Persediaan ke Luar negara

No automatic alt text available.

Gambar di atas hasil daripada program yang saya hadiri sebelum ini. Tajuk dia "Travelling". Persediaan ke luar negara. Sesuai dengan jiwa kami satu kumpulan haha.

Apa yang paling penting sebelum canang diri nak ke luar negara kat mak cik rumah sebelah?

  • Tiada sekatan ke luar negara

Apalah guna tiket murah pergi dan balik kalau akhirnya berkampung di lapangan terbang. hehe. Semak dulu status sekatan. Tak kisah la sebab PTPTN ke, pinjaman ke, kad kredit, atau tak bayar cukai, yang pasti nama kena bersih dan takde comot. Kalau dah tertulis "Dalam Proses Senarai Hitam" cepat-cepat pergi jumpa jabatan yang berkenaan. Duduk berbincang. Marah-marah takde guna jugak. Bagi yang takde tertulis tu pun jangan rasa selamat 100%, pastikan hutang piutang dibayar dengan konsisten ya.
Kan tertulis sah pada waktu semakan sahaja

  • Passport & Visa
Secara umumnya tempoh sah passport adalah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tempoh kemasukan. Jadi semak tarikh luput passport anda. Kalau hampir tamat tarikh tu pandulah kereta ke UTC yang berdekatan. Renew ye bang. Visa pun ada syarat tersendiri. Terpulang pada negara yang anda lawati. Jangan malas. Google dan hadam info pasal visa tempat tersebut.
Image result for passport malaysia and visa
Credit : Google


  • Kad ATM - Transaksi Luar Negara
Aktifkan kad  ATM untuk transaksi luar negara. Anda boleh aktifkan untuk tempoh masa perjalanan anda sahaja. Tak perlu aktifkan sepanjang tahun nanti lain pulak jadinya. Kalau guna kad Maybank atau CIMB boleh aktifkan di mesin ATM dan online. Bank lain saya tak pasti cara untuk mengaktifkannya. Pengaktifan ini tidaklah penting sangat. Tapi malang tu tak berbau. Tak salah kita ambil langkah berjaga-jaga kan? Ia jadi salah kalau anda berbelanja tak ingat dunia lepas tu. 
Image result for atm card
Credit : Google

  • Alamat dan no telefon Kedutaan Malaysia di Luar Negara

Sekarang anda takkan rasa keperluan untuk simpan maklumat kedutaan ini, tapi bayangkan kalau passport hilang masa tengah sibuk membeli belah kat sana? hahaha. Masa tu la haru biru hidupmu. Kedutaan penting bukan sebab passport hilang semata-mata. Bila kat luar, kita terdedah dengan pelbagai peristiwa/kejadian/bencana. Jadi kalau ada apa-apa kecemasan, sumber paling dekat yang kita boleh hubungi ialah kedutaan. Kot-kot anda kena tahan kat lapangan terbang sebab pakai selipar jepon ke. Ada jugak yang boleh tolong belikan sneakers.
Image result for malaysian embassy
Credit : Google

  • Insuran
Digalakkan untuk membeli insuran bila ke luar negara. Hilang bagasi, jatuh sakit, trip kena cancel ke, paling kurang dapat sedikit bantuan daripada merenung langit mengenang nasib menyesal tak beli insurans. Bagi yang nak buat sukan lasak kat sana, lagi la memerlukan insuran. Melainkan dia tu superhuman yang tak cedera walau jatuh gunung. Tapi Ironman pun cedera kan?

Maaf saya sendiri kurang arif mana insuran yang terbaik. Kat Malaysia ni ada banyak jugak insuran, antaranya AXA, Tune Protect, Zurich, Kurnia, Berjaya Sompo, Great Eastern, AIG, Takaful Ikhlas, Tokio Marine, Allianz, dan MSIG. Harap anda boleh buat pilihan yang bijak sesuai dengan perjalanan anda nanti.
Image result for travel insurance https
Credit : Covermore

  • Permit Memandu Antarabangsa
Ini bergantung kepada keperluan ya. Ada yang merancang untuk memandu sendiri. Yang nak buat road trip redah beberapa buah negara. Mudah saja untuk memohon permit ni. Bawa IC, lesen, dan gambar ke mana-mana pejabat JPJ atau AAM. Tapi kena pastikan dulu anda tak kena senarai hitam. hehehe. Untuk yang naik kenderaan awam, tak perlu permit ni. Bukan hang yang nak bawa bas tu pun.
Image result for permit memandu antarabangsa https
Credit : KembaraGD
  • Tukar Duit

