Bilakah Kita Akan Mati

Mati


Assalamualaikum. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat-nikmat-Nya hari ini. 
  • Hari demi hari yang kita lalui, sedarkah kita bahawa kematian semakin mendekati?
  • Bersediakah kita dengan bekalan-bekalan ke sana nanti?
  • Sudahkah kita menempah ruang untuk kita di alam barzakh nanti?
  • Bersungguhkah kita mengejar pahala-pahala sebagaimana kita bersungguh mengejar habuan-habuan dunia?
  • Mampukah kita tersenyum dengan amalan kita untuk mentaati-Nya seperti kita senyum puas membina kejayaan di dunia?
  • Sudahkah kita berusaha meluaskan dan menerangi rumah kubur kita seperti kita berusaha menambah baik rumah, mencantikkan pagar, dan menerangi rumah dengan lampu-lampu chandelier?

Sudahkah anda? Harap kita tidak termasuk dalam golongan yang terleka dengan dunia semata-mata. Perbanyakkanlah memikirkan mati kerana ia akan menghidupkan seseorang yang leka di dunia ini. :)


Di hari yang mulia ini mari sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.. Nenda saya pergi pada hari ahad yang lalu.. hari isnin pula seorang kenalan keluarga turut menghembuskan nafas terakhirnya.. hari rabu seorang lagi nenda kami pergi buat selamanya.. dan semalam pula seorang ahli keluarga kami yang berada jauh di seberang turut pergi selamanya.. Al-Fatihah.
Previous
Next Post »

6 kritikan

Click here for kritikan
Fais-SKA
admin
October 26, 2013 at 6:49 PM ×

Al-fatihah utk mereka semua..aik?? knapa tukar kotak komen?? citer bab mati ni mmg sgt2 muhasabah diri sndri..terasa yg phala kurang sgt..Alhamdulillah sllu igt mati..lepas ni kena tmbah la amalan yg kurang..jum sama2 tmbah =)

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
October 26, 2013 at 10:54 PM ×

betul tu.. ingat mati tapi tak nak mengubah apa2 tu sia2..

aefa tukar sebab mereka yg xde G+ tak boleh nak komen.. aefa nak revert balik ke blogger comment, tp pastu smua g+ comment hilang lah alamatnye huhu..
yang latest ni nampak cam ok, blogger boleh komen kat mane2 platform dorg nak, tp yg xbest nye aefa xdpt notification dari G+ comment. jadi.. annoying kena check G+ manually haha

Reply
avatar
mama amir
admin
November 2, 2013 at 10:05 AM ×

Assalamualaikum...salam takziah dari mama sekeluarga...
Terima kasih banyak2 atas peringatan yang diberikan...
Semoga ramai orang mendapat manfaat dari entri ni... ^_^

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 2, 2013 at 10:32 AM ×

salam.. terima kasih mama.. semoga kita sama-sama beringat dan tak terleka dengan dunia semata-mata :)

Reply
avatar
~emi~
admin
November 13, 2013 at 4:35 PM ×

Kadang2 bila baring kat katil time nak tido malam, rasa takut bila terfikirkan kematian. Apa la nasib annti bila dah mati. Huuuu. Lagi satu, klu time kena tindih atau paralys, terus rasa takut. terfikir, bila mati nnt dalam kubur aku x leh gerak dah, mcm ni jgk. Gelap mcm ni jgk. Huhu


btw jom singgah blog sy :)

Reply
avatar
Aefa Aerisya
admin
November 14, 2013 at 5:57 PM ×

@emi
hehe tu la.. kdg2 before tido terfikir pasal mati ni.. boleh mengalir air mata bile terfikir mati ni..

Reply
avatar