• Mencintai Tak Bererti Memiliki

    Love
    Credit : p4poetry.com
     Janganlah kau angkuh melaungkan
    Si dia kepunyaan mu
    Atau kau kepunyaan si dia
    Kerana hakikatnya
    Kita tidak pernah memiliki sesiapa
    Walau sekeping hati seorang insan..



    Love
    Credit : desicomments.com
     Tidakkah kau sedar
    Hukum alam menyatakan
    Mencintai tidak semestinya memiliki?
    Manusia pandai berpura
    Berlakon di pentas dunia
    Dan bertopeng menutup rahsia
    Tetapi hati
    Tidak pernah berdusta pada empunya
    Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya..

     Tidakkah kau sedar
    Mungkin si dia melafazkan
    Ungkapan cinta pada mu??
    Tetapi hati dan perasaannya
    Tidak pernah berniat begitu
    Dia hanya berselindung
    Di sebalik sejuta alasan
    Dan kau
    Begitu jujur dan setia mencintainya
    Sehingga terlupa
    Hukum alam menyatakan
    Mencintai tidak bermakna memiliki..

     Sesungguhnya
    "Aku tidak pernah memiliki diri mu"
    "Dan kau jua tidak memiliki diri ku"
    Mengertilah
    Kita sebenarnya kepunyaan
    Yang Maha Esa
    Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita
    Kecuali Dia
    Dia mengasihi hamba-Nya
    Dia memiliki hamba-Nya
    Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali...




    Source : Nana

    BJ9GSPGF72C8
  • 24 kritikan:

    HaNTwO said...

    menyokong 100% nukilan ini...dan memiliki juga xbermakna mencintai.. :)

    p[A]n[A]d[O]L said...

    its true..
    pahit tp hakikat..

    ♥Ismi Huda♥ said...

    mutoi2.. setuju sgt.. memiliki jg x semestiny selamany.. huhu

    Aefa Aerisya said...

    semuanya adalah pinjaman semata-mata.. jagalah ia sebaiknya andai anda diberi peluang oleh-Nya dan usah la diratapi jika ia pergi dari sisi. ^_^

    Pensil Organik said...

    aku setuju amat sangat dengan mencintai bukan erti memiliki kerana aku pernah alami benda mcm nih

    mR Gee.!! said...

    sangat puitis kata2 geng2 nih...
    adehh... diLuar bidang aku niehh!!

    eita said...

    itu hakikat sebenar sebuah kehidupan...
    tak semestinya apa yang kita nak tu kita akan dapat

    idAti mALek said...

    terbaikk..

    slalu org bercinta msti nak kata "ku milikmu" pdahal x pun...hehe,,....

    izariah zainal said...

    yup!
    juga setuju..

    BeeWhiteRoses said...

    LIKE! =)

    Nurul Farahizzati said...

    true is pain..

    Azlan Strider said...

    betul tu..saya mencintai kelab bola sepak Liverpool tapi saya tidak memilikinya..

    Regards,
    -Strider-

    Pha Is said...

    bak kata2 maria dalam cerita "ayat2 cinta" di akhir cerita : perasaan cinta dan perasaan ingin memiliki adalah 2 perkara yg berbeda...

    fatin wawa said...

    ya.. mencintai tidak semestinya memiliki.. letakkan cintaNya pada aras yg paling tinggi, InsyaAllah kita akan dpt cintaNya dan juga cinta manusia yg mencintainYa.. :)

    Aefa Aerisya said...

    Farah kan :)

    Azlan hehe.. haa. cth yg baik hehe

    Pha Is amboi.. ingt ye dialog cite tu hehe

    Fatin betul. setuju :D

    Sally Samsaiman said...

    adoyai...sedih!

    Aefa Aerisya said...

    Sally jgn nangis sally :D

    Affy Afiqah said...

    yang pasti, kita milik Allah secara hakiki :)

    Khir Khalid said...

    Cinta suci, cinta hakiki.. hanya kepada Allah jua kita kembali...

    asha hana said...

    agree sangat aefa :')

    #mula2 ingat nukilan aefa tp ada sumber di situ. hehe

    nanakimie said...

    setuju sangat my dear:)

    Aefa Aerisya said...

    Ika kan.. hanya Dia :)

    Khir betul tu khir :D

    Hana haha... aefa tak seni lahhh

    Nana hihi.. :D

    era_zierah said...

    totally agree dengan sume ayat2 ni .. mencintai x semestinya memiliki :(

    Aefa Aerisya said...

    Azie hihi.. jgn sedih2 :D

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3