Jangan lupa intai-intai Money Exchange sebelum ke luar negara. Kalau nasib baik dapat rate yang ok. Kalau melancong masa ekonomi tak menentu, rate dia pun paham-paham la. Saya sebelum ni kalau nak ke luar negara saya guna cara 40 : 30 : 30 untuk kos perbelanjaan saya. Bajet perbelanjaan dah siap awal sekali dengan rancangan perjalanan. Jadi mudah untuk saya uruskan kewangan yang lain. 40% saya tukar di Malaysia, 30% saya tukar kat sana, lagi 30% saya simpan dalam bank untuk kecemasan. Kad kredit? Takde.
Image result for money exchange https

  • Travel Adapter
Jangan lupa bawa adapter. Soket kat luar tu macam-macam jenis. Ada 2 pin, ada 3 pin. Yang bentuk bulat la, senget la, leper, lurus, semua ada (kot). Jadi kena ada adapter. Kalau tak nanti takde bateri nak ambil gambar untuk letak kat Facebook. Nanti orang tak tau pulak kita pergi mana.
Image result for travel adapter https
Credit : Pinterest

  • Ubat dan Minyak Angin
Bagi saya ini sangat penting. Jangan kata pergi luar negara, dalam negara pun saya bawa. Sakit yang paling mudah kita kena, sakit kepala, selesema, sakit perut, melecet, lenguh. Bagi yang ada sakit-sakit lain tu, bawa juga ubat yang sedia ada. Jangan ingat sakit takkan menyerang masa bercuti. Tapi, jangan bawa dalam kuantiti yang banyak pula. Jangan berlebihan. Ia mendatangkan mudarat.
Image result for minyak angin https
Credit : USJ

  • Pakaian
Bawa pakaian yang sesuai dengan negara dan cuaca. Kalau musim panas jangan la bawa baju tebal bulu-bulu. Berbulu je orang lain tengok. Kena tau keadaan cuaca kat tempat yang kita nak pergi tu. Pakaian dan kasut kalau tak sesuai nanti tak selesa sepanjang percutian. Jangan biarkan benda kecik ni mengganggu emosi anda. haha
Image result for winter coat https
Credit : Pinterest
  • Peta Kawasan / Pengangkutan Awam
Ada yang boleh install. Siapa yang lebih selesa dengan peta biasa, boleh download dari internet atau beli dari kedai-kedai buku. Peta kawasan selalunya saya download dari internet. Senang dan mudah saya nak tanda tempat-tempat yang saya nak lawati. Pengangkutan awam pula saya akan install dalam handphone.
Image result for itinerary
Credit : Google

  • Makanan
Brahim. Siapa tak pernah bawa ni bila ke luar negara? Saya! haha. Pertama kali saya ke luar negara kami bawa mee segera, milo, dan sambal goreng je. Sebab kami tahu kami takkan selalu makan di hostel. Objektif perjalanan kan untuk melihat budaya dan mencuba makanan di sana. haaha.

Sebelum pergi ke pasaraya untuk membeli makanan yang hendak di bawa, rujuk dulu dari sumber-sumber yang sahih mengenai makanan yang dibenarkan di negara yang ditujui itu. Mungkin negara A tak boleh bawa ikan bilis, negara B tak boleh bawa nasi. Mungkin. Jadi sebelum anda dipaksa rela untuk mengeluarkan makanan tersebut dari beg anda, lebih baik anda keluarkan sendiri kat rumah Bagi adik-adik makan.
Image result for brahim food https
Credit : Shahidah Travel
  • Jadual Perjalanan
Orang macam saya, jadual perjalanan memang perlu ada. Pukul berapa berlepas, pukul berapa sampai, siapa ambil dekat lapangan terbang, macam mana nak pergi hostel, pagi makan kat mana, petang makan kat mana, semua kena masuk. Walaupun selalunya saya tak follow 100% apa yang saya rancangkan. Tapi saya perlukan jugak sebagai sumber untuk saya melalui hari-hari di tempat orang.
Image result for itinerary https
Credit : Irinatyt

  • Bantal Busuk
Jangan gelak. Saya antara yang tak boleh jauh dari bantal busuk haha. Tidur tak akan lena kalau dia tak ada. Bagi mereka yang ada bantal busuk ni, mereka akan paham perasaan kalau kembar kita ni tertinggal. Rasa nak terbang balik pergi ambik pun ada. :(
Image result for bantal busuk
Credit : Google

Ini apa yang saya buat sebelum ni. Kalau ada benda baru nanti saya tambah. Semoga dapat membantu memberi ilham kepada mereka yang akan ke luar negara. Hati-hati dan selamat kembali :)



You Might Also Like

5 kritikan