Suka Duka Menepati Janji

Hari ini hari raya ke tujuh.hehe. Memandangkan Yan balik ke kampus pada hari raya ke lima, Aefa juga balik ke kampus pada hari yang sama. Kami balik awal kerana kami mempunyai perancangan untuk pergi ke jemputan rumah terbuka kawan-kawan kami.

Semalam, Aefa dan Yan bangun seawal 8 pagi (awal??) kerana telah berjanji untuk mengambil kereta dari Abang Awang pada pukul 9 di belakang Kolej Mulu. Kira-kira pukul 8.30 pagi, kami berjalan pergi ke belakang Mulu untuk mengambil kereta.Tetapi, setelah sampai di sana, Abang Awang masih belum sampai..Maka, kami berdua pun pergi membeli belah di supermarket di belakang.

Penantian memang menyeksakan. 3 jam kami menanti barulah abang kereta itu sampai. Sakit hati ni tau.. Abang tu kata kereta dia rosak. jadi kena atur dulu.Tapi takpe. Memandangkan Ama, Epy, Misah dah sampai kat lapangan terbang Kuching, maka kami pun tanpa sebarang pertanyaan kami menggunakan kereta itu. Perjalanan ke lapangan terbang tidak berasa. Keseronokan untuk berjumpa semula dengan rakan-rakan mengatasi segalanya. hehe.


Mengikut perancangan awal yang telah kami rancang, hari ini kami akan beraya di rumah Ann dan Ana. Ana menjemput kami makan di rumahnya pada pukul 11 pagi.. Ann pula mengajak kami makan tengah hari di rumahnya. Selain itu, kami juga mendapat jemputan dari kawan Ama untuk bertandang ke rumahnya. Memandangkan perjalanan kami tertunda, janji kami kepada mereka juga terpaksa di tunda..
Baru sahaja keluar dari kawasan lapangan terbang, Aefa mendapat panggilan dari Ajoy. Mereka mengajak kami bersama-sama pergi ke rumah Madam Ida Izumi Abdollah untuk beraya. Selepas kami berbincang, kami mendapat kata sepakat untuk pergi ke rumah Madam Ida sebentar.

Selepas menjamu selera di rumah Madam Ida, kami bergegas pula menunaikan janji-janji kami. Kisah duka kami bermula di sini..haha..Kisah duka kami yang pertama ialah kereta kami berhenti di tengah-tengah jalan raya.. Alamak!! Malu la.. haha. Bayangkan kereta itu mati di tengah-tengah jalan raya yang sibuk. Selepas cuba menghidupkannya beberapa kali, alhamdulillah kereta itu dapat di hidupkan semula. Yan pun memandu kereta tersebut ke bahu jalan. Oleh kerana kami semua buta pasal kereta, kami hanya menyangka kereta tersebut kehabisan minyak. Nasib baik ketika itu kami masih berdekatan dengan rumah Madam Ida. Jadi kami pun menelefon Ajoy untuk meminta bantuan. Kami tiada pilihan lain lagi selain duduk di dalam kereta yang panas itu untuk menanti Ajoy membelikan minyak untuk kereta kami.

Selepas di isikan minyak, alhamdulillah, kereta tersebut boleh bergerak seperti biasa. Kami pun meneruskan perjalanan kami. Dalam kegembiraan untuk berjalan ke rumah kawan-kawan, kami juga bingung dengan kereta yang kami guna. Kereta tersebut selalu mendatangkan masalah setiap kali kami berhenti di lampu isyarat. Pada suatu masa, ketika kami menghampiri lampu isyarat berdekatan dengan Batu Lintang, kereta kami mengeluarkan asap dengan banyk sekali. Kami semua mula menggelabah kerana kami tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Yan pula cepat-cepat memandu kenderaan tersebut memasuki tempat parking yang berdekatan.

Sebaik sahaja memasuki kawasan letak kereta, kami semua keluar dari kereta berkenaan. haha. Bimbang jugak kalau-kalau kereta tersebut terbakar. Dalam kekalutan tersebut, kami hanya boleh meminta bantuan daripada ayah Aefa. Nasib baik ketika kejadian ayah berada di rumah. Ayah tanpa banyak soal terus datang ke lokasi. Setelah diperiksa, ayah dapati kereta tersebut mengalami banyak masalah. haha.. Nampak sangat kami buta pasal kereta.. Kereta tu takde air pun kami tak tahu..hehe.. Setelah ayah mengisi air pada kereta tersebut, ayah mengiringi kami balik ke UiTM.Tetapi malangnya kereta kami mati semula tidak berapa jauh dari Taman Sahabat. Sudah la matinya tak hidup-hidup kembali. haha kami kena tolak kereta tu laaa.... Kami tu hanya melibatkan Ama, Misah, Epy n my dad..Aefa n Yan pulak duduk dalam kereta. Yan drive kereta ayah, Aefa pulak duduk dalam kereta yang ditolak..huhu..

Perkara paling menyakitkan hati masa tu adalah tuan punya kereta tu tak nak ambil kami di tempat kereta tu mati. Kami disuruh menolak kereta tersebut dari tempat berkenaan sehingga ke Stutong Market yang berhadapan dengan KPJ. Siapa yang tahu kawasan tersebut tahulah betapa jauhnya kami kena tolak kereta tersebut. Tambah-tambah lagi dalam kereta tersebut ada 3 buah beg (Ama, Epy, Misah punya) yang penuh dan berat.
Raya

Dalam kekalutan ditimpa masalah, kami tetap berikhtiar untuk meneruskan perjalanan kami yang tergendala. Masing-masing sibuk bertanya pada kenalan masing-masing bertanyakan pasal kereta sehinggakan kredit masing-masing habis.

