Hari ini hari raya ke tujuh.hehe. Memandangkan Yan balik ke kampus pada hari raya ke lima, Aefa juga balik ke kampus pada hari yang sama. Kami balik awal kerana kami mempunyai perancangan untuk pergi ke jemputan rumah terbuka kawan-kawan kami. Semalam, Aefa dan Yan bangun seawal 8 pagi (awal??) kerana telah berjanji untuk mengambil kereta dari Abang Awang pada pukul 9 di belakang Kolej Mulu. Kira-kira pukul 8.30 pagi, kami berjalan pergi ke belakang Mulu untuk mengambil kereta.Tetapi, setelah sampai di sana, Abang Awang masih belum sampai..Maka, kami berdua pun pergi membeli belah di supermarket di belakang. Penantian memang menyeksakan. 3 jam kami menanti barulah abang kereta itu sampai. Sakit hati ni tau.. Abang tu kata kereta dia rosak. jadi kena atur dulu.Tapi takpe. Memandangkan Ama, Epy, Misah dah sampai kat lapangan terbang Kuching, maka kami pun tanpa sebarang pertanyaan kami menggunakan kereta itu. Perjalanan ke lapangan terbang tidak berasa. Keseronokan untuk ber...