Aefa

I am a Blogger

Aefa Aerisya

Bukan blogger terkenal, jauh sekali retis idaman ramai. Blogging itu hobi jadi menaip ikut hati. Kipas Susah Mati Korean Entertainment.

  • Cheras, Kuala Lumpur
  • aefa_aerisya@yahoo.com
  • http://aefaaerisya88.blogspot.my/
Me

About Me

Selalu perasan diri sangat berbakat dalam mengambil gambar. Selain daripada bersembang, bakat terpendam yang lain ialah, makan.

Facebooking 90%
Blogging 50%
Eating 95%
Travelling 60%

1

Under Construction

2

Under Construction

3

Under Construction

4

Under Construction

5

Under Construction

6

Under Construction

0
Visit Malaysia
0
Travel Abroad
0
Facebook Like
0
Blog Follower
  • Last Day

    Last Day

    Sedih pulak nak tinggalkan tempat ni. Huhu.. Sekarang kat Incheon airport dah.. 9 days trip ke Korea. Memang seronok. Jangan tanya kenapa cerita tu terkandas sampai hari ke tiga je haha..

    Penat lelah buat research pasal korea sebelum ni berbaloi. Takde masalah sangat masa travel. Tapi terkilan.. banyak lagi tempat xdapat nak lawat.. so paham2 la mesej tersirat aku tu hahha..

    Rindu dgn environment myeondong.. blom sampai Malaysia lagi ni hahhaa..

    Ada yang bertanya pasal kos pergi ke sana..
    Tiket pada mulanya murah je pergi balik.. pastu bila dah dekat nak fly add on mcm2. Quite zone.. baggage. Meals. Seribu lebih jugak la total dia haha..
    Tempat tinggal pulak bergantung kepada berapa hari pergi.. stay kat mana.. n jenis penginapan.. nak murah pilih la dorm.. aku pilih stay kat Namsan Guesthouse 3. Seperti yg kawan aku cite before ni, mmg best duduk situ. Dekat dengan subway. Pekerja kat situ pun baik. Tadi dia siap hantar aku g stesen myeondong tu. Tolong bawak beg pulak hehehe... Thanks ye..
    Makan minum? InsyaAllah boleh survive lagi. Bukannya tak ada yang halal. Tapi kena cari la.. buat research sikit.. tak pun bekal la sadin ke, serunding..

  • 3rd Day - Nami Island

    3rd Day - Nami Island

    Left about 10 am. Pas makan2, borak2 gn orang malaysia kat pantri baru gerak. Alhamdulillah cuaca hari ni 7℃. Xde la sejuk sangat macam semalam. Huhuu..

    Dari myeondong kena naik tren ke dongdaemun. Then changr to line 1 ke Hoegi. Then change to Kyungchun line ke Hoegi.. tukar lagi ke Jungang line ke mangu. Hahaha.. pastu last tukar ke gyeongchun line ke gapyeong.. fuhhh.. mencabar tak. Hahaha.

    Dari Gapyeong station aku amek teksi ke jeti nak g Nami tu. Share teksi la jimat. Kebetulan ada sorang ahkak dari Malaysia pun nak g Nami. So bersama-sama la kami ke sana. Naik feri sama. Sampai nami je berpisah.

    Bape jam tah kat Nami tu. Dah tak ingat nak balik. Hahhaa. Sedih nak tinggalkan pulau tu. Cantik sangat. Tenang. Nak stay je boleh tak. Hahaha..

    Balik pun guna route yang sama. Yang bezanya td pegi tak rasa penat berdiri dalam tren. Tapi masa balik rasa cam nak bersila pulak dalam tren tu hahaha.

  • 2nd Day - Bukchon

    2nd Day - Bukchon

    Semalam jumpa jugak jaket. Agak mahal la. Tapi terdesak aku dah mati kutu kesejukan aku tibai je beli. Tapi cantik la di mata aku. Di mata orang lain aku tau. Peduli apa aku. Hahaha macam biasa ayam gn itik bercakap. Last2 guna kalkulator mintak murah. 38k won. Cukup la daripada aku kaku kat situ kan.

