Posts

Pre-Loved Sharp Microwave Oven with Grill R613CST

Image
Hai. Maaf saya nak juga guna perkataan pre-loved hehe. Saya akan pindah ke Johor dalam masa terdekat ini. Jadi saya malas nak bawa semua barang ke sana sebab awal tahun depan saya kena pindah ke Sarawak pula. Jadi baik saya jual semula semua barang-barang elektrik dalam rumah hahaha. Microwave ni saya baru beli awal tahun ni. Jarang guna. Entah sampai 10 kali ke tak saya guna ni. haha. Sebab saya jarang ada kat rumah. Masih dalam keadaan baik. Jangan risau. Gambar sebenar ada di bawah.  Maaf gambar tak cantik. Nanti saya ambil gambar baru ye.  Key Features 800W Microwave 20 Liters Capacity Mechanical Grill Mode Combination Mode Defrost with weight guide Kalau ada yang berminat, saya jual dengan harga RM 200. Saya berada di Taman Maluri, Cheras. Jadi kalau nak hantar di kawasan sekitar takde masalah. Pada yang betul-betul berminat boleh wsp saya pada bila-bila masa.

Ada Apa Dalam Laci?

Image
Semenjak takde kerja luar ni, saya banyak duduk kat office buat kerja. Awal tahun outstation memanjang. Sekejap ke utara, sekejap selatan. Pantai Timur pun ada. Hampir setiap minggu tak ada kat rumah. Selalunya Jumaat balik dari outstation, dan Ahad kena outstation balik. Jadi rumah macam hotel kadang-kadang. Nasib baik la rumah tu company yang bayar. LOL Gambar tu baru tunjuk laci pertama. Belum tunjuk laci ke dua lagi. haha. Kalau saya fokus buat sesuatu, selalunya saya akan perlukan makanan untuk pastikan kepala saya tak pening. Makanan tu tak berkhasiat. Jadi jangan amalkan. Setiap hari yang berlalu di pejabat, tak lengkap tanpa makanan. haha. Dapat pulak bos yang dua kali lima suka makan. Makin meriah. Tapi malangnya, makan tak di benarkan di dalam pejabat pada waktu pejabat. Makan di pantry hanya di benarkan pada waktu rehat. Kalau takde peraturan tu silap-silap tengah kerja ada yang makan nasi lemak nanti. kikiki

Movie Review - IT

Image
Cerita IT ini adalah adaptasi daripada novel IT hasil karangan Stephen King. Sepanjang penceritaan ini berlaku pada cuti musim panas di sebuah bandar bernama Denny, di mana sekumpulan remaja diganggu oleh kemunculan Pennywise the Dancing Clown. Ya! Cerita badut rupanya. Saya ingat kan cerita hantu. hahaha Tapi kalau difikirkan balik, badut dalam cerita tu saya tak pasti kategori apa. Entiti yang bagaimana. Manusia atau makhluk halus? hehe Tak kisah lah. Yang penting saya dah habiskan cerita ini di panggung hari ni seorang diri. LOL Secara keseluruhan saya bagi cerita ini 3/5 bintang. Tak sesuai untuk tontonan bawah umur. Tahap keseraman yang kurang tapi berpotensi untuk mengejutkan anda yang tengah makan pop corn. Penggunaan perkataan-perkataan negatif pun boleh tahan banyak. Tapi tak di nafikan unsur komedi ada jugak dalam cerita ini. Maaf kepada peminat cerita IT. Tapi saya ada sedikit kurang suka dengan pembawakan cerita ini. Pengakhiran cerita pun saya sesat enta...

Persediaan ke Luar negara

Image
Gambar di atas hasil daripada program yang saya hadiri sebelum ini. Tajuk dia "Travelling". Persediaan ke luar negara. Sesuai dengan jiwa kami satu kumpulan haha. Apa yang paling penting sebelum canang diri nak ke luar negara kat mak cik rumah sebelah? Tiada sekatan ke luar negara Apalah guna tiket murah pergi dan balik kalau akhirnya berkampung di lapangan terbang. hehe. Semak dulu status sekatan. Tak kisah la sebab PTPTN ke, pinjaman ke, kad kredit, atau tak bayar cukai, yang pasti nama kena bersih dan takde comot. Kalau dah tertulis "Dalam Proses Senarai Hitam" cepat-cepat pergi jumpa jabatan yang berkenaan. Duduk berbincang. Marah-marah takde guna jugak. Bagi yang takde tertulis tu pun jangan rasa selamat 100%, pastikan hutang piutang dibayar dengan konsisten ya. Kan tertulis sah pada waktu semakan sahaja Passport & Visa Secara umumnya tempoh sah passport adalah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh kemasukan. Jadi semak tar...

Maybank Promotion at TGV Cinemas

Image
Credit : Maybank My Promosi ini dah lama. Tapi kita share jugak ya. Mungkin ada yang masih tak tau akan kewujudan promosi ini. RM 10 - Tiket biasa / Hall biasa RM 20 - Tiket IMAX 2D RM 24 - Tiket IMAX 3D dengan cermin mata 3D Promosi sah untuk pemegang kad Maybank sahaja. Bukan verbally ya. Kena swipe kad untuk bayar. Jadi tak ada alasan tak bawa kad, mak pegang la, bapak pinjam la. Adik kat kaunter tu selalunya tak layan kalau tak nampak kad tu. Ok syarat-syarat lain dia : Sah dari 1 Februari 2017 sampai  31 Januari 2018 Setiap hari untuk movie sebelum pukul 6:00 petang sahaja Beli tiket pada hari yangs sama sahaja. Tak boleh beli untuk esok atau advanced. Tak boleh guna untuk promosi-promosi lain - early bird, senior citizen. dan lain-lain Tak boleh guna online/mobile app/kiosk - MESTI pergi kaunter Tak sah untuk - Twin Premium, Beanie, LUXE, INDULGE Bayaran mesti menggunakan Maybank American Express® Cards, MasterCard®, Visa Credit or Debit Ca...

Under Maintenance

Image
Credit : Google Hi. Semangat berkobar-kobar nak aktifkan balik blog, hahaha Harap bukan separuh jalan saje kan. Jadi stay tuned!