Shopping Kek Lapis
Semalam kami berlima (Aefa, Aefy, Ama, Misah, Yan) pergi mencari kek lapis sarawak untuk di bawa balik ke kampung masing-masing. Kami pergi pada pukul 2 ptg walaupun mengikut perancangan awalnya kami kena bertolak pada pukul 1 petang. Tetapi apakan daya kami memang sukar difahami. Haha. Pada pukul 1 petang mereka masing-msing masih bersembang di bilik kami. Aefa pula berada di kampus sementara menunggu mengambil kereta dari Diana SV.
Sebelum memulakan perjalanan kami sempat mengabadikan kenangan dengan mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit masing-masing. Gambar di atas adalah gambar Misah dan Aefa sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta.
Aefa dan teman sebiliknya, Ama. Gambar ini di ambil selepas kereta yang kami naiki meninggalkan UiTM.
Sebaik sahaja sampai di kampung Boyan, kami terus dapat menjumpai kedai kek Dayang Salhah
Selepas mencari tempat letak kereta yang lebih selamat (memandangkan banyak orang meletakkan kereta di bahu jalan sehingga menyukarkan kenderaan lain melalui kawasan tersebut), kami bersama-sama berjala pergi ke kedai kek Dayang Salhah
Inilah jalan masuk untuk pergi ke kedai kek Dayang Salhah yang terletak di kampung Boyan
Ketika mula-mula sampai di kedai kek tersebut, kami hanya berjalan-jalan di sekitar kedai tersebut untuk melihat kepelbagaian kek yang ada.
Aefy tengah sibuk membeli kek-kek yang akan dibawa balik.
Walaupun sibuk membantu Aefy memilih kek yang ada, kami sempat jugak mengabadikan kenangan di kedai kek tersebut.
Aefa sengaja mengganggu Aefy memilih kek memandangkan Aefa tiada kerja lain lagi yang boleh di buat.
Aefa dan Misah ketika berbaris untuk tolong Aefy membayar kek-kek yang di beli.
Ama dan Yan berdiri menanti suatu sudut.
Lihat la kek-kek yang Aefy beli.
Misah ketika beratur ketika hendak membayar kek-kek.
Kami bertiga masih menanti dan terus menanti mereka membayar kek.
Dalam perjalanan balik dari kedai kek Dayang Salhah, jalan raya di Kuching boleh di kira agak sesak. Hal ini disebabkan oleh kemalangan yang berlaku di bahu jalan antara 2 buah kereta.
Sekali lagi ketika berhenti di lampu isyarat. Alamak. Yan tengok tempat lain pulak.
Aefa kat Molly di Wisma Satok sementara menunggu waktu berbuka.
Lihat makanan-makanan yang kami ambil.huhu
Kami duduk di meja bunga Kemboja.
Sementara menanti Azan berkumandang.
Makanan yang Aefa ambil.
Macam biasa Aefa akan minta segelas ais untuk dicampurkan ke dalam air.
Dua jenis air yang Aefa ambil.
Selepas berbuka puasa, kami pergi ke Boulevard. Aefy ingin membeli sarung kusyen untuk di bawa balik ke Bintulu. Ama dan Misah pula sibuk mencari baju untuk hari raya yang bakal tiba.
Baju ini tiada kena mengena dengan aktiviti kami hari ini.hehe
Ketika menanti mereka yang lain habis membeli belah. Pada masa ini, kami berada di foodcourt di bawah.
Aefa sangat gembira dapat berjalan-jalan bersama dengan mereka semua pada hari ini.
Comments