• 2nd Day - Bukchon

    Semalam jumpa jugak jaket. Agak mahal la. Tapi terdesak aku dah mati kutu kesejukan aku tibai je beli. Tapi cantik la di mata aku. Di mata orang lain aku tau. Peduli apa aku. Hahaha macam biasa ayam gn itik bercakap. Last2 guna kalkulator mintak murah. 38k won. Cukup la daripada aku kaku kat situ kan.

    Hari kedua gerak keluar lambat. Tengah hari baru keluar. Ni gara-gara semalam jatuh sakit since perubahan cuaca yang mendadak. Nasib baik aku pakar bab mengubat diri sendiri ni haha. So tengah hari dah ok.. Then keluar marayau ke myeondong market dulu. Guwa nak carik beg dan hand glove. Dari semalam carik tak jumpa. Akhirnya jumpa beg hrga 15k won. Entah murah ke mahal. Hahaa.. gloved xjumpa.. lagi..

    Merayau lagi kat myeondong tu. Suhu 6℃ hujannn.. kaku jari jemari.. dah hafal susur jalan kat situ baru gerak g Bukchon. Tempat famous dengan rumah tradisional tu. Tengok tak cerita ..........(aku berfikir lama nk ingat nama cite korea ni)............. Cita pasal kim bung do dari zaman silam datang ke zaman moden ni. Kan dia cakap dia duduk kat Bukchon.. haaa sini la dia... Ok dats it. Naik tren dari myeondong kena turun dekat anguk. Exit berapa aku tak ingat. 1,2,3 boleh kot.. Nak rujuk nota jenjalan aku tu lagi la aku malas sebab aku dah bergolek kat atas tilam ni. Hahaa

    Kat Bukchon ni main road dia ada tourist guide. Dorang guna baju merah. Mintak je maps tempat tu dari dorg. Nak mintak explain jalan pun boleh. Tapi g tengok peta la beb baru best. Al kisahnya aku dah masok ntah berapa peratus ceruk2 dalam kawasan tu. Semua aku main masok je. Tak ikut pun cadangan perjalanan dalam map tu. Map tu just utk carik kawasan tertentu je.

    Kat situ aku ada singgah satu kedai souvenir barang kpop. Bila cakap sejuk kat makcik tu dia on heater. Best pulak duduk situ. Tujuan utama aku ialah nak carik kalendar daehan, minguk, dan manse. Kenal ke? Anak Song Il Kok. The return of superman. Hahaha.. makcik tu xde jual. Jadi dia g call kwn dia yang lain tolong tanyakan. Kwn dia pun xde jual.. adoi.. tetiba aku sawan nampak bigbang. Makcik tu suh beli bigbang la pulak....

    Eh eh. Kat situ jugak aku ada jumpa kedai jual barang much cheaper than myeondong. Stokin 700w je. Jadi aku pi beli mini block untuk perhiasan. Apa perkaitan dia? Dia dijual dikedai yang sama. Heheh.. aku xingat kedai tu kat mana. Tpi dia memang bukan kat suggestion road tu.

    Balik dari situ g Insadong pulak. Masok balik kat anguk station and keluar dari exit 6. Masalah berlaku kat sini. Haha. Sebab dalam nota tulis go straight towards police station. Kan dah salah jalan. Sepatutnya opposite. Xpelah. Pengalaman kat tempat orang. Kehkehkeh. Dah sampai Insadong jenjalan la cuci mata.. kononnye lah.. tapi rembat jugak benda2 pelik kat situ termasuklah tanda nama tu. Ape orang korea panggil pun aku tak tau. Yang batu ada nama kita tu ha. Malas plak nak g amek gambar. Sarang pernah g situ hikhik

    Pas puas hati merayau kat situ singgah nandaemun pulak. Misi masih sama. Gloves. Even kat daiso pun xde jual. Xpaham aku sekarang ni. Daiso kat twmpat kerja aku banyak je gloves ni. Haish. Tapi memandangkan sampai sane dalam pkl 9 camtu, maka kedai pun tutup. Aku nampak plastik sampah je byk kat depan pintu kedai haha.. tapi ada jugak la kedai yg masih bukak. Stall yang bertutup dengan kanvas mcm dlm drama tu masih bukak. Hahahaa

    Dari nandaemun terus jalan kaki ke myeondong. Sihat betul aktiviti aku hari ni. Berapa banyak langkah dah tu kan. Melintas jalan besar tetiba teringat scene melintas jalan dalam cita korea. Hahha.. banyak betul drama dalam hidup aku.

    Ok penutup hari kedua..

  • 0 kritikan:

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3