Aefa

I am a Blogger

Aefa Aerisya

Bukan blogger terkenal, jauh sekali retis idaman ramai. Blogging itu hobi jadi menaip ikut hati. Kipas Susah Mati Korean Entertainment.

  • Cheras, Kuala Lumpur
  • aefa_aerisya@yahoo.com
  • http://aefaaerisya88.blogspot.my/
Me

About Me

Selalu perasan diri sangat berbakat dalam mengambil gambar. Selain daripada bersembang, bakat terpendam yang lain ialah, makan.

Facebooking 90%
Blogging 50%
Eating 95%
Travelling 60%

1

Under Construction

2

Under Construction

3

Under Construction

4

Under Construction

5

Under Construction

6

Under Construction

0
Visit Malaysia
0
Travel Abroad
0
Facebook Like
0
Blog Follower
  • Tugu Negara

    Tugu Negara

    Baik mengaku sape lagi yang tak pernah melawat tugu negara? Hahah.. ni pun first time kami g jejak kaki ke sana. Feeling patriotik sangat melawat tugu negara masa hujan rintik.

    Misi seterusnya, zoo negara.. krik krik krik

    P/s.. so sorry. Update guna phone malas nak taip panjang2. Ehehe

  • Ujian. Bertabahlah wahai diri..

    Ujian. Bertabahlah wahai diri..

    Salam.. Baru je nak aktif balik blogging, dah kena stop balik. Stop sekejap sementara tunggu ada laptop lain.

    Hari tu, rumah kena masuk pencuri. Habis la semua barang berharga dalam rumah. Tinggal TV je yang berharga dalam rumah skrg ni, yang lain pencuri tu dah rembat.

    Sampai ke hari ni, perasaan takut tu ada bila berada di rumah. Kalau dah masuk bilik, mmg xkan jejak kaki ke ruang tamu lagi. Kalau dari luar rumah, nak masuk punya la berperang dulu dengan perasaan. Takut. Kot2 ada orang kat dalam. Sebalik pintu. Sebalik almari. Sape tahu kan... Bayangkan rumah kena masuk pencuri, xde sesapa yang perasan.. sekitar pkl 3 pagi baru perasan barang hilang. Tu pun sebab nak guna laptop. Kalau tak... Ntah bile baru perasan.

    Polis pun pelik kami tak perasan ada barang hilang. Mane nak perasan, dia curi beg, barang dalam brg tu die susun elok je kat tepi. U know what i mean? Dia xselerakkan rumah. Dia amek elok je semua barang tanpa usik benda lain.

    Macam mana dia masuk? Melalui dapur, since gril dapur berhampiran dengan walkway.. mahir.. and knowledgeable dengan structure rumah and persekitaran kediaman.. nape i cakap mcm tu.. sbb dia masuk guna pintu dapur macam biasa. He knows macam mana nak buka pintu dapur tanpa pecahkan or cungkil apa2. And the best part was dia keluar rumah melalui pintu depan tanpa rasa bersalah agaknya..

    Dia curi.. laptop. handphone. Headphone. Cincin. Gelang. Rantai. Buku bank and saham. Hard disc. Jam tangan. Kunci rumah. Dan entah apa lagi yang kami masih xsedari..

    Bila dapat tahu barang kami hilang, rasa macam lost. Terkejut mungkin. Nobody expect benda ni akan berlaku.. sape sangka, rumah tingkat 9, nak masuk entrance and lift pun kena guna access card, guards patrol every 2 hours, pun pencuri boleh masok.

    Hati kami yakin pada satu, mesti orang dalam punya kerja. Sekian.

  • 1..2..3.. Step by Step..

    1..2..3.. Step by Step..

    Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
    Lamanya tak mengadap blog.
    Bukan saje tak mengadap, tapi sebab rumah lama I internet tahap
    nak sent wassap pun susah.

    Sekarang I dah pindah..
    Pindah tempat kerja..
    dan pindah rumah..
    Ambik angin baru la katakan..

    InsyaAllah akan mengakifkan balik blog ni.. blogwalking.. blogrunning..
    semua macam jenis blogging la..

    Tapi kali ni post setakat ni dulu la ye.
    hahaha
    penat menghabiskan duit kat Member Day AEON Taman Maluri tadi.

    Kita jumpa esok~


  • Promosi Kek Lapis Sarawak

    Promosi Kek Lapis Sarawak

    Berminat boleh pm di fb... Terima kaseyy

  • Last Day

    Last Day

    Sedih pulak nak tinggalkan tempat ni. Huhu.. Sekarang kat Incheon airport dah.. 9 days trip ke Korea. Memang seronok. Jangan tanya kenapa cerita tu terkandas sampai hari ke tiga je haha..

