Hari Gila Sedunia

Takde idea tapi nak update blog jugak.
Ni tanda orang gile meroyan. 

+Sally Samsaiman aka yong yong :P
tak bagi update Sarawak lagi.
Dia nak Melaka.
Mane nak cekau cerita pasal Melaka?
Dah 5 bulan tak singgah Melaka. hahaha

Ok ini cerita lama.
Teringat kembali kenangan kat Melaka


********************************************


Crazy
Crazy

Hari gila sedunia bermula apabila kami menukarkan pakaian cantik kebaboom dengan pakaian sukan. Berbekalkan selipar dan seluar bagai.
Plan nak pergi bermain di Taman Rekreasi Ayer Keroh.

Kawasan Rekreasi Tasik Ayer Keroh
Kawasan Rekreasi Tasik Ayer Keroh

Sampai kat taman tu, aktiviti pertama ialah makan.
Lapar beb dari pagi keluar tak sentuh nasi lagi.
Selepas makan, bila nampak matahari cam dah menyorok,
mula la aktiviti kami.. bermain kayak~ yeay

Kayak
Gmbr pinjam je ni
Kawasan Rekreasi Tasik Ayer Keroh
Seronok sangat.
Rugi takde ambik gambar.
Sibuk bermain kan :D
Kalau tak boleh tunjuk kat sini.

Selain kayak, ada permainan
Human Hamster Ball...
Aefa tak main ni, Yan dan Mek je.
Nampak macam seronok.
Tak boleh berdiri tegak.
Mesti tergolek sana tergolek sini.
Macam gambar bawah ni.

Human Hamster Ball
Human Hamster Ball
Ada jugak permainan-permainan lain.
Rock climbing.
Berbasikal.
Rasanye flying fox pun ada.
Yang pasti memang sesuai beriadah bersama keluarga.

Tapi kami main dua tu je.
Selepas bermain memang lecun baju berpeluh.
Seluar pulak basah sebab kena air tasik tu.
Malas nak tukar terus balik macam tu je.

Tapi,
sempat pulak singgah kat pasar malam -.-''
dengan seluar sukannya.
selipar jepun lagi..
baju yang berpeluh.
memang 3in1 la keadaan masa tu.

Kat pasar malam, kami beli
air. cucuk-cucuk. keropok lekor. pisang. jagung. dan nasi kerabu.
Bayangkan sendiri berapa banyak plastik di tangan. -.-''

Pasar Malam
Pasar Malam

Selepas tu, konon nak balik rumah terus.
Tapi betul-betul depan lampu isyarat Jusco tu,
tiba-tiba timbul idea nak pergi karaoke pulak dah.
Terbanyak pulak destinasi petang tu.
Dengan baju dan seluar sukan, tambah lagi dengan selipar jepun.
haha.. bayangkan berapa byk mata yg memandang. haha

Karaoke
Karaoke

Tapi bak kate Mek,
"Takpe, Jusco tu ibarat pasar malam je"
Maka.. karok la kami sebanyak 11 lagu.
Jangan ingat berakhir di situ.
Kami pergi ronda kat dalam Jusco pulak!
Pergi JCo beli donut. Yummy~
Pastu survey baju-baju sale kat bawah tu.
Mesti sales girl tu pandang rendah kat kami kan.
Ish.
Mentang-mentang la kami guna selipar jepun je. -.-'

Pastu barulah perjalanan kami memang straight ke rumah.
Takde merayau mana-mane lagi dah.
Cukup-cukup la tu kan.
Anak dara mane leh balik lewat. hiks :P


**seronok sampai xleh tido haha**
23/04/2012


KLMJ

You Might Also Like

21 kritikan