• Selesai Ijab dan Kabul :)

    Dulu masa kat UiTM aku pernah ambik Kekeluargaan Islam. Belajar macam mana sebuah keluarga terbentuk. Macam-macam lah yang kami belajar. Lebih kurang macam kursus kahwin. Tapi tak lengkap lah. Masuk je sem seterusnya belajar bab cerai-berai, talak ape semua, aku terus berhenti dari Kekeluargaan Islam. haha. Konon sebab tak nak bercerai. Tapi padahal sebab aku terjun dalam Track & Field pulak. Mane nak carik Ustazah jadi ahli sukan macam aku. [maaf. gurau je. jangan ambik serious ye]. Antara ayat yang selalu jadi gurauan kami. 


    Ok itu mukadimah je. Sebenarnya nak ucap tahniah kepada sahabat teman merayau, merempit, bercerita dan banyak lagi.. Khairunnisa Busrah. Kami kenal beberapa tahun yang lepas. 2004 lebih tepat di SMK Tunku Abdul Rahman. Kalau diikutkan, kami jarang berjumpa semenjak habis persekolahan. Sebab bila aku sambung belajar kat Sarawak, dia sambung kat Semenanjung, bila dia dah balik Sarawak, aku pulak sambung belajar kat Semenanjung. Dan bila aku habis belajar pulak, dia dah nun jauh di utara Sarawak. Haa.. Tengok. Kami dah buktikan nak bersahabat tak perlu sentiasa bersama. Jauh mane pun jasad, insyaAllah hati sentiasa bersama. Chewah.. Over kau jah!
    Kawen
    Credit to Ikha. Blur? Salahkan dia. haha.. gurau ye!

    Selesai sudah majlis ijab dan kabul di rumahnya semalam. Sedih sebab tak dapat bersama-sama dengan mereka yang lain di majlis berbahagia tu. :( Alhamdulillah. Selamat dah dia bergelar seorang isteri. Tanggungjawab dah bertambah.  Jangan naughty2 lagi :P Aku doakan yang terbaik untuk dia. Semoga dapat jalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. dan aku harap jugak hubungan kami tetap seperti dulu. Let your hubby be friends with my future hubby ok! :D Amboi gatal~

    Sekian.

    nota kaki : Jarak bukan satu pemisah sesuatu perhubungan. Tak kiralah antara sahabat, kekasih, mahupun suami isteri.
  • 1 kritikan:

    Anonymous said...

    Uwaaaaa terharu! kmk baru baca entri tok baa >_< thanks a lot sis datang ke wedding kamek <3

    thanks for doa too <3

    sayang kitak bah :,(

    -sicutenisa-

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3