Our Farewell

Ini entry lama yang Aefa edit semula. Sebenarnya Aefa dalam proses membuang entry lama yang entah pape je. Bosan pun post entry. -.-' Sape la yang nak baca kan. hehe..

Ini farewell bersama dengan dak-dak umah sewa di KL. Kami menyewa di Vista Angkasa. 6 bulan je bersama. Tapi rasa cam dah lama dah kenal. Alhamdulillah semoga ikatan terus terjalin walaupun dah dipisahkan oleh lautan yang luas.

Kami ada dua kali farewell. haha.. Dalam bahasa lainnya kami ni suka pergi makan-makan. Tak kisah la jauh ke dekat, kami redah jugak janji dapat makan. :) Farewell pertama kami di Kedai Makan Andalusia dan Secret Recipe Bangsar South. Kali ni makan yang ringan-ringan je (yeke ringan). Kami makan kerang bakar, jus gelas besar, dan Choc. Indg. Kedai Makan Andalusia ni memang tempat makan paling dekat dengan rumah kami. Lagi pun kedai ni buka sampai lewat malam. Jadi sesuailah dengan kami yang selalu kelaparan di tengah malam :D. 

Kerang Bakar
Elergik belakang kira. Janji dapat makan :D

Jus Gelas Besar


Secret Recipe

Dan sambungan farewell ini adalah di IKEA Damansara. Sebenarnya ni kali pertama kami memandu sendiri ke IKEA Damansara semata-mata nak makan meatball. Memandangkan kami takde GPS, kami bergantung kepada maps di dalam handphone. Gerak dari rumah pukul 8 malam, dan sampai IKEA pukul 9.30 malam. Jauh tak perjalanan kami? hehe. Nak buat macam mana, separuh jalan handphone pun padam. Jadi terpaksa bergantung kepada ingatan kami yang samar-samar. Pusing sana, pusing sini, sesat~ 

Bila dah masuk IKEA, mereka baru je tutup! huaaaa... merayu-rayu lah kami semua. Jangan bayangkan macam mana kami merayu. Memang buruk! Tapi demi mu meatball, malu letak kat last page. hikss. Akhirnya, pujuk rayu tu berjaya. Walaupun tak banyak pilihan, yang penting kami tak kempunan. :)
Friend
Is dan Mary

Friend
Aefa dan Wany
Malangnya farewell kami ni cuma berempat sahaja. 3 yang lain sudah ada plan mereka sendiri. Tapi takpe, kenangan ni pun dah cukup bermakna. :) FYI, kami semua dari UiTM Kampus Bandaraya Melaka. 2 tahun belajar di kampus yang sama, tapi baru je kenal bila duduk di KL. Pelik bukan. Sedangkan kampus kami pintu masuk ada satu je. :)

UiTM KBM
UiTM KBM


Beware. Di bawah ini gambar makanan sahaja, kawal nafsu anda.

IKEA Damansara

IKEA Damansara

IKEA Damansara

IKEA Damansara


Previous
Next Post »

1 kritikan:

Click here for kritikan
February 2, 2013 at 10:01 AM ×

sedapnye tengok makannan tu..mcm kak ferd nak pi terjah jerk

Congrats bro kisah si dairy you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar