• Pasar Serikin

    Pasar Serikin merupakan salah satu destinasi yang mesti anda kunjungi apabila melancong ke Kuching, Sarawak. Tu pada pendapat Aefa lah. hehe. Kalau melancong di bahagian-bahagian lain di dalam negeri Sarawak, jangan berangan nak pergi ke sini. Jauh~

    Pasar ini terletak di Kampung Serikin iaitu sebuah kampung orang bidayuh yang terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan. Pemanduan dari Kuching ke Serikin mengambil masa kira-kira 1 jam. tengok jugak memandu ikut style mane. hehe. Berhati-hati ketika memandu ke Serikin kerana keadaannya hampir sama dengan kawasan Karak. Bukan berhantu! Tapi berbukit bukau dan dihiasi dengan gaung-gaung yang dalam.

    Pasar ini menjual pelbagai jenis kraftangan, batik, barang-barang tradisional, pakaian, dan macam-macam lagi. Ia hanya dibuka pada hujung minggu, iaitu hari Sabtu dan Ahad. Pasar ini bukan tempat yang sesuai untuk peminat-peminat barangan branded. Jadi kalau nak beli LV ori, takyah pergi sini. Nanti komplen memanjang.
    Serikin
    Awal pagi. Masih redup. :)

    Panduan untuk ke Pasar Serikin :
    >> Jika anda memandu sendiri ke sini, usah bergantung pada GPS. Bagi Aefa, GPS tidak berguna di kawasan Kuching :) . Dari bandar Kuching (Waterfront) anda boleh pilih samaada untuk menggunakan jalan dari Petra Jaya, mahupun  Batu Kawa. Tapi adalah lebih mudah untuk anda menggunakan jalan Batu Kawa kerana dari Batu Kawa, anda hanya perlu jalan terus mengikut papan tanda ke Bau. Dan setelah tiba di Bau, anda hanya perlu ikut papan tanda ke Kampung Serikin.  :)

    >> Waktu terbaik untuk pergi ke sini adalah pada waktu pagi. Aefa biasa gerak dari Kuching pada pukul 7.30/8 pagi.

    >> Berhati-hati. Jangan bawa makluk asing ataupun barang larangan keluar/masuk kawasan ini. Terdapat 2 pos imigresen dan polis yang mengawal. Jika nasib anda tidak baik, kereta anda mungkin ditahan dan diperiksa :)

    >> Bagi mereka yang mempunyai tahap keraguan yang tinggi, sila bawa makanan sendiri. Aefa khuatir anda was-was untuk membeli makanan di sana :) 

    >> Harga makanan dan minuman di sini juga TERmahal sedikit dari kawasan Kuching. Taknak belanja lebih sila bekal air siap-siap ye.

    >> Pasar ini tidak berbumbung! Bawa payung kerana Serikin amat terkenal dengan kepanasannya.

    >> Tawar-menawar. Pastikan anda mahir teknik tawar-menawar. Anda boleh dapat barang tersebut dengan harga lebih rendah dari apa yang mereka minta.

    앱아 앨잇야
  • 17 kritikan:

    Kisah Si Dairy said...

    nak kesana...nanti amik akak ea...hihihih

    Aefa Aerisya said...

    Kak Ferd hehe.. jom la~~ sementara aefa masih kat kuching ni :D

    Anne Nurain said...

    masa study d poli kuching dulu kawan2 buat trip pegi sini tapi malangnya anne tak dapat ikut.. best tengok dorang shopping macam2 kat sini.. jeles makk.. haha..

    Azlan Strider said...

    kenapa ade 2 post imigresen dan polis??pasar nie dekat dengan sempadan ke??hehe

    Regards,
    -Strider-

    Sally Samsaiman said...

    tak berkesempatan nk terbang ke sana aihh

    Aefa Aerisya said...

    Anne hahaa.. mase study mmg best shopping sini.. murah kan hihi

    Azlan aah.. kat sempadan.. kat hujung pasar tu boleh nampak askar yg mengawal sempadan :D

    adrianna syaz said...

    Tak pnhnsmpai ke kuching lg aefa..tringin nk pg..nnti kumpul duit dlu la..hehe

    Bbwana adienia said...

    Sya pernah pegi serikin masa jln2 d kuching..mmg best la tmpt tu..byk jualan..pling suka byk baju dan perfume tp kena pndai tawar menawar.

    Bbwana adienia said...

    Sya penah pegi serikin ni masa jln2 ke kuching dlu.best..paling suka byk baju dan perfume yg boleh di tawar harga..

    nanakimie said...

    teringin nak ke sabah sarawak...teringin nak naik flight sebenarnya.hihii

    Aefa Aerisya said...

    Sally meh la sally~ tourist guide free :P

    Adrianna skrg ade promosi.. cepat tempah :P

    BBwana Same. Aefa pon suke twr2 baju n perfume hihi

    Nana hehe.. jom2~ Air Asia tgh promosi tu :D

    Khir Khalid said...

    Teringin nk ke Kuching.. in shaa Allah, kelapangan nk jenjalan lah ke sana.. Thanks sharing ye :)

    Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

    akak teringin nak ke sarawak.. tak pernah lagi sampai di sana..

    Aefa Aerisya said...

    Khir sama2.. :)

    Mizz Aiza jom akak.. ronda2 sini pulak :)

    Lilynn Wifey Sham said...

    bila yer nak ke kuching.. :)

    Arham Md Ali said...

    Yeah saya memang suka kalau pergi bercuti mana-mana untuk lawat pasar. Kalau tengok cerita No Reservations Anthony Bourdain pun dia kalo nak cari makanan yang fresh dan sedap dan pure dia akan pergi ke pasar.

    Aefa Aerisya said...

    @Lilynn
    jom g kuching :) kalau aefa ada kat sini boleh aefa bawak jalan2.. xperlu agent dah :D

    @Arham
    Kite sama~ Aefa prefer pasar mcm ni daripada shopping complx :D

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3