• 10 Tanda Anda Peminat KDramas Tahap Suam-suam Kuku Je

    KDrama

    >> Tak tahu slang yang selalu mereka guna
    • S-Line? OTP? Oppa? Peminat tegar memang dah tau sangat dengan perkataan-perkataan ini. Aefa pun dah terbiasa jugak -.-'' Contact name dah tak guna BM dah. Oppa.. Unni.. Omma.. Abuji.. Ajushi.. Ajhumma.. hahaha. Panggil ayah pun kadang-kadang "Appa". Ayah layan je la anak dia yang sorang ni.

    >> Tak pernah nyanyi OST KDrama
    • Tak tahu bahasa Korea bukan penghalang bagi penggemar-penggemar KDrama. Nyanyi je. Janji bunyi sebutan sama. Anggap betul je lah kan. Lagu-lagu dalam pendrive sentiasa up-to-date. Setiap kali ada drama baru yang diminati, mula lah song hunting~ Mula lah asyik nyanyi bahagian korus. Tak pun humming~ Ayah pun tau humming lagu cite Good Doctor!

    >> Tak pernah mengalami "second male lead syndrome"
    • Ahhaaa ini memang saat bermain dengan perasaan penggemar-penggemar KDrama bila ada 2 male leads dalam sesebuah drama. Mula-mula selalunya confuse female lead akan pilih sape. then bila drama dah habis mesti kecewa sebab salah sorang male lead tu tak di pilih. Lebih-lebih lagi kalau kedua-dua male leads tu baik dan handsome. Btw. handsome memang kriteria utama bila tonton KDrama haha

    >> Tak berat sebelah
    • Bagi penggemar-penggemar KDrama, walaupun tak kenal nama semua pelakon sesuatu drama, tapi selalunya mereka tahu pelakon ni biasanya berlakon watak yang bagaimana. Jadi akan timbul isu berat sebelah. haha. Mereka akan terbawa-bawa watak pelakon tersebut  dalam drama lain. Aefa dulu tak minat Joo Won. Sebab dia bawak watak jahat dalam drama Baker King. huhu. Tapi sekarang~~ I heart you~~ ok menggediks sikit


    >> Tak pernah teringin makan makanan Korea
    • Kimchi.. Kimbap.. Ramen.. Ade ke penggemar-penggemar KDrama yang tak pernah teringin makan makanan-makanan ni? KDrama memang tak pernah terlepas bab makan. Mesti ada kat dalam setiap episod. Sekarang Aefa craving for Ramen. Tapi takde jual kat Kuching. Takde ke sape-sape sudi tolong poskan. :(


    >> Tak pernah terfikir/guna perkataan hangul dalam perbualan
    • Otoke? Chincha? Ye? Omo? Wae? Namja chinggu? Semua di hujung lidah penggemar-penggemar KDrama. Dalam percakapan dorang mesti ada perkataan-perkataan mudah ni. Selalu kita dengar rojak BM-BI. Tapi dorang ni rojak BM-Hangul.


    >> Tak pernah search mengenai review/recap KDrama
    • Aefa selalu buat ni tapi untuk KDrama yang Aefa minat je lah. Facebook page untuk drama tu memang wajib like. Pastu setiap kali sebelum atau selepas drama disiarkan mesti mula buka macam-macam website baca review. Kalau terlebih rajin, memang baca komen-komen sekali -.-'' Tambah lagi drama-drama Korea ni selalunya ada parody dan disebalik tabir. Kadang-kadang takde subtitle pun. Takpe! gelak je~


    >> Tak tahu drama mana yang paling mendapat sambutan
    • Tanya je drama genre mana yang korang nak tau kat KDrama's bba, dia boleh buat list cerita-cerita yang tengah meletopss. Siap bagi short review lagi. heee 


    >> Tak pernah berhalusinasi(??) / membayangkan episod-episod dalam KDrama
    • Pernah buat ni? Habis je satu episod terus bayangkan apa akan terjadi dalam episod-episod seterusnya. Kadang-kadang kalau tak puas hati dengan episod sebelumnya, siap bayangkan episod tu versi kita sendiri. adoi. kelas kau jahhh


    >> Tak pernah maraton tengok KDrama
    • Hello!! Ingat kaki wayang je boleh maraton tengok wayang ke? Kaki drama (??) pon boleh maraton tengok drama la. Bayangkan 16 jam duduk depan laptop. Tu untuk drama 16 episod. Kalau 20? 24? 32? haa.. Keluar je dari bilik orang ingat hantu kak limah.



    Jadi macam mana?? Adakah anda memang KDrama's bba~~ Hard Die Fan~ Kipas Susah mati~ KDRAMA ?