    Penat lelah buat research pasal korea sebelum ni berbaloi. Takde masalah sangat masa travel. Tapi terkilan.. banyak lagi tempat xdapat nak lawat.. so paham2 la mesej tersirat aku tu hahha..

    Rindu dgn environment myeondong.. blom sampai Malaysia lagi ni hahhaa..

    Ada yang bertanya pasal kos pergi ke sana..
    Tiket pada mulanya murah je pergi balik.. pastu bila dah dekat nak fly add on mcm2. Quite zone.. baggage. Meals. Seribu lebih jugak la total dia haha..
    Tempat tinggal pulak bergantung kepada berapa hari pergi.. stay kat mana.. n jenis penginapan.. nak murah pilih la dorm.. aku pilih stay kat Namsan Guesthouse 3. Seperti yg kawan aku cite before ni, mmg best duduk situ. Dekat dengan subway. Pekerja kat situ pun baik. Tadi dia siap hantar aku g stesen myeondong tu. Tolong bawak beg pulak hehehe... Thanks ye..
    Makan minum? InsyaAllah boleh survive lagi. Bukannya tak ada yang halal. Tapi kena cari la.. buat research sikit.. tak pun bekal la sadin ke, serunding..

  • 3rd Day - Nami Island

    3rd Day - Nami Island

    Left about 10 am. Pas makan2, borak2 gn orang malaysia kat pantri baru gerak. Alhamdulillah cuaca hari ni 7℃. Xde la sejuk sangat macam semalam. Huhuu..

    Dari myeondong kena naik tren ke dongdaemun. Then changr to line 1 ke Hoegi. Then change to Kyungchun line ke Hoegi.. tukar lagi ke Jungang line ke mangu. Hahaha.. pastu last tukar ke gyeongchun line ke gapyeong.. fuhhh.. mencabar tak. Hahaha.

    Dari Gapyeong station aku amek teksi ke jeti nak g Nami tu. Share teksi la jimat. Kebetulan ada sorang ahkak dari Malaysia pun nak g Nami. So bersama-sama la kami ke sana. Naik feri sama. Sampai nami je berpisah.

    Bape jam tah kat Nami tu. Dah tak ingat nak balik. Hahhaa. Sedih nak tinggalkan pulau tu. Cantik sangat. Tenang. Nak stay je boleh tak. Hahaha..

    Balik pun guna route yang sama. Yang bezanya td pegi tak rasa penat berdiri dalam tren. Tapi masa balik rasa cam nak bersila pulak dalam tren tu hahaha.

  • 2nd Day - Bukchon

    2nd Day - Bukchon

    Semalam jumpa jugak jaket. Agak mahal la. Tapi terdesak aku dah mati kutu kesejukan aku tibai je beli. Tapi cantik la di mata aku. Di mata orang lain aku tau. Peduli apa aku. Hahaha macam biasa ayam gn itik bercakap. Last2 guna kalkulator mintak murah. 38k won. Cukup la daripada aku kaku kat situ kan.

    Hari kedua gerak keluar lambat. Tengah hari baru keluar. Ni gara-gara semalam jatuh sakit since perubahan cuaca yang mendadak. Nasib baik aku pakar bab mengubat diri sendiri ni haha. So tengah hari dah ok.. Then keluar marayau ke myeondong market dulu. Guwa nak carik beg dan hand glove. Dari semalam carik tak jumpa. Akhirnya jumpa beg hrga 15k won. Entah murah ke mahal. Hahaa.. gloved xjumpa.. lagi..

    Merayau lagi kat myeondong tu. Suhu 6℃ hujannn.. kaku jari jemari.. dah hafal susur jalan kat situ baru gerak g Bukchon. Tempat famous dengan rumah tradisional tu. Tengok tak cerita ..........(aku berfikir lama nk ingat nama cite korea ni)............. Cita pasal kim bung do dari zaman silam datang ke zaman moden ni. Kan dia cakap dia duduk kat Bukchon.. haaa sini la dia... Ok dats it. Naik tren dari myeondong kena turun dekat anguk. Exit berapa aku tak ingat. 1,2,3 boleh kot.. Nak rujuk nota jenjalan aku tu lagi la aku malas sebab aku dah bergolek kat atas tilam ni. Hahaa

    Kat Bukchon ni main road dia ada tourist guide. Dorang guna baju merah. Mintak je maps tempat tu dari dorg. Nak mintak explain jalan pun boleh. Tapi g tengok peta la beb baru best. Al kisahnya aku dah masok ntah berapa peratus ceruk2 dalam kawasan tu. Semua aku main masok je. Tak ikut pun cadangan perjalanan dalam map tu. Map tu just utk carik kawasan tertentu je.

