Posts

Promosi Kek Lapis Sarawak

Image
Berminat boleh pm di fb... Terima kaseyy

Last Day

Image
Sedih pulak nak tinggalkan tempat ni. Huhu.. Sekarang kat Incheon airport dah.. 9 days trip ke Korea. Memang seronok. Jangan tanya kenapa cerita tu terkandas sampai hari ke tiga je haha.. Penat lelah buat research pasal korea sebelum ni berbaloi. Takde masalah sangat masa travel. Tapi terkilan.. banyak lagi tempat xdapat nak lawat.. so paham2 la mesej tersirat aku tu hahha.. Rindu dgn environment myeondong.. blom sampai Malaysia lagi ni hahhaa.. Ada yang bertanya pasal kos pergi ke sana.. Tiket pada mulanya murah je pergi balik.. pastu bila dah dekat nak fly add on mcm2. Quite zone.. baggage. Meals. Seribu lebih jugak la total dia haha.. Tempat tinggal pulak bergantung kepada berapa hari pergi.. stay kat mana.. n jenis penginapan.. nak murah pilih la dorm.. aku pilih stay kat Namsan Guesthouse 3. Seperti yg kawan aku cite before ni, mmg best duduk situ. Dekat dengan subway. Pekerja kat situ pun baik. Tadi dia siap hantar aku g stesen myeondong tu. Tolong bawak beg pulak hehehe... ...

3rd Day - Nami Island

Image
Left about 10 am. Pas makan2, borak2 gn orang malaysia kat pantri baru gerak. Alhamdulillah cuaca hari ni 7℃. Xde la sejuk sangat macam semalam. Huhuu.. Dari myeondong kena naik tren ke dongdaemun. Then changr to line 1 ke Hoegi. Then change to Kyungchun line ke Hoegi.. tukar lagi ke Jungang line ke mangu. Hahaha.. pastu last tukar ke gyeongchun line ke gapyeong.. fuhhh.. mencabar tak. Hahaha. Dari Gapyeong station aku amek teksi ke jeti nak g Nami tu. Share teksi la jimat. Kebetulan ada sorang ahkak dari Malaysia pun nak g Nami. So bersama-sama la kami ke sana. Naik feri sama. Sampai nami je berpisah. Bape jam tah kat Nami tu. Dah tak ingat nak balik. Hahhaa. Sedih nak tinggalkan pulau tu. Cantik sangat. Tenang. Nak stay je boleh tak. Hahaha.. Balik pun guna route yang sama. Yang bezanya td pegi tak rasa penat berdiri dalam tren. Tapi masa balik rasa cam nak bersila pulak dalam tren tu hahaha.

2nd Day - Bukchon

Image
Semalam jumpa jugak jaket. Agak mahal la. Tapi terdesak aku dah mati kutu kesejukan aku tibai je beli. Tapi cantik la di mata aku. Di mata orang lain aku tau. Peduli apa aku. Hahaha macam biasa ayam gn itik bercakap. Last2 guna kalkulator mintak murah. 38k won. Cukup la daripada aku kaku kat situ kan. Hari kedua gerak keluar lambat. Tengah hari baru keluar. Ni gara-gara semalam jatuh sakit since perubahan cuaca yang mendadak. Nasib baik aku pakar bab mengubat diri sendiri ni haha. So tengah hari dah ok.. Then keluar marayau ke myeondong market dulu. Guwa nak carik beg dan hand glove. Dari semalam carik tak jumpa. Akhirnya jumpa beg hrga 15k won. Entah murah ke mahal. Hahaa.. gloved xjumpa.. lagi.. Merayau lagi kat myeondong tu. Suhu 6℃ hujannn.. kaku jari jemari.. dah hafal susur jalan kat situ baru gerak g Bukchon. Tempat famous dengan rumah tradisional tu. Tengok tak cerita ..........(aku berfikir lama nk ingat nama cite korea ni)............. Cita pasal kim bung do dari zaman...

Holiday - Korea Selatan

Image
Assalamualaikum. Penat selepas menempuh perjalanan di tempat orang ni. Maklum la perbezaan bahasa. Semalam aku gerak g airport naik bas dari One Utama pukul 11. Flight kan pukul 8 pagi. To be safe, baik aku sampai awal lagi dari pilot. Maklum la aku banyak sangat pengalaman hampir kena tinggal kapal terbang. Kat airport, aku tak berseorangan. Berdua pun tak. Tapi bertiga. Kebetulan kawan aku kerja pada malam tu. So ajak dia duduk makan sama la. Lepak2. Borak sampai pagi. Pagi tadi sekitar jam lima aku dah queue nak drop baggage. Ramai jugak orang pepagi kan. Alhamdulillah. Urusan semua berjalan dengan lancar. Dari urusan check in, drop baggage, pemeriksaan kastam, pemeriksaan imigresen, sampai ke pemeriksaan polis airport. Just pastikan ada semua dokumen yang diperlukan. Masa part pemeriksaan imigresen tu aku blur-blur kucing sikit. Yela first time masok mesin ape tah tu tadi. Tetiba aku rasa cam xtau pape pasal fly2 ni. Hahaha.. tapi ikut je la mesin tu nak apa, xde masalah punye....

Passport - Ready

Image
Alhamdulillah. Penantian dari minggu lepas dah berakhir. Buku merah dah di tangan. Lama jugak tunggu urusan kat Kompleks Kerajaan Jalan Duta tu. Sempat pulak pergi renew IC hahaa.. One step closer..

Buku Merah - 3rd Attempt

Image
Ini cubaan kali ke tiga. Kali ni pergi ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Jalan Dutamas. Berbekalkan surat beranak dan IC original serta 2 salinan masing2, Alhamdulillah sekejap je dah settle. Yang buat jadi lama sebab cari parking. Aku beria lah pusing-pusing carik parking kat depan tu. Tengok-tengok kat belakang ada tempat parking lagi rupanya.. hehee. Nasib baik tergerak hati nak cari parking kat belakang kan. Kalau tak memang buang masa kat parking tu je.. Ape-ape pun harap semuanya berjalan dengan lancar.. InsyaAllah...