Movie Review - IT



Cerita IT ini adalah adaptasi daripada novel IT hasil karangan Stephen King. Sepanjang penceritaan ini berlaku pada cuti musim panas di sebuah bandar bernama Denny, di mana sekumpulan remaja diganggu oleh kemunculan Pennywise the Dancing Clown. Ya! Cerita badut rupanya. Saya ingat kan cerita hantu. hahaha

Tapi kalau difikirkan balik, badut dalam cerita tu saya tak pasti kategori apa. Entiti yang bagaimana. Manusia atau makhluk halus? hehe Tak kisah lah. Yang penting saya dah habiskan cerita ini di panggung hari ni seorang diri. LOL



Secara keseluruhan saya bagi cerita ini 3/5 bintang. Tak sesuai untuk tontonan bawah umur. Tahap keseraman yang kurang tapi berpotensi untuk mengejutkan anda yang tengah makan pop corn. Penggunaan perkataan-perkataan negatif pun boleh tahan banyak. Tapi tak di nafikan unsur komedi ada jugak dalam cerita ini. Maaf kepada peminat cerita IT. Tapi saya ada sedikit kurang suka dengan pembawakan cerita ini. Pengakhiran cerita pun saya sesat entah ke mana. Mungkin saya yang tak paham jalan cerita. Tak apa. Pandangan masing-masing. 

Kepada yang belum menonton, selamat menonton.
Boleh dapatkan tiket murah di sini - promosi


Psst.. Apa yang terjadi kepada budak-budak yang terapung tu selepas tu?

You'll float too
Previous
Next Post »

2 kritikan

Click here for kritikan
September 10, 2017 at 9:17 PM ×

Nampak seram betul cerita nie . Tengok trailer pun dah terkejut .

Reply
avatar
Mummydearie
admin
September 11, 2017 at 10:03 AM ×

Saya pernah tengok filem IT yang sebelum ni. Masa tu kecil lagi, so boleh tahan menyeramkan si badut ni. Lepas menonton filem tersebut, badut bukan sesuatu yang menarik hati lagi.

Tapi IT yang baru ni, tak tahulah gayanya ya sebab belum menonton lagi. Makin besar, makin susah nak takut-takutkan saya ^_^

Reply
avatar