    Hari kedua gerak keluar lambat. Tengah hari baru keluar. Ni gara-gara semalam jatuh sakit since perubahan cuaca yang mendadak. Nasib baik aku pakar bab mengubat diri sendiri ni haha. So tengah hari dah ok.. Then keluar marayau ke myeondong market dulu. Guwa nak carik beg dan hand glove. Dari semalam carik tak jumpa. Akhirnya jumpa beg hrga 15k won. Entah murah ke mahal. Hahaa.. gloved xjumpa.. lagi..

    Merayau lagi kat myeondong tu. Suhu 6℃ hujannn.. kaku jari jemari.. dah hafal susur jalan kat situ baru gerak g Bukchon. Tempat famous dengan rumah tradisional tu. Tengok tak cerita ..........(aku berfikir lama nk ingat nama cite korea ni)............. Cita pasal kim bung do dari zaman silam datang ke zaman moden ni. Kan dia cakap dia duduk kat Bukchon.. haaa sini la dia... Ok dats it. Naik tren dari myeondong kena turun dekat anguk. Exit berapa aku tak ingat. 1,2,3 boleh kot.. Nak rujuk nota jenjalan aku tu lagi la aku malas sebab aku dah bergolek kat atas tilam ni. Hahaa

    Kat Bukchon ni main road dia ada tourist guide. Dorang guna baju merah. Mintak je maps tempat tu dari dorg. Nak mintak explain jalan pun boleh. Tapi g tengok peta la beb baru best. Al kisahnya aku dah masok ntah berapa peratus ceruk2 dalam kawasan tu. Semua aku main masok je. Tak ikut pun cadangan perjalanan dalam map tu. Map tu just utk carik kawasan tertentu je.

    Kat situ aku ada singgah satu kedai souvenir barang kpop. Bila cakap sejuk kat makcik tu dia on heater. Best pulak duduk situ. Tujuan utama aku ialah nak carik kalendar daehan, minguk, dan manse. Kenal ke? Anak Song Il Kok. The return of superman. Hahaha.. makcik tu xde jual. Jadi dia g call kwn dia yang lain tolong tanyakan. Kwn dia pun xde jual.. adoi.. tetiba aku sawan nampak bigbang. Makcik tu suh beli bigbang la pulak....

    Eh eh. Kat situ jugak aku ada jumpa kedai jual barang much cheaper than myeondong. Stokin 700w je. Jadi aku pi beli mini block untuk perhiasan. Apa perkaitan dia? Dia dijual dikedai yang sama. Heheh.. aku xingat kedai tu kat mana. Tpi dia memang bukan kat suggestion road tu.

    Balik dari situ g Insadong pulak. Masok balik kat anguk station and keluar dari exit 6. Masalah berlaku kat sini. Haha. Sebab dalam nota tulis go straight towards police station. Kan dah salah jalan. Sepatutnya opposite. Xpelah. Pengalaman kat tempat orang. Kehkehkeh. Dah sampai Insadong jenjalan la cuci mata.. kononnye lah.. tapi rembat jugak benda2 pelik kat situ termasuklah tanda nama tu. Ape orang korea panggil pun aku tak tau. Yang batu ada nama kita tu ha. Malas plak nak g amek gambar. Sarang pernah g situ hikhik

    Pas puas hati merayau kat situ singgah nandaemun pulak. Misi masih sama. Gloves. Even kat daiso pun xde jual. Xpaham aku sekarang ni. Daiso kat twmpat kerja aku banyak je gloves ni. Haish. Tapi memandangkan sampai sane dalam pkl 9 camtu, maka kedai pun tutup. Aku nampak plastik sampah je byk kat depan pintu kedai haha.. tapi ada jugak la kedai yg masih bukak. Stall yang bertutup dengan kanvas mcm dlm drama tu masih bukak. Hahahaa

    Dari nandaemun terus jalan kaki ke myeondong. Sihat betul aktiviti aku hari ni. Berapa banyak langkah dah tu kan. Melintas jalan besar tetiba teringat scene melintas jalan dalam cita korea. Hahha.. banyak betul drama dalam hidup aku.

