One Step Closer - Degree Holder

Assalamualaikum.
Salam Jumaat yang indah lagi mulia.
One step closer?
Yup. Ini lirik lagu cik Perri.
In reality, i'm a step closer to become a Degree Holder.

Keputusan untuk latihan industri dan report dah keluar.
Menangis gembira dan tak mampu berkata-kata.
Mungkin ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk
membalas jasa kalian semua.
Tapi itulah sahaja yang mampu diberikan setakat ini.
- Puan Suraya Hamimi selaku penasihat untuk kertas kerja yang telah memberi bimbingan dan mencurahkan idea sepanjang penyediaan kertas kerja.
- Dr. Noor Azam selaku second examiner yang turut membimbing dalam penambahbaikan kertas kerja serta membantu dalam memahami penggunaan SPSS.
- Tuan Haji Mior Hamdan, Ketua HCBD, TMKL, dan staf-staf TM Bukit Mahkamah yang menerima kehadiran saya dengan baik sepanjang 5 bulan praktikal serta berkongsi pengalaman dan idea dalam menyiapkan kertas kerja.
- Shiela, Ain dan Ziera yang sama-sama berjuang dibawah bimbingan Puan Mimi.
- Diya, Wany, Kechik, Mary, dan Erin yang sama-sama mengharungi kesusahan hidup sebagai Intern di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
- Afeeq yang memecahkan kebuntuan dalam mempelajari SPSS.
- Kok and Nadia yang sama-sama menganalisa output-output SPSS.
- Mek, Yan, Fara, dan Gee yang sudi bersusah payah mengambil, dan menghantar dari/ke Melaka Sentral serta menumpangkan bermalam di rumah mereka.
- Que yang sudi ulang alik bersama menaiki bas dari KL ke Melaka.
- Fyna dan Izan yang sama-sama mengharungi kesesakan highway untuk berjumpa dengan penasihat.
- Serta rakan-rakan yang lain yang membantu secara tidak langsung,
- Pelajar-pelajar Semester 6, BBA (HONS) HRM, UiTM Bandaraya Melaka.
- Dan yang paling penting ialah Running Man yang selalu meneutralkan stress di kepala. hahahaha
Tapi diri ini tetap bersyukur dan berasa bangga kerana
inilah hasil susah payah selama ini.
kerana telah berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan halangan
sepanjang semester 6.
Mesti ramai yang tertunggu-tunggu bulan mei ini.
Konvokesyen!

Hari di mana kita secara rasminya dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda
Pengurusan Perniagaan (Kepujian)
Pengurusan Sumber Manusia
**erm. jangan lupe ye pos kan hadiah konvo saya ke rumah. I'm Waiting! :D**
Comments