Setelah sampai di Stutong Market, tuan punya kereta menghantar wakilnya untuk mengambil kami di sana manakala kereta yang rosak itu ditinggalkan di sana. Ayah pula terus balik ke rumah.

Lagi perkara malang yang berlaku kepada kami..Wakil tersebut tidak menghantar kami ke dalam UiTM. Dia hanya menghantar kami di depan pagar utama UiTM. Walaupun berasa marah dan sakit hati, kami terpaksa juga menyorong beg-beg yang ada dari pagar utama ke hostel kami.. Erm.. Jangan salah sangka. Kami belum lagi mengalah. Kami masih berusaha mencari kereta untuk digunakan untuk pergi berjalan raya. haha..

Raya 

 Raya

 Raya

Sepanjang perjalanan ke Seri Gading 4, kami masing-masing masih berikhtiar untuk menyelesaikan masalah kami. Jam pula sudah menunjukkan pukul 6 petang. Keluarga-keluarga yang menjemput masih setia menunggu kedatangan kami. Berkat kesabaran kami, kami jumpa juga pemilik kereta yang sudi meminjamkan keretanya kepada kami. Panggilan daripada se pemilik tersebut kami terima sebaik sahaja kami sampai di bawah blok kami. Dengan sepantas kilat kami berkemas (cuci muka je sempat. Mandi memang dah tak sempat dah. Kami juga mengemas pakaian sebab kami merancang untuk tidur di luar) dan berjalan semula ke pagar UiTM untuk berjumpa dengan Norman (pemilik kereta).

Tamat lah kisah duka kami pada hari ini.. hehe.. Tak habis lagi tau..

Tengah kami bersembang-sembang di perhentian bas di luar UiTM, kami tak perasan Norman sudah berada di sana. haha. Dia kata dia guna kereta kancil. Sekali dia datang guna viva. Memang la kami tak kenal..ahha..
Bila dah masuk dalam kereta tu, masing-masing kami terdiam. Kami teringin nak bertanya adakah kereta viva itu yang dia hendak pinjamkan kepada kami. Mana taknya, kereta tu baru lagi. Takkan la dia sudi pinjamkan kereta baru dia..huuhu..Di sinilah kisah gembira kami bermula. Setelah bersusah payah dari pagi tadi, akhirnya kami dapat kereta yang cantik untuk digunakan untuk berjalan raya..hehe

Janji-janji yang tertunda sejak pagi tadi kami tunaikan satu persatu. Bermula dengan rumah Ann (walaupun ikut perjanjian kami kena pergi rumah Ana dulu). Sebaik sahaja tiba di rumah Ann, kehadiran kami disambut dengan gembira oleh mereka sekeluarga. Akhirnya tetamu yang dinanti-nanti tiba juga walaupun pada mulanya kami berjanji untuk makan tengah hari di rumahnya (alih-alih kami pergi makan malam pulak kat sana haha). Dari mula menjejak kaki ke dalam rumah, kami terus berborak pasal kejadian di siang hari. Memandangkan kami kepenatan dan belum makan nasi sejak pagi, kami makan dengan penuh berselera di rumah Ann. Peristiwa yang terjadi hari ini menjadi bahan ketawa ahli keluarga Ann terutamanya adiknya, Najib. Kami berlima digelar team On The Way di rumah tersebut. haha..

Rumah seterusnya adalah rumah Ana. Tetapi memandangkan Ana tiada di rumah kerana mengikut rombongan Ajoy pergi ke rumah terbuka berhampiran dengan rumah Sir Faisal, kami terpaksa tukar plan lain. Pada mulanya kami ingin mengikut mereka pergi ke rumah terbuka tersebut, tetapi memandangkan setibanya kami di sana orang terlalu ramai dan tiada tempat untuk meletak kenderaan (maklum la kereta baru), kami membatalkan hasrat kami. Destinasi kami seterusnya adalah.....Choice Super Mall.. hahah..Memandangkan kami akan tidur di rumah orang malam ini, maka kami perlu membeli keperluan-keperluan yang sepatutnya..Almaklum la menumpang..hehe

Selepas membeli belah, kami pergi ke rumah Aishah, kawan Ama dan Misah. Rumahnya terletak berhampiran dengan UiTM.. oleh kerana kami hendak membuang masa sementara menunggu Ana pergi ke rumah terbuka, kami pun pergi ke rumah Aishah dahulu. Di rumah Aishah, kami di hidangkan dengan Laksa Sarawak. Masih lagi kami berselera untuk makan. Yang penting, peristiwa kami hari ini diulangi sekali lagi.hehe

Balik sahaja dari rumah Aishah kami terus ke rumah Ana. Terima kasih kepada keluarga Ana kerana sudi menunggu kedatangan kami walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Hampir 2 jam kami duduk di rumah Ana sambil bercerita (cerita pasal peristiwa hari ini mesti la ada juga hehe). Kira-kira pukul 1 pagi kami berangkat balik. Jangan salah paham. Kami belum lagi balik ke rumah. Kami bersiar-siar melihat pemandangan malam di sekitar kuching terlebih dahulu.. hehe. Pukul 2 pagi barulah kami balik ke rumah..hehehe
Previous
Next Post »