• Sarawak

    Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.

    Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching, Kota Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.

    Sarawak diterajui oleh Ketua Menteri yang juga mengetuai Kabinet Menteri. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya diadakan selang tempoh lima tahun. Ketua Menteri sekarang ialah Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud. Sarawak juga mempunyai Yang di-Pertua Negeri yang sekarang disandang oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Semasa Sarawak menyambut Ulang Tahun ke-25 pada tahun 1988, negeri ini menerima pakai bendera, Lencana, Moto dan Lagu Kebesaran yang baru.



    Bendera Sarawak
    Bumi Kenyalang

    bendera
    Sekarang

    bendera
    Salah satu bendera lama


    Lencana Negeri

    lambang negeri


    Lagu Kebangsaan


    Kamus Bahasa Sarawak


    Bahasa Melayu English Bahasa Melayu Sarawak
    Saya I/Me Kamek
    Awak You Kitak
    Kami We Kamek Orang
    Ya Yes Aok
    Tidak No Sik
    Hendak Want Maok
    Sombong Arrogant Lawa
    Cantik Beautiful Kacak
    Kenapa Why Kenak
    Macam mana/Bagaimana How Camney/Giney
    Mana Where Siney
    Sana Over There Sinun
    Satu One Sigek
    Dulu Past Dolok
    Kapal Terbang Aeroplane Belon
    Belon Balloon Gelembong
    Kalau If Mun
    Beritahu Tell Madah
    Ketawa Laugh Tetak
    Penat Tired Kepak


    Tempat Menarik yang Mesti Anda Lawat
    *Pasar Serikin*
    *Pasar Satok*



    Makanan yang Mesti anda Cuba

    * Umai *
    *Mom's Laksa*


  • 16 kritikan:

    Balqis said...

    wahh..mek org swk tok..tp sik pande klaka swk..hoho..

    Aefa Aerisya said...

    aih? xkan xpandei klaka s'wak?? eheh

    Hime said...

    owh..org sarawak bagi 'g' tu kat org terengganu ek.hehe

    DaRa MaNiskU said...

    nang kacak....hehehe suka dgr org tua klaka,bes jk upa bunyi nya..

    Aefa Aerisya said...

    Hime... haha.. yela kot.. :P


    Dara manisku.. hehe.. ada juak bhs swak yg kmk sik tauk.. org jarang pakei bah. org tua jak pakei.. uhuh..

    pelangi said...

    adehhhh balqis..sik kan sik pandei langsung kakar srwk?? ginie2 pun kitak mesti pandei bah bersusei lam bhasa kita..caittt

    eZad niMo said...

    dah majoh tek? hahahha. boh manas, sj jak :P sukk ati ba, hehehe :D

    Aefa said...

    pelangi~ hehe.. kali nya paham bhs swak nak sik telalu pure kali.. eceh..ada juak.. huhu

    ezad~ blom majoh gik. haha sa mok g mekdi jak eh

    eZad niMo said...

    hahaha. jgn g mekdi, sik bgs. g SCR juh. ktk blanja, hahahha~

    Aefa said...

    aih. kmk tlg byr jak la.. tp k duit ktk ah.. hehehhe

    Nisa Ferreira said...

    baca tak orang komen dalam "saya sleepy lah" dalam blog kamek..ngesak ati ada jak nya dow...madah kta miskin

    Mus said...

    best juak.. ada kamus bahasa sarawak sitok o..

    SyafiqaNabila said...

    bagus nih..nanti nak rawat pesakit org sarawak senang..hihi

    Aefa Aerisya said...

    hihi.. ye doc.. nak perkataan apa lagi nanti aefa translate :)

    sniffa93_aznil4eva said...

    ehehe. family mak kmk sarawak:)
    kmk x brapa pandei klaka sarawak..
    sikit2 jak~

    dah diam di kl..cam tok lah ouh^^

    Aefa Aerisya said...

    yalah. hehe.. xpa. janji paham mun org klaka srwk cukuplah. hehehe

    Tempah Kek Lapis di Sini

    Bagi yang meminati kek lapis Sarawak, anda boleh membuat tempahan di sini. Kek lapis ini di buat sendiri oleh keluarga saya. Maaf, saya tak reti buat kek lapis :D. Kualiti dijamin. InsyaAllah.

    Yahoo Messenger

    aefa_aerisya

    EMAIL

    aefa_aerisya@yahoo.com

    Line

    aefaaerisya

    Youtube

    aefaa3