Housemate


Sorry. Awal tahun dah bercerita pasal masalah. kikiki
Ini kisah tahun lepas. Ala-ala confession la kot. ahahha Dalam kesibukan bekerja seharian, I pun sibuk melayan karenah housemates.

Duduk menyewa ni memang ada dugaan dia sendiri. Menyewa dengan kawan.. Menyewa dengan orang yang tak di kenali. Dua-dua memang ikut nasib la I rasa. Jangan ingat bila kita kenal seseorang tu, kita dah tau cara hidup dia. Duduk sebumbung dulu, baru tau langit tinggi ke rendah haha..

Ok I ringkaskan macam ni.. Sebelum ni duduk kat Damansara, ok and fun. Tapi sebab dah pindah branch, maka rumah pun kena pindah. Dan mula la dengan kehidupan baru dengan housemates baru. Tak dinafikan, I kenal semua member dalam rumah tu. Cuma tak pernah pulak duduk serumah. Maka bermula la kisah-kisah yang kadang-kadang menyentuh jiwa LOL

Oh btw, I pindah ke rumah baru dengan sorang housemate lama. Jadi kami sebilik. Ok kita nak start dari mana?

Kebersihan. Yang ni antara yang paling menyampah sekali nak uruskan. Dulu I ada gambar rumah I yang bersepah. Kalau tak tadi boleh je upload sini. Bagi semua feel sendiri hidup macam tu. Bukan setakat bersepah, dengan peliharaan kesayangan lagi. LIPAS dalam bermacam-macam size ada.. OMG. Ni bukan first time I duduk menyewa tapi ni FIRST TIME I menyewa sekali pakej dengan lipas.

Pada awal perpindahan dulu, boleh terima akal lagi kotak banyak kat ruang tamu. Tapi selepas tiga bulan, kotak masih berselerak? Kotak pulak milik si A. Bukan satu, tapi semua. Dan bilangan lipas semakin bertambah macam cendawan tumbuh lepas hujan. Ruang tamu dah macam taman permainan lipas. Kalau duduk kat ruang tamu malam-malam, jangan terkejut ada lipas menyapa. Kami kan rakan serumah.

Sebab lipas dah mula masuk dalam bilik, I dengan member hilang sabar. Kami tolong kemas kotak-kotak tu. Kotak kasut yang kosong. Plastik tak guna. Semua ada. Bila dah kemas elok letak dalam plastik besar, ada 4 plastik je semuanya. Masa mengemas, angkat kotak je jumpa lipas. Tolak sikit, ada lipas. Jadi sebab I ni penakut, I kena tendang and sepak dulu kotak tu bagi mereka keluar. Bukan seekor dua ye lipas dekat kotak...... Kadang macam ada meeting je depa bawah kotak tu. Seram I tengok. Meremang bulu roma ok!

Ruang tamu dah kemas (sikit). Sebab barang-barang dia kami alih letak depan bilik dia. Sedap la mata memandang. Dan lipas pun banyak yang dah terkorban di medan perang. Tapi, dek kerana mengemas tu, kami kena marah dengan si A sebab usik kotak dia. Barang personal nanti hilang. Kotak kasut kosong? Plastik kosong? Paper bag berjenama yang kosong? Semua kami simpan dalam plastik tu. Satu pun tak buang walaupun plastik shopping yang harga 20sen tu. Then kami bagi final words, malas nak bertekak, suruh dia check apa yang hilang, nanti kami cari. Dia pun diam. Marah dalam hati mungkin.

Kebersihan 2. Peti ais. Tahukah anda dalam peti ais pun ada LIPAS? Jijik dan pengotor. Malu nak bawa kawan-kawan pergi rumah. Takut nanti tersalah pijak lipas dalam rumah ni. Selain lipas, dalam peti ais pun penuh dengan makanan yang dah basi and rosak. Timun yang berwarna hijau tu boleh jadi lembik dan bertukar warna macam warna terung. Cili, limau, dan segala macam lagi. Ruang untuk letak sayur dekat bawah tu air memang bertakung macam musim banjir. Makanan basi dalam tupperware lagi. Sampai berkulat. Nasib takde ulat. Eww

Kami diamkan selama ni. Kami bersihkan peti ais setiap kali free. Sebab dah tak larat jadi bibik free, kami decide buat pengasingan ruang-ruang dalam peti ais. Jadi sekarang setiap ruangan ada nama bilik. Kenapa sampai macam tu? Sebab ada pihak yang tak bertimbang rasa. Peti ais tu bukannya besar mana pun. Tapi bila membeli barang, dia tak ingat dengan member lain. Full satu peti ais dengan barang dia. Yang lain kena mengalah.

Kebersihan 3. Tempat masak dan sinki. Lepas masak tak reti nak bersihkan balik. Kadang-kadang kita paham, tak sempat nak cuci bila rushing pergi kerja. I pun selalu cuci lepas balik kerja. Tapi, yang buat kita tak paham, sampai sehari semalam terbiar kat situ? Ibarat berhujan berpanas kat situ. Percikan minyak kat sekitar pun buat tak tahu. Makanan atau air tumpah pun tak lap. Sisa makanan dalam sinki dibiar je sampai air tak boleh nak mengalir keluar. Lepas makan, biar je sos tumpah atas meja. How eh hidup orang macam ni? I pun takde la perfect mana. Tapi I rasa semua ni basic la kot. Ada benda tumpah, lap. Sisa makanan buang dalam tong sampah. Lepas masak, bersihkan. Lepas makan, lap meja. Perempuan kot. Perempuan. Takke kat rumah sendiri pun kita buat benda ni?

Panjang pulak pasal kebersihan. Tak masuk lagi bab mengemas rumah, ulat sampah dan lain-lain yang berkaitan dengan kebersihan haha. Pun kelaut dalam macam kisah di atas. 

Next kisah si penjimat dengan si duit jatuh dari langit. Next post ye. Nak tido dulu. Bai~


Kindly Bookmark this Post using your favorite Bookmarking service:
Technorati Digg This Stumble Stumble Facebook Twitter

1 kritikan:

HeNRieTTa JoSe on January 9, 2017 at 10:05 AM said...

kalu bab kebersihan, rietta mmg xleh tolak ansur...mmg mesti kemas...

Followers

 
Blogged.my

Drop Ur Link Here :)




[Valid Atom 1.0]


Labels

Blog Review (1) Blogging (16) Contest (1) Doa (1) Giveaway (15) Just For Laugh (2) Kesihatan (3) Korean (14) Must Eat (4) Must Visit (4) MyLife (84) Perkongsian (14) Program (5) Puisi (1) Running Man (4) Segmen (10) Semasa (3) Tips (2) Tutorial (4) Wordless (12)

| Memory Lane © 20012. All Rights Reserved |Template Style by My Blogger Tricks | Design by Durai sankar | Back To Top |

Blogger Gadgets