Ujian. Bertabahlah wahai diri..

Salam.. Baru je nak aktif balik blogging, dah kena stop balik. Stop sekejap sementara tunggu ada laptop lain.

Hari tu, rumah kena masuk pencuri. Habis la semua barang berharga dalam rumah. Tinggal TV je yang berharga dalam rumah skrg ni, yang lain pencuri tu dah rembat.

Sampai ke hari ni, perasaan takut tu ada bila berada di rumah. Kalau dah masuk bilik, mmg xkan jejak kaki ke ruang tamu lagi. Kalau dari luar rumah, nak masuk punya la berperang dulu dengan perasaan. Takut. Kot2 ada orang kat dalam. Sebalik pintu. Sebalik almari. Sape tahu kan... Bayangkan rumah kena masuk pencuri, xde sesapa yang perasan.. sekitar pkl 3 pagi baru perasan barang hilang. Tu pun sebab nak guna laptop. Kalau tak... Ntah bile baru perasan.

Polis pun pelik kami tak perasan ada barang hilang. Mane nak perasan, dia curi beg, barang dalam brg tu die susun elok je kat tepi. U know what i mean? Dia xselerakkan rumah. Dia amek elok je semua barang tanpa usik benda lain.

Macam mana dia masuk? Melalui dapur, since gril dapur berhampiran dengan walkway.. mahir.. and knowledgeable dengan structure rumah and persekitaran kediaman.. nape i cakap mcm tu.. sbb dia masuk guna pintu dapur macam biasa. He knows macam mana nak buka pintu dapur tanpa pecahkan or cungkil apa2. And the best part was dia keluar rumah melalui pintu depan tanpa rasa bersalah agaknya..

Dia curi.. laptop. handphone. Headphone. Cincin. Gelang. Rantai. Buku bank and saham. Hard disc. Jam tangan. Kunci rumah. Dan entah apa lagi yang kami masih xsedari..

Bila dapat tahu barang kami hilang, rasa macam lost. Terkejut mungkin. Nobody expect benda ni akan berlaku.. sape sangka, rumah tingkat 9, nak masuk entrance and lift pun kena guna access card, guards patrol every 2 hours, pun pencuri boleh masok.

Hati kami yakin pada satu, mesti orang dalam punya kerja. Sekian.

Previous
Next Post »

4 kritikan

Click here for kritikan
Mizz Aiza
admin
September 26, 2015 at 11:36 AM ×

semoga terus tabah menghadapi ujian yang berat ini.. ingatlah, Allah swt uji kita setakat yang kita mampu..

macam kena pukau pula kalau tengok gaya dia mencuri tu..

Reply
avatar
Shila
admin
September 27, 2015 at 11:06 AM ×

weh.
aku pun rumah kena pecah haritu.
tapi serius keadaan mmg sama. x berselerak lgsg. ilang jugak laptop hp jam semua.

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
September 28, 2015 at 1:15 AM ×

Risau jugak kalau betul pukau.. bahaya.. sbb kalau jerit dr dlm rumah, jiran belum tentu dengar..

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
September 28, 2015 at 1:16 AM ×

Sabar ye beb.. nasib kite sama.. semoga dorang ni diberi kesedaran sikit..

Reply
avatar