Nasi Lemak

Nasi Lemak
Nasi Lemak
Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap semua sihat dan ceria hari ni. Pagi tadi Aefa sarapan dengan nasi lemak. OTW balik rumah pagi tadi teringin makan nasi lemak jadi singgah lah shopping nasi lemak sekejap. Memandangkan sikap semula jadi Aefa yang pemalas dan tidak suka keserabutan, jadi for sure Aefa memang tak singgah gerai yang ramai orang dan susah parking.

Ini pertama kali Aefa makan nasi lemak harga RM1. Bila bukak bungkusan rasa menyesal pulak. -.-' Baik wat nasi goreng. Jimat RM 1~ Mula-mula memang dah agak isi dalam tu kurang lagi dari nasi lemak biasa. Tapi tak sangka pulak kurang sangattttttttttttt. Hukhuk. Nasi tak sampai 10 sudu. Ikan bilis yg halus milus 4. Kacang 7. Sambal erk.. berapa mililiter ye. Sikit jek. Telur goreng 1.5cmX1.5cmX2mm sukatan die. haha.

Jadi kesimpulannya, sekarang tengah lapar. Bye.
Previous
Next Post »