• Sengalian

    Dikeningan Dikeheningan malam~ termenungku berseorang.. tak lena mata dipejam...~ lalalala. Sambil dengar lagu sambil buat entry.

    Malam-malam macam ni tiba-tiba teringat dengan dak Sengalian. Sesuai dengan nama, semua ahli sengal-sengal belaka. Bahasa pon sengal jugak. Tapi Aefa masih tak master lagi bahasa ni. Kena ambik masa sikit nak memahaminya hehehe -.-'' Group kami ada presiden. Group awak ada? haha. Dulu, facebook belum famous lagi so kami ada medium sendiri untuk berkumpul.  Di situ, setiap group ada rumah sendiri. Setiap kali ada rumah baru, mesti berebut2 nak jadi orang pertama masuk. hehe. lawak pulak bila dikenang balik.

    Ayat Sengal
    Contoh ayat sengal paling mudah

    Kalau tak silap, Aefa dah kenal mereka hampir 7-8 tahun. Di sini, Aefa ada bonda, uncle2, auntie2, kakak2, and abang. Seronokkan ada family lain selain dari family sendiri. Bermula dari alam maya, hubungan ini terus terjalin di dunia nyata. Dan alhamdulillah hubungan masih kekal sehingga ke hari ini. Aefa harap hubungan ini kekal sampai bila-bila. Aminnn.. Cuma sedikit terkilan, Aefa masih belum berkesempatan bertemu dengan semua. Faktor geografi. ehehe..

    Bila berblogging ni pun Aefa teringin nak jumpa kawan-kawan macam ni. Tak perlu gah. Tak perlu famous. Cukuplah sekadar saling mengeratkan hubungan satu sama lain. Saling mengambil berat. Rasanya tu pun dah cukup.

    Ok. till we meet again.. kehkehkeh.. Maaf ye takde upload gambar dak sengalian. Jaga privasi. hehe. Kalau ada nampak Aefa bersembang guna bahasa pelik kat facebook tu (bukan bahasa sarawak ye) daktu la Sengalian. :D

    *entry semalam. tapi tertido. tak sempat post*


    앱아 앨잇야
  • 0 kritikan:

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3