Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

Mee Tarik Warisan Asli 

Ada sesiapa yang pernah makan di sini? Berhampiran LRT Sungai Besi kalau ingatan tak menipu Aefa lah hehe.. Aefa pernah makan kat kedai ni sekali je. Tu pun masa Aefa stay kat KL dulu. Kalau ikut cerita akak-akak office dulu mee kat kedai ni memang sedap. Tapi. Mase pergi kedai ni, Aefa tak makan mee. Aefa memang tak suka makan mee. Kalau ada pilihan lain selain dari mee, memang Aefa akan pilih pilihan lain tu. Tapi bila diingat balik, rasa rugi pulak tak cuba mee tu. Bukan selalu pun kan pergi kat kedai ni. uhukkk

Dulu masa Aefa makan kat sini, kedai ni nampak biasa je. Takde nampak special sangat. Tapi pelanggan dia memang ramai. Jadi walaupun tak cuba mee tu, Aefa boleh agak memang mee kedai ni sedap. Oh ya. Akak-akak tu kata pemilik kedai ni Cina Muslim. Mungkin dia kot dalam gambar atas ni. :D

Sesiapa berminat nak cuba mee kat sini, ini ada sedikit info.

MEE TARIK WARISAN ASLI (ENCIK HASSAN)
51A, Jalan Tasik Utama 3, Medan Niaga Tasik Damai, Sg. Besi 57000 Kuala Lumpur
57000 Kuala Lumpur, Malaysia
03-9054 3209

Map Mee Tarik Warisan
Previous
Next Post »

4 kritikan

Click here for kritikan
Khir Khalid
admin
November 17, 2013 at 2:09 AM ×

Bagus juga info ni.. boleh juga berkunjung mencuba bila kelapangan.. thanks sharing Aefa.. :)

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 17, 2013 at 9:57 AM ×

@Khir sama-sama :) try la g makan kat situ :D

@Nur Shafiq g la try shafiq :D

Reply
avatar