Amalan Untuk Menjaga Kesihatan

1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). 



Sumber : Lupa lah dari mana.. :(


**entry dari seorang yang tak sihat. Harap kawan-kawan jaga kesihatan masing-masing**
Previous
Next Post »

10 kritikan

Click here for kritikan
Khir Khalid
admin
November 14, 2013 at 1:18 AM ×

Perkongsian yg baik ni.. t kasih.. :)

Reply
avatar
Affy Afiqah
admin
November 14, 2013 at 1:18 AM ×

semoga menjadi amalan kita semua, thanks for the info aefa :)
demam macam mana? makin ok? or worsen? aefa jaga diri, ubat jangan lupa makan, minum aor banyak-banyak~

Reply
avatar
mama amir
admin
November 14, 2013 at 8:11 AM ×

thanks for sharing...^_^

Reply
avatar
November 14, 2013 at 9:32 AM ×

perkongsian yang sangat bermanfaat untuk amalan kita semua.. :D

Reply
avatar
November 14, 2013 at 10:36 AM ×

so far rasanya semua sally amalkan..heehhe...

p/s : makcik! get well soon!!! kang jangkit dgn org sini :)

Reply
avatar
Super Girl
admin
November 14, 2013 at 4:04 PM ×

setuju semua tips ni . get well akak :D

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 14, 2013 at 7:40 PM ×

@Ros
Mari sama-sama mengamalkannya :)

@Khir
Sama-sama :)

@Ika
Sama-sama :) mcm dah ok. Mcm je. Hihi..

@Mama
Sama-sama :)

@Mizz Aiza
Selamat beramal kak :)

@Sally
Gud girl~ kalo jangkit tu sah la antibody org tu xkuat :P


@Super girl
Tq dear :)

Reply
avatar
Pha Is
admin
November 15, 2013 at 2:38 PM ×

nice share.. setiap yg diajar islam itu ada hikmahnya..

Reply
avatar