Tips Belajar Untuk Peperiksaaan

** Tips ni bukan sesuai @ dapat diamalkan oleh semua orang ye.
Setiap orang ada cara belajarnya sendiri. Ni cadangan je.
So kalau rasa-rasa tak dapat follow tips ni jangan mengamuk pulak :P**

Study

  1. Selesaikan masalah yang sama berulang kali atau menggunakan cara yang berbeza (jika ada). Jangan sekali try je terus bangga leh selesaikan. Kadang-kadang try kali ke dua tak dapat pulak.. ce cubee ce cubee :P
  2. Hafal, hafal, dan terus menghafal sehingga tertidur. Otak kita nih ada kebolehan mengingati yang superb.. Kekadang yang kita hafal before tidur tu la yang paling kita ingat.
  3. Ingat rumus-rumus mudah (pengiraan). Takyah sibuk nak hafal rumus-rumus yang susah dulu kalau tak master rumus basic!
  4. Jangan bergantung dengan kamus untuk memahami sesuatu perkataan. Cuba fahami dengan membaca keseluruhan ayat. Kalau rasa-rasa memang dah tak boleh nak paham sangat tu baru la rujuk kamus. Ni tak, selang 10 saat rujuk kamus. Baik baca kamus je kalau macam tu :P
  5. Jauhkan benda-benda yang melalaikan dari meja belajar kamu. Makanan, games, handphone, majalah, komik, dan yang sewaktu dengannya tu simpan la kat tempat lain dulu. Biar meja tu kosong terisi dengan buku study tu je.
  6. Komputer! Laptop! dan adik beradik dia yang lain! Tolong jauhkan. Sebab ia melalaikan. Serious wa cakap ni. Binatang-binatang tu semua kalau on je mesti makan masa berjam. Kan? Kan?
  7. Blur? Bosan mengadap buku? Pindah! Cari port baru untuk study.
  8. Ladies... Jangan makan makanan yang masam. Guys ade jugak ea minat jeruk-beruk jeruk-jeruk ni semua? Tolong la jauhkan. Tak kira la before exam ke, time exam ke, or dah abes exam. No. No. No. ok?
  9. Amalkan diet yang seimbang! jangan skip ur meals okey! ur brain need energy too. Ingat otak ni berkerja tak pakai minyak ke? Kereta pon takleh jalan kalau takde minyak ni kan pulak otak kita. Kot ye pun nak diet-diet bagai, biar la seimbang!
  10. Exercise! Paling koman pon pergi la jogging ke, main badminton ke, yang mudah-mudah je tu. Tak perlu pergi apply member gym hakhak.
  11. Dan yang paling penting dan yang paling UTAMA... Solat. Jangan lupa pada-Nya. Selepas kita berusaha, berdoalah.. then tawakal =)

Good luck semua adik-adik :D
Kalau tak dapat jawab, jangan kecewa, awak bukan berseorangan :P :P
Previous
Next Post »

8 kritikan

Click here for kritikan
Sabrina SA
admin
November 6, 2013 at 11:38 PM ×

Nice sharing , kak . Ina boleh guna tips ni nanti sebelum exam next year ^^

Reply
avatar
Khir Khalid
admin
November 7, 2013 at 2:20 AM ×

Perkongsian tips yg baik.. thanks sharing.. :)

Reply
avatar
November 7, 2013 at 9:30 AM ×

baik kakak! terima kasih ^_^

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 8, 2013 at 3:02 AM ×

haha.. same2 adik. bljr! jgn tgk yonghwa je :P :P

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 8, 2013 at 3:03 AM ×

hehe.. perkongsian bersama :D

Reply
avatar