    Nomu nomu chuaa~



    Sumber bijih timah : DramaFever

    앱아 앨잇야
    (??) abaikan penggunaan bahasa lintang pukang ini
  • 25 kritikan:

    Mazni Munawar said...

    hehe sayela tu. peminat KDrama suam2 kuku xD

    aisya said...

    point nombor 2,3,5,7,8.. ya memang selalu.. bukannya sik agik.. hehe...

    fatin wawa said...

    ok.. nampaknya saya mmg buta Kdrama.. hehe... :D

    ctfand said...

    akak..akak! hihi. winter sonata je yg betul2 ingat. yg lain2 sik ingat kmk. :D

    Aya Zuki said...

    saya suam2 kuku je..mungkin jugak sejuk2 kuku je..hehhe oppa :P

    asha hana said...

    hana terasa ok. haha minat dengan KPop tak kisahlah pelakon ke penyanyi ke. sampai teringin nak makan makanan orang sana, cakap bahasa sana, ikut lagu orang sana. haha

    Sally Samsaiman said...

    nak ramen ke..? boleh nak nak suruh tolong pos kan..hehehe...

    btw, kita langsung tak tgk cite korea...korea tu apa..? :P

    ct aman said...

    mmng xtau ape2,,,hehehe...tgk jgk cite korea y top2...pling ct suke...my girl...sbb hero tu hensem sgt..haha

    adrianna syaz said...

    Sya suka summerscent dgn windstruck..sgt hebat dan mmg sapu airmata cam shah rukh khan bila tgk ceta ni..ngee..

    Aefa Aerisya said...

    Mazni haha.. bile nak naik taraf ni :P

    Aisya haha...nakk.. mun minat gn drama korea nang sik lepas molah ya..

    Fatin hahaha.. takpe.. mungkin awk celik kat drama lain :D

    ctfand ahaha.. cite tu la yg wat aefa minat cite korea kak :D

    Aya haha.. boleh la tu sejuk2 kuku :P

    Hana kite sama~~ yeayyyy

    Sally tolong la poskannnn.. sobbsss.. korea? korea tu same gn CNBLUE :P

    ctaman ehem! pakwe aefa tu. mane bole curik~ :P

    Sya haha.. windstruck tu aefa tak tgk lagi.. ensem tak pelakon die? haha

    adrianna syaz said...

    Sdah tentu hensem ok..hero autumn in my heart..tp dia buat rmbut style lain dan lebih bergaya..sila tgk aefa..gerenti pilu2 ni..hehe

    Afiqah Adzan said...

    Saya suam2 kuku je .. Tapi x delah minat sangat cuma skit2 je

    Aefa Aerisya said...

    Sya haha.. ok2.. nnti aefa carik cite tu..

    Afiqah hehe.. ok lah tu~~

    Affy Afiqah said...

    Hohoiiii tersentap diri ini, terasa kena tepat di batang hidung hewhewhew
    Ika lettew peminat suam2 kuku ;P

    Fatanah Khirizan said...

    saya pun boleh masuk kategori ni,hehe :) betul2,kalau lagu korea yang saya suka tapi tak tau lirik saya main hentam je nyanyi asal bunyi sama,haha :p

    Nuriesya Nadia said...

    Hahahaha. Okay nampak sangat ai is fanatik. Phew pheww. Sampai bf rasa nak lempang bile sikit2 ottoke ottoke. Muahahaha. :P

    Aefa Aerisya said...

    Ika hahaha.. cepat la naik taraf same cam aefa haha

    Fatanah hikhik.. kan dik.. akak pon belasah je nyanyi lagu korea tu.. ala org yg dgr bukan tau maksud :D

    Nadia haha.. mesti die annoying.. yg xminat korea mmg xleh terima budaya ottoke ni haha

    Dreamland said...

    boleh la ni. saya mcm ni laaa.. tapi nak cakap hard core tu tak kot even sanggup habeskan 20 episod start 8 malam habis 7 pagi.. hahaha

    Aefa Aerisya said...

    Dreamland hahah tu la.. mmg sanggup berjaga malam sbb nk habiskan drama tu je

    Invisible Me said...

    Boleh tahan suam-suam jugaklah IM minat tapi tak tegar sangatlah. Hehe

    Aefa Aerisya said...

    IM ahha.. masih boleh diselamatkan la ni ye.. :D

    Anne Nurain said...

    kmk peminat tegar korean drama! hohoho.. selalu sangat marathon drama lebih2 lagi time cuti.. hehehe

    Khir Khalid said...

    Sy peminat suam2 air suma je.. tp running man mmg minat sgt2.. :D

    nanakimie said...

    nana takda suam2 kuku pun dear,mmg tak minat pun,hihi....tapi tgk sikit2 tu bolehla...mcm runing man tu best:) movie2 tak layan,pelik kan:)

    Aefa Aerisya said...

    Anne haha.. sama2.. marathon best.. sik pyh tunggu dari hari ke hari :D

    Khir aefa pon minat RM sgt2 LD

    Nana hhee.. mungkin sbb kalau tgk movie ni kena tahu dr a-z baru paham.. kalau tgk show mcm RM tu tak tgk yang minggu lepas pon masih boleh layan yg minggu ni :D

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3