    Kat situ aku ada singgah satu kedai souvenir barang kpop. Bila cakap sejuk kat makcik tu dia on heater. Best pulak duduk situ. Tujuan utama aku ialah nak carik kalendar daehan, minguk, dan manse. Kenal ke? Anak Song Il Kok. The return of superman. Hahaha.. makcik tu xde jual. Jadi dia g call kwn dia yang lain tolong tanyakan. Kwn dia pun xde jual.. adoi.. tetiba aku sawan nampak bigbang. Makcik tu suh beli bigbang la pulak....

    Eh eh. Kat situ jugak aku ada jumpa kedai jual barang much cheaper than myeondong. Stokin 700w je. Jadi aku pi beli mini block untuk perhiasan. Apa perkaitan dia? Dia dijual dikedai yang sama. Heheh.. aku xingat kedai tu kat mana. Tpi dia memang bukan kat suggestion road tu.

    Balik dari situ g Insadong pulak. Masok balik kat anguk station and keluar dari exit 6. Masalah berlaku kat sini. Haha. Sebab dalam nota tulis go straight towards police station. Kan dah salah jalan. Sepatutnya opposite. Xpelah. Pengalaman kat tempat orang. Kehkehkeh. Dah sampai Insadong jenjalan la cuci mata.. kononnye lah.. tapi rembat jugak benda2 pelik kat situ termasuklah tanda nama tu. Ape orang korea panggil pun aku tak tau. Yang batu ada nama kita tu ha. Malas plak nak g amek gambar. Sarang pernah g situ hikhik

    Pas puas hati merayau kat situ singgah nandaemun pulak. Misi masih sama. Gloves. Even kat daiso pun xde jual. Xpaham aku sekarang ni. Daiso kat twmpat kerja aku banyak je gloves ni. Haish. Tapi memandangkan sampai sane dalam pkl 9 camtu, maka kedai pun tutup. Aku nampak plastik sampah je byk kat depan pintu kedai haha.. tapi ada jugak la kedai yg masih bukak. Stall yang bertutup dengan kanvas mcm dlm drama tu masih bukak. Hahahaa

    Dari nandaemun terus jalan kaki ke myeondong. Sihat betul aktiviti aku hari ni. Berapa banyak langkah dah tu kan. Melintas jalan besar tetiba teringat scene melintas jalan dalam cita korea. Hahha.. banyak betul drama dalam hidup aku.

    Ok penutup hari kedua..

  • Holiday - Korea Selatan

    Holiday - Korea Selatan

    Assalamualaikum. Penat selepas menempuh perjalanan di tempat orang ni. Maklum la perbezaan bahasa.

    Semalam aku gerak g airport naik bas dari One Utama pukul 11. Flight kan pukul 8 pagi. To be safe, baik aku sampai awal lagi dari pilot. Maklum la aku banyak sangat pengalaman hampir kena tinggal kapal terbang.

    Kat airport, aku tak berseorangan. Berdua pun tak. Tapi bertiga. Kebetulan kawan aku kerja pada malam tu. So ajak dia duduk makan sama la. Lepak2. Borak sampai pagi.

    Pagi tadi sekitar jam lima aku dah queue nak drop baggage. Ramai jugak orang pepagi kan. Alhamdulillah. Urusan semua berjalan dengan lancar. Dari urusan check in, drop baggage, pemeriksaan kastam, pemeriksaan imigresen, sampai ke pemeriksaan polis airport. Just pastikan ada semua dokumen yang diperlukan.

    Masa part pemeriksaan imigresen tu aku blur-blur kucing sikit. Yela first time masok mesin ape tah tu tadi. Tetiba aku rasa cam xtau pape pasal fly2 ni. Hahaha.. tapi ikut je la mesin tu nak apa, xde masalah punye.

    Pagi tadi boarding pkl 7.35 pagi. Ok la tu. Aku mmg xsabar da nak masok sbb mata ngantuk sgt. Seat kat quite zone. Tenang la jiwa. Xde bebudak nangis. Xde orang bersembang sepanjang perjalanan. Aku tertido mase dorg brief pasal safety. Nampak x ngantuk tu tahap ape. Hahaha... Tp aku terjaga bila pramugari tu g tutup cermin kat tepi. Nice nye.. thanks ye. Berjam-jam saya tido hahaha..

    Masa kat dalam kapal terbang, pramugari akan bagi custom declaration dan satu lagi xingat kad ape haha.. kena isi dua2. Satu bagi masa pemeriksaan imigresen, satu lg bagi kat kastam. So kalo rasa2 ada bawak pisau ke pistol ke sila la declare ye.

    Dah pemeriksaan imigresen tu jangan blur2 katak pulak. G naik train ke terminal satu lg utk claim baggage. Xyah berebut naik train tu. Setiap 5 minit ada. Aku buat muka cool la. Pening jugak sebenarnya bila first time kat sini.

