• Burger Sedap, Pirate Park, Melaka

    Burger Pirate Park Melaka
    Stall Lama
    Aefa sendiri kurang pasti nama stall burger ni. Tapi ada kawan-kawan cakap, stall burger Kak Ani. Stall burger ni tempat lepak yang best pada waktu malam. Terletak bersebelahan dengan Pirate Park, Melaka dan sambil-sambil lepak kita boleh menikmati pemandangan sungai Melaka pada waktu malam. Aefa lebih suka berjalan menyusuri sungai Melaka berbanding Sungai Sarawak sendiri. hehe.. Sepanjang sungai Melaka, ada macam-macam tarikan. Sebab tu pada waktu lapang dan kebosanan melanda, kami selalu berjalan dari rumah (Gajah Berang) menyusuri Sungai Melaka sehingga ke Casa Del Rio.  Haha.. Jauh. Orang Melaka boleh la mengagak jarak perjalanan kami ni. 

    Burger Pirate Park Melaka
    Burger

    Kami selalu lepak di sini sambil bermain di Pirate Park. Jangan risau mengenai harga. Harga burger kat sini berpatutan. Bersesuaian dengan saiz burger yang kita makan. Bagi yang tak makan burger, kat sini pon ada jual nasi lemak, makanan bergoreng dan yong taufu. Tapi barisan menunggu yong taufu tu sangat lah panjang. Kalau sanggup berbaris menunggu tu boleh la. Bagi yang tahap kesabarannya suam-suam kuku je tu rasanya tak sesuai makan yong taufu. Takut nanti mendidih pulak darah ketika berbaris hehe. Boleh tengok gambar atas sekali orang tengah berbaris tunggu yong taufu. :)

    Kali terakhir Aefa makan kat sini, gerai ni dah pindah ke bangunan kedai yang berdepan dengan Pirate Park. Tapi, rasa tak best pulak. Aefa suka lagi fresh air macam before ni :) So, bagi yang ingin menikmati burger sedap ni, boleh set kan GPS anda ke Pirate Park. InsyaAllah akan jumpa.


    *hobi kat melaka dulu pas makan burger terus jalan-jalan tengok nyah. haha*
  • 14 kritikan:

    Niesa said...

    kembang tekak nangga burger..rasa nak makan juak.. XD

    Nuriesya Nadia said...

    Lapaaaa !! :(

    FaRa said...

    wah... sedapnya.... xtaw pulak kt pirate park ade burger... selalu pergi makan kat oblong bachang... sedap :)

    Sally Samsaiman said...

    cakap je tak guna, jom kita g Melaka skrg! :P

    Affy Afiqah said...

    ika selalu pi area2 situ tapi tak pernah nampak pula stall burger tu...
    selalu je lepaking kat kgmorten dulu hewhew :)

    fatin wawa said...

    bestnya.. makan, makan sambil menikmati permandangan.. :)

    ezyra daniel said...

    burger la makanan feveret sye taw..alaaa teringin nye nak makan sekarang nie!!

    Afiqah Adzan said...

    Sedapnya .. Lama dah tak makan burger..

    Aya Zuki said...

    lapar pulak tengok burger..dah berapa hari lapar burger bakar .wuuuu

    Khir Khalid said...

    wah.. nnti bolehlah terjah ke sana.. thanks sharing :)

    Aefa Aerisya said...

    Niesa haha.. pegi lah beli bege :P

    Nadia lapar?? dlm pic tu pon tgh makan. xkn lapa lagi :P

    Fara ade~ tp xingt dia bukak hari pe hehe.

    Sally haha.. tunggu samapai sane lah baru boleh turun melaka.. turun sampai johor pon sanggup :P

    Ika ade.. tp dah pindah kat bangunan kedai tepi tu dah :)

    Fatin yup.. sbb tu suke lepak situ :D

    Zyra haha. cepat g melaka :D

    Afiqah hehe.. beli la :P

    Aya Aefa pon lame dah tak mkn bgr bakar huaaa

    Khir sama2 :)

    nanakimie said...

    wah,beger ada,yongtofu ada,kalau da ramai tu pasti sedap:)

    Aefa Aerisya said...

    Nana Yippieee mmg sedap :D

    Anonymous said...

    Biase je,menyesal datang. first time datang, Owner dia super duper rude. time aku datang ramai orng. dia hempas2 je makanan aku siap herdik2 tengking suruh beratur time nak bagi yong tau foo suruh masak.

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3