8 Jenis Penonton Drama
8 jenis penonton ni lebih merujuk kepada penonton drama Korea. Boleh jugak kot diaplikasikan kepada penonton drama Melayu. Ada ke yang tonton Gerak Khas secara maraton? Mungkin ada. Kita mana tau kan :) Jom kite cekidaut~ :D Mungkin anda tergolong dalam beberapa kategori ni.
1. The Waiter - Let Me Watch 20 Shows at Once
| TV |
- Mereka ini jenis yang tak suka membiarkan masa yang ada berlalu begitu sahaja. Mereka akan menonton pelbagai jenis drama supaya sementara menanti episod seterusnya untuk sesuatu drama, mereka ada lagi hiburan-hiburan yang lain. Jadual untuk menonton tv mereka sentiasa penuh. dari 8 pagi sampai 2 pagi penuh dengan drama dan variety shows.
- Aefa selalunya tengok variety shows je. Drama Aefa akan fokus satu persatu. Kena habis satu drama dulu baru layan drama yang lain :)
2. The Marathoner
| Watching TV |
- Mereka ini mempunyai tahap kesabaran yang sangat rendah dalam penantian. Haha. Mereka tak mampu menunggu episod-episod drama dari hari ke hari. Jadi mereka akan menonton drama itu sebaik sahaja semua episod drama tersebut telah ditayangkan. Kalau ada 16 episod, maka 16 jam lah mereka menonton drama tersebut.
- Ini Aefa. Aefa memang tak suka tunggu drama dari hari ke hari. Kalau drama tu habis hari ini, esok pagi-pagi lagi dah merayau carik drama tu kat internet :)
3. The Dabbler
| TV |
- Mereka ni minat KDrama. Tapi boleh kata minat dia tu on-off. Kadang-kadang mereka tonton drama tu sampai habis, kadang-kadang separuh jalan sahaja. Dan mereka ini sangat memilih drama mana yang mereka akan tonton. :D
- Semestinya bukan Aefa. hahaha. Aefa memilih drama dan kemudian tonton ikut priority. Semestinya drama yang mempunyai pelakon kegemaran akan diutamakan dan drama yang takde pelakon kegemaran akan terkemudian. hihi
4. The Mamma's Girl/Boy
- Aiyok! Siapa jenis ini ye? Mereka sentiasa menonton drama Korea bersama ibu mereka. Kalau ibu tengok drama A, drama A la yang mereka tengok.
- Memang bukan Aefa. Mak tak minat drama Korea. Dia minat drama Melayu. Jadi kami memang tak pernah tengok drama sama-sama.
5. The Slumber Party Queen
| Watching With Friends |
- Mereka ni tak boleh tonton drama bersendirian. Mereka suka menonton drama bersama rakan-rakan mereka. Dan mereka ini mempunya minat yang sama. Mungkin meminati pelakon yang sama. Disebabkan itu apabila mereka menonton drama bersama, ruang menonton itu menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa serta komen-komen mereka mengenai sesuatu scene. Kalau duduk kat hostel, semestinya bilik-bilik sebelah akan mengamuk dengan mereka ini. :D
- Aefa tak berapa minat menonton ramai-ramai drama Korea. Aefa rasa cam mereka yang lain-lain tu satu gangguan hahaha.
6. The Forever Alone
| Forever Alone |
- Mereka jenis ini pentingkan privasi eceh.. haha.. Mereka lebih gemar menonton drama berseorang berbanding bersama-sama dengan yang lain. Mungkin sebab lebih mudah untuk mereka pause, rewind, fast forward drama tu kan. Kalau tengok dengan orang lain memang susah la nak buat semua tu. Atau mungkin jugak lebih selesa untuk menangis berseorang.. Ketawa terguling-guling. Mengunyah sepanjang episod. Kentut? Korek hidung? hahaha
- Semestinya Aefa kategori ni. Tengok sorang-sorang lebih selesa. Takde gangguan. Takdelah tiba-tiba kena pause sebab member nak pergi b***k. hahaha
7. The "I Must Eat Whatever They Eat"-er
| Eat |
- Ni kategori yang kalau kita amalkan setahun dua memang boleh kena obes. Kalau dalam drama tu ada scene makan, dia mesti nak makan jugak. Tak boleh rasa ramen dorang, dia ganti dengan maggi. Kalau takpun, dia makan je apa yang ada. Sebab tu golongan ni berisiko dapat penyakit berangkai-rangkai. Mane tak nya, amalkan konsep "kau makan, aku pun makan".
8. The Traveler
| Gadget |
- Mereka ni jiwa dia sentiasa ada KDrama. Tak kira dimana sahaja dia berada, mesti tonton KDrama. Ape susah, boleh save dalam Ipad. Dalam handphone. Atau streaming online. :D
- Aefa bukan kategori ni. Tak boleh fokus la kalau sekejap tengok kat sini, sekejap tengok kat sana. hihi
Ok tu je..
So korang kategori mane? :D
Pusat Sumber : DramaFever
앱아 앨잇야
Comments
Sya ahha.. kan.. selesa tgk sorg2.. takde gangguan.. huhu
Montana haha.. betul la.. i pun tak suka org tanya2 mase tgk movie.. hilang feel tgk haha
kadang2 xtgk pun... hehehe
Tiqi hehe.. lelaki mmg ramai yg on off hihi
Adila hehe tu la.. kena carik smpi habis. baru best nk tgk kan hihi
Teena haha. iye lah. macam2 ada~~
Hot Gimmick yeayy kite geng hehe
Mizz Aiza ohhh. akak jenis on off ni hehe
Pha Is haa.. mcm tu best kan.. boleh layan a-z terus :D
Ikhwan haha.. ohh suka layan cite melayu sorg2 ye.. hihi
Zyra hihi.. download la.. boleh tgk gn kwn2 hihi
Hunyeda haha. same la kita.. mak tak minat pon..
ctfand haha.. kalu utk cite melayu plak camne kak ? :D
Sop oh.. ni geng on off tgk cite la ni hehe
Zalina wah.. husband akak pon minat cite korea ye? ayah aefa pon baru je meminati drama korea hehe
HEHEHEHEH
QILA RASA QILA FOREVER AND EVER ALONE AND EATER MUHAHAHAHAHA TU YG GEMOK NI HIHIHIHIHIHI
HI KAK AEFAAAAAAAAAAAAA IM BAACK HAHAAH
Razi Ten haha.. anime pon boleh thn byk episod.. ish. lame dah tak tgk naruto heee
Fatanah haha.. selalunya yg no 2 tu mmg forever alone :D
Lebih syok terutama lyn drama yg sedeh2. Haha..
p/s: still cari sumber nak tgk filem ''miracle in cell no 7''
Hit me back wif info..huhu
Anne sama la.. ada jenis org nang suka skip2.. nya carik bhgn best jak huhu
Rizal haha.. kan.. ok2.. nnti try tanya tiqi.. die mesti tau.
Fatanah ahahha.. mmg berkait. mcm kait pokok buah plak :P
the slumber party queen tu kadang-kadang miahahaha