Burger Sedap, Pirate Park, Melaka

Burger Pirate Park Melaka
Stall Lama
Aefa sendiri kurang pasti nama stall burger ni. Tapi ada kawan-kawan cakap, stall burger Kak Ani. Stall burger ni tempat lepak yang best pada waktu malam. Terletak bersebelahan dengan Pirate Park, Melaka dan sambil-sambil lepak kita boleh menikmati pemandangan sungai Melaka pada waktu malam. Aefa lebih suka berjalan menyusuri sungai Melaka berbanding Sungai Sarawak sendiri. hehe.. Sepanjang sungai Melaka, ada macam-macam tarikan. Sebab tu pada waktu lapang dan kebosanan melanda, kami selalu berjalan dari rumah (Gajah Berang) menyusuri Sungai Melaka sehingga ke Casa Del Rio.  Haha.. Jauh. Orang Melaka boleh la mengagak jarak perjalanan kami ni. 

Burger Pirate Park Melaka
Burger

Kami selalu lepak di sini sambil bermain di Pirate Park. Jangan risau mengenai harga. Harga burger kat sini berpatutan. Bersesuaian dengan saiz burger yang kita makan. Bagi yang tak makan burger, kat sini pon ada jual nasi lemak, makanan bergoreng dan yong taufu. Tapi barisan menunggu yong taufu tu sangat lah panjang. Kalau sanggup berbaris menunggu tu boleh la. Bagi yang tahap kesabarannya suam-suam kuku je tu rasanya tak sesuai makan yong taufu. Takut nanti mendidih pulak darah ketika berbaris hehe. Boleh tengok gambar atas sekali orang tengah berbaris tunggu yong taufu. :)

Kali terakhir Aefa makan kat sini, gerai ni dah pindah ke bangunan kedai yang berdepan dengan Pirate Park. Tapi, rasa tak best pulak. Aefa suka lagi fresh air macam before ni :) So, bagi yang ingin menikmati burger sedap ni, boleh set kan GPS anda ke Pirate Park. InsyaAllah akan jumpa.


*hobi kat melaka dulu pas makan burger terus jalan-jalan tengok nyah. haha*

You Might Also Like

14 kritikan