    Settle claim baggage, sila g beli T-Money card. Ada kat convenience store situ. dan sila lah recharge terus ye utk kesenangan sendiri. Pastu tadi aku decide ikut subway je g guesthouse kat myeondong. Naik airport line ke arah seoul station, then turun kat seoul station tukar ke line 4. Naik tren yg mengarah ke arah hoehyeon. Tadi aku ada masalah sedikit masa nak kuar. Dah touch card tu tapi beg tersangkut pulak. So aku xleh nak lepas la keluar dari situ. Nasib baik ada seorang perempuan korea baik tolong. Dia tolong panggil staff station tu tolong aku. So nice of her. Dia ajar cara topup dan cara check baki guna mesin lar subway. Bukan dia sorang je yang tolong tadi. Ada uncle yang ajar cara turun naik train tanpa aku mintak tlg pun. Dia tegur masa aku tengah baca maps. Baiknye dorang. Tapi tak semua. Hahaha.. sebab tadi dalam kapal terbang ada sorang dua yang degil. Nyampah betol..

    So. Sampai sini dulu. Nak g carik jaket. Tak sangka sejuk sangat kat sini. Owner guesthouse bagitau esok lg worse. Suhu akan drop. Ok.. Anyonghi gaseyo..

  • Passport - Ready

    Passport - Ready

    Alhamdulillah. Penantian dari minggu lepas dah berakhir. Buku merah dah di tangan. Lama jugak tunggu urusan kat Kompleks Kerajaan Jalan Duta tu. Sempat pulak pergi renew IC hahaa..


    One step closer..

  • Buku Merah - 3rd Attempt

    Buku Merah - 3rd Attempt

    Ini cubaan kali ke tiga. Kali ni pergi ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Dutamas. Berbekalkan surat beranak dan IC original serta 2 salinan masing2, Alhamdulillah sekejap je dah settle.

    Yang buat jadi lama sebab cari parking. Aku beria lah pusing-pusing carik parking kat depan tu. Tengok-tengok kat belakang ada tempat parking lagi rupanya.. hehee. Nasib baik tergerak hati nak cari parking kat belakang kan. Kalau tak memang buang masa kat parking tu je..

    Ape-ape pun harap semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah...

  • March Payroll

    March Payroll

    Share Camera360 photosnull

  • It's Back!! Free Seats!!

    It's Back!! Free Seats!!

    Berita baik untuk rakan dan taulan. Ngehngehngeh... Air asia free seat kembali.. special la utk big member bole start access esok. Ape lagi. Jom plan. B-)

  • A Thousand Years

    A Thousand Years

    kadang2 kita tak tau nak explain nape kita happy. It's just.. kehadiran mrk pada malam tu dah cukup buat kita tersenyum. How much i miss them..

  • Buku Merah

    Buku Merah

    Geram. Tu je yang boleh disimpulkan dengan semua kejadian hari ini..

    Alkisahnya, pepagi dah keluar.pergi UTC Pudu sebab nak pergi buat buku merah aka passport. Bila dah sampai sana, receiptionist dia mesra sangat. Dia greet. Then aku explain aku nak buat passport tapi IC aku Sarawak. Dia bagitahu aku takleh buat kat situ. Sebab dorang xde kelengkapan utk proses passport Sabahan n Sarawakian.. aku terima explaination dia. Dia siap bg no utk dihubungi and ofis2 yg boleh proses passport kami.

    Aku call la no 1MOCC tu. Aku tanya apa je aku perlu bawak kalo nak buat passport kat sini. Dia cakap kena bawa ic, surat beranak n gambar passport. Aku ckp kalo surat beranak xde kat sini mcm mana. Dia jwb bawa ic n gmbr je kalau mcm tu.

    Aku pun menonong la g putrajaya terus konon nak buat passport. Sekali sampai sana..... Grgrgrgrgrgrgrr orang sane plak cakap wajib bawa surat beranak. Ahhh terbuang masa aku dah. Info tak tepat camni. Sakit hati. Da la aku naik bas tadi. Tak drive. Mane tak terbakar hati aku ni..fuh fuh fuh..
    Mungkin bukan rezeki.nak.buat hari ni.

    So Sabahan and Sarawakian yang duduk di Semenanjung, if nak pergi buat buku merah aka passport make sure bawa original IC dan Surat Beranak. Dan jangan buat last minute sebab nak settlekan passport tu amek masa 5 hari bekerja since dorang kena hantar passport kita ke negeri masing-masing dulu untuk approval before bole release.

    Dah la. Wa lepak kat Gloria Jeans dulu sejukkan hati. Hahaa

  • Happy New Year 2015

    Happy New Year 2015

    Selamat Tahun Baru!!
    Haha.. Ucapan yang dah basi~~


    Thanks..

  • Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3