• Nasi Lemak

    Nasi Lemak
    Nasi Lemak
    Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap semua sihat dan ceria hari ni. Pagi tadi Aefa sarapan dengan nasi lemak. OTW balik rumah pagi tadi teringin makan nasi lemak jadi singgah lah shopping nasi lemak sekejap. Memandangkan sikap semula jadi Aefa yang pemalas dan tidak suka keserabutan, jadi for sure Aefa memang tak singgah gerai yang ramai orang dan susah parking.

    Ini pertama kali Aefa makan nasi lemak harga RM1. Bila bukak bungkusan rasa menyesal pulak. -.-' Baik wat nasi goreng. Jimat RM 1~ Mula-mula memang dah agak isi dalam tu kurang lagi dari nasi lemak biasa. Tapi tak sangka pulak kurang sangattttttttttttt. Hukhuk. Nasi tak sampai 10 sudu. Ikan bilis yg halus milus 4. Kacang 7. Sambal erk.. berapa mililiter ye. Sikit jek. Telur goreng 1.5cmX1.5cmX2mm sukatan die. haha.

    Jadi kesimpulannya, sekarang tengah lapar. Bye.
  • 0 kritikan:

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3