• Di Temu dan Di Duga

    Offer Letter
    Rezeki tahun baru. Alhamdulillah

    Siapa yang tak pernah hadiri temuduga sila angkat ibu jari kaki kanan. Aefa pernah hadiri 3 temuduga sebelum mendapat tawaran kerja sekarang ni. Secara tak rasminya Aefa menganggur selama 10 bulan. Tapi secara rasminya Aefa menganggur selama 6 bulan. Dan kalau ikut perancangan Aefa sendiri, baru 4 bulan menganggur. haha.. Kenapa begitu? Aefa habis belajar pada bulan januari 2013. Konvokesyen pula pada bulan 5. Dan dalam perancangan Aefa, mencari kerja hanya akan bermula selepas raya Aidilfitri. Dan kenapa mesti selepas raya? Sebab dari januari sampai jun tahun ini Aefa sibuk merantau melawat negeri-negeri di semenanjung Malaysia. muehehe

    Temuduga pertama yang Aefa hadiri, memang kalut. Maklum la kali pertama pergi temuduga. Bile dapat panggilan temuduga tu mula la mengadap pakcik Google. Pakaian? Kasut? Soalan temuduga? Semua pakcik Google yang jawab. Temuduga pertama Aefa di salah sebuah kilang Jepun di Kuching. Sejujurnya temuduga itu memang kelaut. Tahap keyakinan diri tu memang nyawa-nyawa ikan je. Sejuk kaki tangan. Ayat keluar sepatah-sepatah. 

    Temuduga kedua di sebuah syarikat Jepun juga! Syarikat ini berada di Semenanjung Malaysia. Aefa saje menggedik mohon kerja kat syarikat tu. Alhamdulillah dapat panggilan temuduga dan yang seronoknya temuduga tu dijalankan di Kuching. Temuduga ni secara berkumpulan. Ok gabra disitu. Dikuatkan semangat jugak menjawab soalan-soalan temuduga tu. Lantak lah dengan calon-calon yang lain. Kita sama-sama berjuang kan? :D

    Dan temuduga ketiga di sebuah bank tempatan. Akhirnya dapat jugak panggilan dari syarikat tempatan. Mula-mula Aefa kecik hati dengan syarikat tempatan hahaa. Satu pun tak panggil Aefa! hahaha Temuduga ketiga ni santai sikit. Keyakinan pun di tahap normal dan boleh jawab dengan baik.


     Doa




    Alhamdulillah. Beberapa hari selepas temuduga ketiga tu, Aefa dapat panggilan yang menggembirakan hati nurani ini hehe.. Aefa berjaya dalam salah satu temuduga tu. Cuba teka yang mane?


    Alhamdulillah.
    Bersyukur kehadrat Illahi atas kurniaan-Nya ini.
    Inilah permulaan yang baik untuk tahun ini.


    앱아 앨잇야
  • 39 kritikan:

    ikhwan yusuff said...

    moga berjaya..salam maal hijrah!!:)

    Aya Zuki said...

    saya x pernah..hehe good luckk.. selamat buat persediaan :)

    Sally Samsaiman said...

    best of luck!!

    Maria Firdz said...

    Alhamdulillah.. Tahniah..

    Anne Nurain said...

    hmm.. bank tempatan kot? hihi
    apa2 pun tahniah.. :D

    Sally Samsaiman said...

    sally rasa dapat bank! terlupa nk jawab..hahahah

    atien zuraidah said...

    Yg ke 3 kot..slm maal hijrah

    izan mama mia said...

    tahniah

    Fadz hashim said...

    Ahamdulillah.. Salam Maal Hijrah :)

    Aefa Aerisya said...

    tq :) salam maal hijrah jugak :D

    Aefa Aerisya said...

    tq aya :)

    Aefa Aerisya said...

    tq~ tapi jwpn sally salah hahahaha

    Aefa Aerisya said...

    tq :D

    Aefa Aerisya said...

    tq~ tp salah la yang hihi.. bukan bank :D

    Aefa Aerisya said...

    Salam maal hijrah :) hihi bukan bank :D

    Aefa Aerisya said...

    tq :D

    Aefa Aerisya said...

    salam maal hijrah.. tq :)

    ubai ismail said...

    tahniah..untunglaah nk grad daahh..:P

    Aefa Aerisya said...

    hahah ketuk jugak ubai ni kang.. dah grad da laaa :D btw tq :)

    ann-zack smile said...

    Selamat tahun baru hijrah

    Fizi Zaidi said...

    tahniah :)dh kerja tu bersungguh2 la, jgn main2.. heheh salam maal hijrah^^

    Aefa Aerisya said...

    selamat menyambut maal hijrah jugak :D

    Aefa Aerisya said...

    tq.. :) selamat menyambut maal hijrah jugak :D

    Sobri Yaacob said...

    alhamdulilah. semoga berjaya..
    pngalaman ptama saya temuduga..
    interview smua dlm bi..
    dah la tak prepare.. sbab ingat tu company kecil..
    tu la orang ckp dont judge the book from the cover,,
    yg penting preapre, kalau boleh kat dpn cermin paraktis.

    Aefa Aerisya said...

    tq.. betul tu.. jgn perlekehkan company kecil..
    yup.. aritu aefa mmg prektis sorg2 dlm bilik..
    Alhamdulillah.. usaha berhasil :)

    Super Girl said...

    alhamdulillah . tahniah akak . selamat bertugas :)

    nanakimie said...

    kalau bukan bank,temuduga kedua tu kot berhasil..hee...alhamdulillah...tahniah ye:)

    Hafiza AizZawa said...

    masa nk hadapi interview mmg berdebar2.. kita tak tahu apa yang akan ditemuduga dan siapa.. Fiza rasa aefa dpt Bank kot.. tahniah..

    Aefa Aerisya said...

    alhamdulillah.. tq dear :)

    Aefa Aerisya said...

    yippii~~~ betol~~ hihi.. tq :D

    Aefa Aerisya said...

    tu la.. tambah lg debar sbb dgr cite bukan2 pasal interview kat company tu.. hihi.. bukan bank.. intrvw yg kedua tu :)

    Khir Khalid said...

    Semoga berjaya.. Salam Maal Hijrah & Salam Muharram.. :)

    Affy Afiqah said...

    alhamdulillah, semoga berjaya aefa, boleh laa belanja ika nanti dah ada duit gaji sendiri hewhewhew ;)

    Aefa Aerisya said...

    tq.. selamat tahun baru jugak :D

    Aefa Aerisya said...

    alhamdulillah.. tq ika.. hihi insyaAllah.. ada rezeki kite jumpa duduk2 minum hehehe

    Niesa said...

    tahniah aefa!

    Aefa Aerisya said...

    Niesa makseh :D

    Lilynn Wifey Sham said...

    aefa.. dpt offer kt mane cyg?..

    Aefa Aerisya said...

    Lilynn dpt offer keje kat Bandar Utama.. nex week fly :)

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3