Posts

Umai

Image
Pinjam ek jingpengboy Umai ni Sushi orang Melanau. Hehe. Orang Melayu Sarawak makan umai dengan nasi, orang Melanau makan dengan sagu je (sagu biji, bukan yang tepung tau). Ikan paling sedap untuk membuat umai ialah ikan jerung, ikan bawal hitam dan ikan tenggiri. Pastikan ikan-ikan tu segar ye. Kang tak sedap pulak. Hehe. Selain ikan, umai juga boleh dibuat dengan obor-obor dan udang. Umai paling senang didapati pada bulan Ramadhan. 

Bendera Negeri Sarawak

Image
Sekarang Salah satu bendera lama

Jata Negeri Sarawak

Image
Lencana Negeri berupa burung Kenyalang yang menggembangkan sayapnya dengan perisai yang mempunyai bendera negeri di dadanya. Sayapnya mempunyai 13 butir bulu yang melambangkan 13 buah negeri di Malaysia. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia terletak di sebelah kanan dan kiri kaki burung.  Burung Kenyalang ini bertenggek di atas reben yang memaparkan cogan kata "Bersatu, Berusaha, Berbakti" .  Lencana negeri ini dilancarkan dengan rasminya pada hari yang sama dengan Bendera Negeri yang ada sekarang.

Lagu Kebesaran Negeri Sarawak

Lagu kebesaran Bumi Kenyalang ini hasil gubalan Wan Othman Hamid dan liriknya pula ditulis oleh Ismail Hassan (1922-1991). Lagu yang bertajuk  "Ibu Pertiwiku"  ini telah dijadikan lagu kebesaran negeri Sarawak pada tahun 1988. IBU PERTIWIKU Sarawak Tanah Air Ku Negeri Ku Tanah Air Ku Sarawak Engkaulah Tanah Pusaka Ku Tanah Tumpah Darah Ku Ibu Pertiwi Ku Rakyat Hidup Mesra dan Bahagia Damai Muhibbah Sentiasa Bersatu Berusaha Berbakti Untuk Sarawak Ku Cintai Sarawak Dalam Malaysia Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa Kekallah Sarawak Bertuah Teras Perjuangan Rakyat Berjaya Berdaulat

One Step Closer - Degree Holder

Image
Assalamualaikum. Salam Jumaat yang indah lagi mulia. One step closer? Yup. Ini lirik lagu cik Perri. In reality, i'm a step closer to become a Degree Holder. Alhamdulillah. Keputusan untuk latihan industri dan report dah keluar. Menangis gembira dan tak mampu berkata-kata. Mungkin ucapan terima kasih sahaja tidak cukup untuk membalas jasa kalian semua. Tapi itulah sahaja yang mampu diberikan setakat ini. Terima kasih~ Puan Suraya Hamimi selaku penasihat untuk kertas kerja yang telah memberi bimbingan dan mencurahkan idea sepanjang penyediaan kertas kerja. Dr. Noor Azam selaku second examiner yang turut membimbing dalam penambahbaikan kertas kerja serta membantu dalam memahami penggunaan SPSS. Tuan Haji Mior Hamdan , Ketua HCBD, TMKL, dan staf-staf TM Bukit Mahkamah yang menerima kehadiran saya dengan baik sepanjang 5 bulan praktikal serta berkongsi pengalaman dan idea dalam menyiapkan kertas kerja. Shiela, Ain dan Ziera yang sama-sama berjuang ...

V.I.V.A.

Image
Pejam celik pejam celik. Berakhirnya latihan industri. Perasan? Perasaan? Gembira dan sedih. Penat lelah selam selama ini akhirnya dapat disimpulkan dalam V.I.V.A.

Durian Crepe

Image
Sane sini sibuk dengan durian Crepe . Dulu la.. sekarang dah takde. Macam dah kurengg hikhik Tapi masih jugak jumpa benda alah ni hihi.. Jumpa ni kat Mid Valley. or lebih tepat lagi The gardens sebenarnya. Lame dah jumpe ni.. Just baru nak update je haha Siyes giler sedap. Duduk kat foodcourt gn fyna sambil layan nih. Terliur dorang kiri kanan. **tetibe lapaq**