Contest Teman Sejati By Emieysandra

Aku tiba-tiba rasa nak join contest. Menang ke tak tu belakang kira.
Yang penting aku nak gak join. Hehehe..
Contest yang aku nak join ni adalah
created by

Untuk syarat-syarat penyertaan [wahh] sila layari




Dan........
Aku memilih gambar ini untuk contest ini :)

K.A.M.I
Ama, Nuri, Zehan, Misah, Aefa, Aefy, Yan

Tadaaa.... Kami ni lima bersaudara tau. Aefa, Aefy, Ama, Misah, dan Yan. Ni gambar semasa kami pergi piknik. Ehee. Kitorang mula kenal kat UiTM, Samarahan tahun 2007. Aku ingat lagi masa tu kami semester 2. Dari situ persahabatan kami terjalin. Lama-kelamaan kami semakin erat. Banyak benda kami dah buat bersama. Banyak jugak dugaan kami telah tempuhi. Titisan peluh, juraian air mata dan senyum tawa memang dah memenuhi diari kami.
Masa kat UiTM, kami duduk di asrama blok yang sama. Bilik pulak berdepan. Tau tak, pintu bilik kami jarang ditutup! Sebab mudah untuk kami berulang alik dari bilik ke bilik. hehe. Memang kami sentiasa bersama walaupun kami ni bukan dari course yang sama. Sekarang, kami dah berpisah. Erk. Maksud aku, masing-masing dah balik ke tempat asal masing-masing. 2 orang dah kerja, 2 orang lagi sambung study dan aku pulak menganggur. eheh. Kami baru sahaja buat reunion beberapa bulan yang lepas . Hope, semua ini akan berterusan sehingga akhir nafas kami. Amin..

Antara kenangan yang aku tak dapat lupa...
  • Makan malam berjam-jam sampai kering sisa-sisa kat jari [sembang banyak ni]
  • Kena tahan dengan JPJ masa nak pergi piknik kat Serian [sebab guna kereta sewa haram]
  • Ponteng kelas semata-mata nak pergi beli Kek Lapis [entah apa-apa la]
  • Makan nasi dengan kicap manis je [budget takde]
  • Pasang lampu perhiasan raya kat semua bilik di level kami [sampai keluar undang-undang baru kat asrama yang melarang pelajar memasang lampu perhiasan]
  • Dan yang paling best... tolak kereta sejauh 4km [hari raya tu.. pakai baju kurung lak tu..ahaks]

Dan aku nak tag kat.... Aefy.. dan Khai..
Previous
Next Post »

5 kritikan

Click here for kritikan
emieysandra
admin
August 20, 2010 at 4:39 PM ×

Kamu dah penuhi segala syarat, tapi emiey tengok gambar kamu tak jelas la..

kalau kamu bOleh tukar gambar lain yang lebih jelas, kemudian maklumkan balik pada emiey yer..

sOry dear..
~_^

Reply
avatar
emieysandra
admin
August 22, 2010 at 12:25 AM ×

ha..ni baru jelas..
cun2 sume nyer,ehehe

accepted..
gudluck yer!
~_^

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
August 22, 2010 at 1:34 AM ×

hihih.. thanks emiey.. ^_^

Reply
avatar