Bilakah Kita Akan Mati
Assalamualaikum. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat-nikmat-Nya hari ini.
- Hari demi hari yang kita lalui, sedarkah kita bahawa kematian semakin mendekati?
- Bersediakah kita dengan bekalan-bekalan ke sana nanti?
- Sudahkah kita menempah ruang untuk kita di alam barzakh nanti?
- Bersungguhkah kita mengejar pahala-pahala sebagaimana kita bersungguh mengejar habuan-habuan dunia?
- Mampukah kita tersenyum dengan amalan kita untuk mentaati-Nya seperti kita senyum puas membina kejayaan di dunia?
- Sudahkah kita berusaha meluaskan dan menerangi rumah kubur kita seperti kita berusaha menambah baik rumah, mencantikkan pagar, dan menerangi rumah dengan lampu-lampu chandelier?
Sudahkah anda? Harap kita tidak termasuk dalam golongan yang terleka dengan dunia semata-mata. Perbanyakkanlah memikirkan mati kerana ia akan menghidupkan seseorang yang leka di dunia ini. :)
Di hari yang mulia ini mari sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.. Nenda saya pergi pada hari ahad yang lalu.. hari isnin pula seorang kenalan keluarga turut menghembuskan nafas terakhirnya.. hari rabu seorang lagi nenda kami pergi buat selamanya.. dan semalam pula seorang ahli keluarga kami yang berada jauh di seberang turut pergi selamanya.. Al-Fatihah.
Comments
aefa tukar sebab mereka yg xde G+ tak boleh nak komen.. aefa nak revert balik ke blogger comment, tp pastu smua g+ comment hilang lah alamatnye huhu..
yang latest ni nampak cam ok, blogger boleh komen kat mane2 platform dorg nak, tp yg xbest nye aefa xdpt notification dari G+ comment. jadi.. annoying kena check G+ manually haha
Terima kasih banyak2 atas peringatan yang diberikan...
Semoga ramai orang mendapat manfaat dari entri ni... ^_^
btw jom singgah blog sy :)
hehe tu la.. kdg2 before tido terfikir pasal mati ni.. boleh mengalir air mata bile terfikir mati ni..