    Ok penutup hari kedua..

  • Holiday - Korea Selatan

    Holiday - Korea Selatan

    Assalamualaikum. Penat selepas menempuh perjalanan di tempat orang ni. Maklum la perbezaan bahasa.

    Semalam aku gerak g airport naik bas dari One Utama pukul 11. Flight kan pukul 8 pagi. To be safe, baik aku sampai awal lagi dari pilot. Maklum la aku banyak sangat pengalaman hampir kena tinggal kapal terbang.

    Kat airport, aku tak berseorangan. Berdua pun tak. Tapi bertiga. Kebetulan kawan aku kerja pada malam tu. So ajak dia duduk makan sama la. Lepak2. Borak sampai pagi.

    Pagi tadi sekitar jam lima aku dah queue nak drop baggage. Ramai jugak orang pepagi kan. Alhamdulillah. Urusan semua berjalan dengan lancar. Dari urusan check in, drop baggage, pemeriksaan kastam, pemeriksaan imigresen, sampai ke pemeriksaan polis airport. Just pastikan ada semua dokumen yang diperlukan.

    Masa part pemeriksaan imigresen tu aku blur-blur kucing sikit. Yela first time masok mesin ape tah tu tadi. Tetiba aku rasa cam xtau pape pasal fly2 ni. Hahaha.. tapi ikut je la mesin tu nak apa, xde masalah punye.

    Pagi tadi boarding pkl 7.35 pagi. Ok la tu. Aku mmg xsabar da nak masok sbb mata ngantuk sgt. Seat kat quite zone. Tenang la jiwa. Xde bebudak nangis. Xde orang bersembang sepanjang perjalanan. Aku tertido mase dorg brief pasal safety. Nampak x ngantuk tu tahap ape. Hahaha... Tp aku terjaga bila pramugari tu g tutup cermin kat tepi. Nice nye.. thanks ye. Berjam-jam saya tido hahaha..

    Masa kat dalam kapal terbang, pramugari akan bagi custom declaration dan satu lagi xingat kad ape haha.. kena isi dua2. Satu bagi masa pemeriksaan imigresen, satu lg bagi kat kastam. So kalo rasa2 ada bawak pisau ke pistol ke sila la declare ye.

    Dah pemeriksaan imigresen tu jangan blur2 katak pulak. G naik train ke terminal satu lg utk claim baggage. Xyah berebut naik train tu. Setiap 5 minit ada. Aku buat muka cool la. Pening jugak sebenarnya bila first time kat sini.

    Settle claim baggage, sila g beli T-Money card. Ada kat convenience store situ. dan sila lah recharge terus ye utk kesenangan sendiri. Pastu tadi aku decide ikut subway je g guesthouse kat myeondong. Naik airport line ke arah seoul station, then turun kat seoul station tukar ke line 4. Naik tren yg mengarah ke arah hoehyeon. Tadi aku ada masalah sedikit masa nak kuar. Dah touch card tu tapi beg tersangkut pulak. So aku xleh nak lepas la keluar dari situ. Nasib baik ada seorang perempuan korea baik tolong. Dia tolong panggil staff station tu tolong aku. So nice of her. Dia ajar cara topup dan cara check baki guna mesin lar subway. Bukan dia sorang je yang tolong tadi. Ada uncle yang ajar cara turun naik train tanpa aku mintak tlg pun. Dia tegur masa aku tengah baca maps. Baiknye dorang. Tapi tak semua. Hahaha.. sebab tadi dalam kapal terbang ada sorang dua yang degil. Nyampah betol..

    So. Sampai sini dulu. Nak g carik jaket. Tak sangka sejuk sangat kat sini. Owner guesthouse bagitau esok lg worse. Suhu akan drop. Ok.. Anyonghi gaseyo..

  • Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3