Bahaya Earphone


Milo
Milo

Yuhuu selamat hari selasa. :) Setiap pagi kena mulakan dengan minum Milo. Baru cergas dan bertenaga. Phuiii.. :{ Hari ini breakfast dengan ayah kat luar. Ayah cuti sebab nak teman aku pergi servis kereta. Best kan ayah aku :D Selepas breakfast pagi tadi aku pergi servis kereta. Biasa la. Kaki rempit kena selalu servis kereta. LOL. Servis sekali dengan cuci dan tukar tayar belakang around 300 kot tadi.. Aku tak pasti la tu murah ke mahal. Sebab before ni servis percuma kan :D . 


Kereta
Kereta Rongak


Ok dah boleh masuk cerita sebenar. Sebenarnya earphone ni tak bahaya. Tapi kalau salah guna, memang membahayakan. Lain orang, lain penggunaan earphone ni. Sesetengah orang guna earphone sepanjang masa. Entah la dia dengar apa. Ada yang masuk je earphone dalam telinga. Tapi tak dengar apa-apa. Saje nak 'ignore the world' la kata kan. As for me, aku guna earphone masa belajar dan dalam bas or kapal terbang kalau ada perjalanan jauh je.

Earphone
Earphone

Ada jenis orang ni, suka guna earphone semasa berjalan. Yes! I mean pejalan kaki. Especially belia remaja. Amboi sangat. Tau la dalam movie selalu tunjuk pejalan kaki guna earphone/headphone. Tapi berpada-pada la ye guna tu. Bahaya tau tak. Dengar earphone sambil berjalan boleh buat kita tak alert dengan keadaan sekeliling. Kejadian ni berlaku pagi tadi. Aku kena hon dia sampai tiga kali. Kali ke tiga tu baru dia sedar. Entah khayal ke mana fikiran dia semasa pakai earphone tu. Nasib baik kat kawasan perumahan. Kereta kebanyakkannya slow tapi ade jugak la yang bawak laju. 

Kita kena ingat, tak semua pemandu berhemah. Ramai yang pentingkan diri. Kalau tengok pejalan kaki nak melintas, dia hon sekali pastu makin lajukan kereta. Haa bahayakan kalau tak alert kat jalan raya. Tak salah kalau kita take extra precaution kat jalan raya kan. Nak dengar lagu volume sampai 100 pun takpe. Tapi tengok tempat la. :)

Harap lelaki tadi selamat sampai ke destinasi :)
앱아 앨잇야

Kindly Bookmark this Post using your favorite Bookmarking service:
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter

0 kritikan:

Followers

 
Blogged.my

Drop Ur Link Here :)




[Valid Atom 1.0]


Labels

Blog Review (1) Blogging (16) Contest (1) Doa (1) Giveaway (15) Just For Laugh (2) Kesihatan (3) Korean (14) Must Eat (4) Must Visit (4) MyLife (84) Perkongsian (14) Program (5) Puisi (1) Running Man (4) Segmen (10) Semasa (3) Tips (2) Tutorial (4) Wordless (12)

| Memory Lane © 20012. All Rights Reserved |Template Style by My Blogger Tricks | Design by Durai sankar | Back To Top |

Blogger Gadgets