Mira Cake House

Kek Lapis Sarawak


Bagi kawan-kawan di Semenanjung, rata-rata memang mengenali Kek Lapis Dayang Salhah. Tak ramai yang mengenali Mira Cake House. Kedudukan dua buah kedai ni amat dekat. Aefa selalu beli kek di kedua-dua tempat ini. Untuk kawan-kawan yang minta Aefa poskan kepada mereka, Aefa akan beli di Kek Lapis Dayang Salhah. Bagi yang Aefa bagi by hand, Aefa akan belikan di Mira Cake House.

Kek Lapis Sarawak

Ini adalah antara kek yang terdapat di Mira Cake House. Alhamdulillah tadi Aefa pergi awal so banyak lagi kek. Kalau pergi lambat sangat takut nanti banyak kek yang dah habis. Aefa malas nak ambik gambar banyak-banyak tadi. Sebab tujuan satu je, nak beli kek lapis India. Ni adalah satu-satunya kek lapis Sarawak yang Aefa suka makan. Tapi tadi tu beli untuk orang lain lah :)

Kek Lapis Sarawak

Yeah~ Ini adalah kegemaran ramai. Aefa je yang tak suka nak merasa kek-kek ni. Seronok tengok gelagat orang yang makan tester ni. Kebanyakkannya lelaki. Sebab mereka malas nak teman kaum wanita merayau pilih kek, dia berdiri tegak kat sini sambil mengenyangkan perut.

Kek Lapis Sarawak

Bagi mereka yang menginap di Holiday Inn, Hilton, dan hotel-hotel berdekatan dengan Waterfront, Kuching, jalan paling mudah ke sini adalah dengan menaiki perahu tambang. Tak jauh pun naik perahu. Takkan itu pun takut hihi.. Kalau naik perahu kat kampung Aefa lagi lama. Sampai 45 minit kena duduk dalam perahu je. -.-'' Bagi yang tak nak naik perahu boleh la naik kereta. Tambah tolak jem, lampu isyarat  dan lain-lain kesesakan, mungkin dalam 10-15 minit perjalanan :)

Kek Lapis Sarawak

Bagi yang berminat nak membuat tempahan boleh la hubungi nombor di atas. Kalau nak Aefa tolong pos kan pun boleh. Takde masalah . :)

minat ke kek lapis sarawak ni?

앱아 앨잇야
Previous
Next Post »

19 kritikan

Click here for kritikan
October 29, 2013 at 10:40 AM ×

akak tak pernah lagi makan kek lapis sarawak.....nanti boleh la sruh aefa belikan ye...hehehwe

Reply
avatar
October 29, 2013 at 12:24 PM ×

Arghh bestnyaaa ! Sedappp. :D

Reply
avatar
October 29, 2013 at 12:29 PM ×

erm, tak pernah lagi ke kuching..sarawk.. sabah dah banyak kali.. erm nnt nk gi boleh lah tanya efa ape yg menarik lgi.. hhi.. lame dh tak kunjung rumah akk aefa.. akak klik semua nuffy aefa

Reply
avatar
October 29, 2013 at 4:11 PM ×

mau tak minat...hehe..kek yg paling best kot!

Reply
avatar
Vee Lea
admin
October 29, 2013 at 5:07 PM ×

Kmk prefer Dyg Salhah. Kek lapis nya nang mantap!

Reply
avatar
Khir Khalid
admin
October 29, 2013 at 10:44 PM ×

Sedap tengok kek2 tu bersusun.. naik selera. Sy mmg suka mkn kek2 mcm tu.. nice sharing :)

Reply
avatar
October 30, 2013 at 2:09 PM ×

Ya Allah macam sedap. Nak cake nak cake!

Reply
avatar
October 31, 2013 at 11:14 AM ×

fiza sume kek lapis sarawak.. mmg sedap.. klu ader yg try2 jual kat semenanjung pun, xkan sm dengan yg sana..

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 1:55 AM ×

boleh aje~ tade masalah hihih

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 1:55 AM ×

jemput makan.. hahahah :P

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 1:57 AM ×

hihi.. jom melawat kuching kak.. nnti aefa bawak jalan2.. aefa suke bab jalan2 ni heheheh

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 1:58 AM ×

jemputlah ke rumah raya thn depan. haha. ada mcm2 kek lapis~

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 2:00 AM ×

kmk sik minat kek -.-'' hehehe

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 2:01 AM ×

hehe... meh la g sini.. boleh rasa pelbagai jenis kek lapis tu :)

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 2:02 AM ×

meh sini~ boleh mkn kek.. hiihii

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 1, 2013 at 2:05 AM ×

aefa tak pernah rasa lagi yg dijual kat sana.. selalunya aefa bekal siap2 dari sini utk stok mase bljr dulu hehe

Reply
avatar
November 12, 2013 at 8:45 PM ×

Salam. Aefa boleh x nk mintk tlg aefa belikan kek lapis ni.. kakak saya pregnent dia tringin sgt nk mkn kek lapis sarawak ni.. saya ingt nk bagi hadiah kt dia..boleh pos ke penang x aefa? :)

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 12, 2013 at 9:24 PM ×

Memey Salam.. boleh pm aefa kat fb tak :) aefa boleh je tlg beli n poskan..

Reply
avatar