KLMJ


Hari ni aku jumpa kawan lama.. teringat kisah lama. Kisah zaman kecik-kecik dulu. Bila aku bandingkan dengan anak-anak buah aku sekarang, kecik-kecik dulu dunia aku luas. Luas terbentang di depan mata. Bebas untuk diterokai. Tapi, semestinya ada balasannya setiap hari. kehkeh.

Aku dulu sangat sopan santun. haha. Penipu beno. Aku dari kecik memang bukan seorang yang ayu, santun, jalan lenggang lenggok. Takde! Tapi aku tahu batasannya. Adab2. Pantang larang. Aku respect dengan diri aku yang kecik dulu. Nakal macam mana pun, aku tak pernah tinggikan suara. Aku tak melawan cakap orang tua. Memang jiwa memberontak, tapi telan sendiri je. Bile aku tengok budak-budak sekarang... erm.. tapi tak semua lah..


Budak-budak perempuan sekarang kecik-kecik main Barbie.  Ladies kan. Aku pulak main guli. Main perang-perang. Keluar masuk hutan. Semak samun semua aku tau selok belok. Main sorok-sorok dalam hutan. Main kejar-kejar kat dalam longkang terbiar. Dipendekkan cerita, aktiviti aku semua outdoor.

Dan, ayah aku garang dan tegas wooo..  Petang-petang kalau aku balik lambat habislah. Confirm makan hanger ngan rotan. Tapi aku tak pernah serik. Aku buat jugak, tapi penuh berwaspada haha.

Kalau nak diceritakan semua, memang panjang la post ni. Silap-silap kena buat siri I II II :D . Jadi dipendekkan cerita, aku bersyukur lahir sebagai anak 80an. Galah panjang, segi tiga, ting ting, dan permainan-permainan lain tu semua pernah aku main. Berbanding dengan anak-anak buah aku sekarang ni, DOTA, CS, FB.. tu semua permainan dia.. entah bila mereka ni  nak menikmati pancaran mentari.. hahha.. okbai! uhuk..

nota kaki : KLMJ = Kenangan Lama Mengusik Jiwa
nota tangan : Ingin duduk sama-sama dengan semua kawan-kawan yang dulu

Kindly Bookmark this Post using your favorite Bookmarking service:
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter

0 kritikan:

Followers

 
Blogged.my

Drop Ur Link Here :)




[Valid Atom 1.0]


Labels

Blog Review (1) Blogging (16) Contest (1) Doa (1) Giveaway (15) Just For Laugh (2) Kesihatan (3) Korean (14) Must Eat (4) Must Visit (4) MyLife (84) Perkongsian (14) Program (5) Puisi (1) Running Man (4) Segmen (10) Semasa (3) Tips (2) Tutorial (4) Wordless (12)

| Memory Lane © 20012. All Rights Reserved |Template Style by My Blogger Tricks | Design by Durai sankar | Back To Top |

Blogger Gadgets