen kat kawan harga durian mahal sangat.
    Macam nak beli pokok durian je.
    Padahal nak beli satu je.
    Harga cecah puluhan ringgit -.-''

    Tapi Alhamdulillah.
    Dia sentiasa mendengar dan tahu keinginan hamba-Nya.
    2 orang kenalan datang membawa durian yang banyak! yeayy.

    Jangan tanya lagi.
    Yang kat atas ni habis sekelip mata :D

    Eh. kate wordless! haha. sorry.
    macam nak bercerita je :P :P :P



    앱아 앨잇야
  • Moody

    Moody

    Menaip dalam keterpaksaan.
    Penipu!
    Padahal dari tadi fikir nak update apa.

    Tadi kemain lagi nak join GA.
    Mentang-mentang ada wifi free.
    Orang sebelah online, kita pun tumpang sekaki.

    Tapi!
    Separuh jalan join GA.
    Mood hilang.
    Sebab, setiap kali nak follow blog,
    CAPTCHA~
    Antara perkara yang annoying sekali dalam dunia blogging.

    CAPTCHA
    CAPTCHA
    Tolong sesiapa berhujah sedikit.
    Adakah ini kekal?
    Adakah disebabkan follow blog-blog tadi
    yang rata-ratanya tak guna Google Connect widget?
    Ottoke??? -.-''
  • Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

    Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

    Ephyra
    Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
    Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari



    Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.



    Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.



    Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.



    Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.



    Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
    1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
    2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
    3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
    4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
    5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
    6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
    7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
    8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
    9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
    10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
    11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
    12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
    13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
    14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
    15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
    16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
    Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

    Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
    1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
    2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
    3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
    4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
    5. Testimoni lelaki - klik SINI
    6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
    7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
    Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 




    Jom dapatkannya sekarang...

    Official Websitewww.oceanlife2u.com
    Instagram : ephyra2u
    Telefon : 03 4141 7889
    SMS : 019 3999 238
    Emel : info@oceanlife2u.com




    Ephyra
    Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
  • 90% Tak Siap Lagi

    90% Tak Siap Lagi

    Selamat pagi.
    Macam mana pagi Isnin ni?
    Kan ade yang dah gaji.. keke
    bahagia la tu :D

    Persiapan 90% tak siap lagi.
    Dasar pemalas. haha
    Bukan pemalas, tapi macam tak tau nak siapkan apa.

    Yang dah baca entry-entry before ni mungkin dah tau
    Aefa akan memulakan alam pekerjaan tak lama lagi.
    Boleh baca kat sini Di Temu dan Di Duga

    Next week Aefa akan fly ke sana.
    KCH - LCCT - Subang

    Jadi dah kurang masa untuk bergolek-golek di blog kawan-kawan.
    Dan sekarang tengah fikir nak bawa lappy ke tak.
    Kalau tak bawa memang tak dapat nak blogging la.
    kalau bawa, rimas pulak nak scan kat airport tu -.-''

    Tapi, lagi.
    Kalau takde lappy camne nak tengok Running Man ni?
    huk

    Confused
    Confused

    앱아 앨잇야
  • Ahad, Kemudian Isnin

    Ahad, Kemudian Isnin

    Maaf tajuk entry yang pelik.

    Penat.
    Mase menaip ni,
    baru je berkesempatan golek-golek depan TV.
    Sambil reply komen,
    sambil tengok Running Man episod pakai helmet,
    sambil senam-senam kaki.
    Heh. Sebenarnya tengah menanti rancangan Mamma Mia.
    Tak sempat tengok petang tadi.

    Semalam wat kimbap.
    Boleh baca kat sini.

    Dan makcik +Sally Samsaiman dah dedahkan rahsia sebenar.
    Jawapan
    Jawapan
    Berangan wat kimbap untuk SuJu haha caaitttt!
    +Akeyla Azmi pilot tu watak sampingan je syg heheh
    +Azlan Strider incik tunang? amboi. bile pulak Aefa bertunang :D
    +asha hana luvly egg tu untuk +Kyuhyun Cho ♥ ❤

    Oklah. entry ciput je.
    Macam dah ngantuk ni.
    Macam kena tidur je.

    Tak jadi tengok Mamma Mia!
    Terlepas episod akhir Kyuhyun sebagai pengacara :(
    hukhukk
    Joo Won dah tinggalkan 2D1N.
    Kyuhyun dah tinggalkan Mamma Mia. :(

    Ok esok dah mula topik baru.
    2 3 hari ni asyik luhan luahkan kekecewaan je kan!



    앱아 앨잇야
  • Happy Sunday

    Happy Sunday

    Selamat hari minggu :D

    Kimbap
    Kimbap

    Rice Ball
    Rice Ball

    Tadaaa...
    Kimbab dan rice ball~

    Rice ball tu untuk Pilot dan Steward
    Kimbab pulak untuk siapa?
    Luvly egg pulak untuk sape?

    Teka~ teka~ :D

    +Sally Samsaiman tak boleh jawab. haha
  • Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3