Pengalaman di Bilik Akad Nikah

3 hari lepas, yakni Jumaat yang indah dan tenang,
juga penghulu segala hari,
awal-awal pagi lagi aku dah bergerak pergi ke Majlis Islam Sarawak (MIS).
Bilik Akad Nikah
Bilik Akad Nikah
Sampai je kat situ aku tengok orang dah ramai menanti.
[Ramai jugak ya orang kahwin dalam sehari]
Bakal-bakal suami isteri cantik je berpakaian serba putih.
Si perempuan cantik berkilau-kilau.
Si lelaki pula mestilah kacak dan segak.

Aku pun manis je berpakai serba pink. hahaha
[sesekali puji diri sendiri takpe kan :P]
Bukan aku yang kahwin okey.
Aku menemani kawan aku je.
Kawan aku masa sekolah tadika dulu.
Dah dewasa dia tu rupa-rupanya. ahaha

Bilik Akad Nikah
Bilik Akad Nikah

Masa kat bilik tu aku dapat satu kesimpulan,
90% pasangan tersebut muda-muda belaka.
Terdetik difikiran aku,
Dorang ni dah fikir masak-masak ke?

Aku ada seorang kawan yang kahwin muda.
Terlalu muda. Umur baru je 18 masa dia kahwin.
Masa kahwin tu, dua-dua sepakat dah fikir masak-masak.
Sekarang, anak dah dua kehidupan mereka bergolak.
Masing-masing bawa haluan masing-masing.
Baru mereka sedar mereka masih tidak dapat memegang tanggungjawab.
Mereka masih ketagih dengan hiburan orang muda.
Si isteri entah di mana sekarang.
Si suami dah bersuka-ria jadi orang bujang semula.
Anak-anak pula serahkan semuanya pada si mertua!

Aku tak pasti apa ayat yang paling sesuai aku taip sekarang.
Ada orang cakap : "Lebih baik kahwin awal daripada kena tangkap basah."
Tapi, kalau kahwin baru setahun dua dah bercerai tu okey ke?
Dah la bercerai, anak-anak pulak terabai. Macam mana ni?

Bagi aku, tak salah kahwin awal.
Banyak jugak mereka yang kahwin awal hidup bahagia.
Yang penting masing-masing dah bersedia nak pegang tanggungjawab masing-masing.
InsyaAllah perkahwinan akan kekal dengan izin-Nya.

Sekian. Inilah yang berada di fikiran aku haritu.
hehe


Semoga mereka yang bakal, baru, mahupun sudah lama berkahwin akan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing =)

Comments

Sakinah said…
btul2! sblm kawen mmg kne pk msk2.. sbb tggjwb yg dipikul tu bkn mudah.. so think wisely.. if u r ready enough then go for it.. :) klu ada mslh rumah tangga pn.. insyaAllah klu psgn bole tolerate things will be back as usual.. :)
Aefa Aerisya said…
tu la kan.. jangan ikut sangat hati tu. fikir masak2. jangan sampai hangus dah la. :)
Han Hanni said…
semoga sesiapa je yg mendirikan rumahtangga berkekalan ke akhir hayat...
Aku pengembara said…
Laa.. Ingatkan dia yg nak khawin.. :D
Shila said…
ooohh..
memang ada eh bilik akad nikah..

uhuuu..taktauu..
Mirza Rohizat said…
kalau kawin awal semata sebab nafsu memang tak ke mana kan,kena pikir dalam jangka masa yang panjang.. :)
Sally Samsaiman said…
panjang definasi nikah tu...
Nuriesya Nadia said…
Sebelum kawen tu bincang betul2 Aefa. Amek kesah kawan Aefa tu sebagai pengajaran okeh dear ? :)
Unknown said…
sy angkat tngn...kawen mude...anak da 2....alhamdulillah...da 5 thun mlayari alam rmah tangga....prkenalan 4 bulan je...decide nak kawen....brdoa kkal hgga syurga...amin....
Boleh jew kawin...tp kene la bersedia dri fizikal dan mentel.. nikah ni bukan untuk setahun dua.... bkn juga untuk berseronok.... sefahaman itu penting dalam umahtangga...
Shahrul Yusof said…
Kahwin muda bermasalah tu, mungkin salah satu puncanya akibat masalah kewangan. Ramai yang kahwin sekarang ni bergaduh sebab hutang terlalu banyak. Mana taknya, kos belanja kahwin sekarang mencecah hingga RM50,000 tu dianggap perkara biasa.

Padahal, gaji orang kita jarang-jarang cecah lebih RM2,000.
Unknown said…
wah seronok tgk org nak kawen mg yg pergi tgk pon akan cpt jodohnya..elok kawen awal...
Unknown said…
bukan senang nak glas tanggungjawap bila sdh berumahtangga nanti.
Aefa Aerisya said…
Aniq heheh bukan lah :D

Shila haha.. aefa pon baru tau ~

Mirza betul tu. kesian kat anak2 yg masih kecil tu.

Sally kan.. byk benda kena tahu pasal nikah ni..

Nadia baiklah.. :)

ctaman alhamdulillah aminnn :)

Nur kan.. tp ramai yg xpaham..

Sylarius tu lah.. baru kahwin dah berhutang keliling pinggan.. susah2..

Izan seronok tgk kak.. insyaAllah kalau dah betul2 ready.. :)

Fae kan fae..tggungjwb sbg isteri/suami.. satu lagi tggjwb sbg anak.. kalau dah ada anak bertambah lagi tggjwb.. jd kena nilai baik2
Azlan Strider said…
berkhawin laa bila anda sudah bersedia dan bukanya berkhawin kerana masanya sudah tiba..hehehe..

Regards,
-Strider-
Aefa Aerisya said…
Azlan hehe betul tu. aefa setuju. :)
Aqilah Azmi said…
Wahhhhhh
betul tu kak :/
its kinda susah jugak kalau kahwin awal and future bukannya kita boleh predict kan?

Tp kan, kalau kahwin lambat and then cerai lagi tu acane? hihihihi
Banyak betul org cerai berai nowadays. Sigh


Pastu kahwin awal pun mcm hmm....

Pikir lah elok elok hihihi
Hah!
Kak aefa ni bila lagi nk kahwin ha
Aefa Aerisya said…
Akeyla kan.. bukan kawen awal or lambat sebenarnya masalah.. kesediaan bakal pengantin tu yg jadi masalah huhu.. akak belum lagi la :D

Popular posts from this blog

Perjalanan